Followers

Sponsored Advertisement

.

ROTI SARDIN

Assalamualaikum,  Norzi  share resepi  roti sardin.. hanya gunakan sardin dan roti sahaja, dua bahan utama. Pernah makan sardin pastry ? atau karipap sardin. Kalau masa terhad, Norzi cadangkan buat roti sardin.. 

Cara nak buat senang sahaja.. dan mudah , sesuai untuk di buat makan petang. Bukan sahaja minum petang, sarapan pagi pun boleh tau. Bahan-bahan pun ringkas dan mudah didapati.Ianya lebih menjimatkan masa dan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang sentiasa kesuntukan masa. Resepi ringkas dan senang, jadi pendek lah masa berada di dapur, banyak masa untuk anak-anak, diri sendiri, dan lakukan aktiviti lain yang kita minati.

Langkah pertama, sediakan intinya iaitu sardin. Tumis bawang kecil , bawang putih, halia sehingga naik bau dan masukkan sardin , hancurkan , masukkan garam dan masik sehingga  kering sedikit. Itu bahasa ringkas, yang tak berapa ringkas  seperti di bawah :-


ROTI SARDIN

Bahan-bahan :


a.  satu tin besar sardin
b.  3 ulas kecil bawang putih  - hiris
c.  3 biji bawah merah - hiris
d.  setengah sudu besar cili boh
e.  sedikit minyak untuk menumis
f.  1/3 sudu kecil garam
g.  setengah biji bawang besar , potong dadu
h. garam dan gula mengikut citarasa
i.  Roti keping
j.   sedikit tepung gandum



Cara-cara : 


a. Ambil sekeping roti 
b. Letakkan inti sardin 
c. Gulungkan, tekankan dengan hujung garpu - boleh letak putih telur atau bancuhan tepung dengan air diantara roti
d. Ambil 2 sudu tepung gandum , campurkan air, garam, kunyit dan buat doh cair untuk celupkan roti tadi
e. Ulangi langkah di atas sehingga mencapai kuantiti yang di ingini. 
f. Goreng dalam minyak yang panas (2-3 minit shj) 


Norzi tidak guna telur kerana penggunaan telur boleh menyebabkan roti akan menyerap minyak, berbanding tepung,  tetapi pastikan minyak benar-benar panas semasa menggoreng. 


inti yang paling penting
Inti sardin
Inti sardin ni biasanya Norzi gunakan tin yang besar. Sekali masak memang sesuai untuk kapasiti kami seisi keluarga.Kalau ada lebihan atau nak ulang pada esoknya, boleh di simpan di dalam bekas kedap udara- simpan dalam peti sejuk.

Roti sardin


Biasanya panggil roti sardin,.. tapi kali ni tak roll kan dia macam selalu , jadi Norzi tak tulis sebagai sardin roll.  Boleh tengok sardin roll yang Norzi buat di sini.  Yang kali ini pun sama, tapi hasilnya macam karipap sikit. 




   
Roti sardin ala sardin roll sedia di hidang  


Bila dah di goreng, rupa karipap dah tak nampak.. nampak macam pisang goreng pulak. tetapi rasanya memang sedap, rangup , sesuai untuk hidangan petang. Anak-anak laju je makan. Sila jamu selera anak - anak ku..
sardine roll sardin roll sardine roll recipe sardine roll resepi 


Sebelum goreng macam karipap , selepas goreng dah macam pisang goreng.. tak tau nak namakan apa .. :)




Close up roti sardin ala karipap sardin.


Kepada yang buntu nak hidangkan minum petang , lagi-lagi kalau kita dikunjungi tetamu, boleh buat resepi ini . Cuma intinya perlu buat awal sebab perlu disejukkan terlebih dahulu.. Kalau panas-panas letak dalam roti pun boleh juga... semua pun boleh, yang jadi tak bolehnya kalau kita diserang masalah big 'M'  hihi..  





Setelah siap digorengkan hidangkan bersama kopi O panas. Selamat mencuba, dan happy sharing this info.

~Norzi












angat cantik digayakan oleh yang bersaiz plus size. Sesuai digunakan ketika hari raya



Dear valued customers, to purchase online, kindly proceed to http://www.norzibeautilicioushouse.com.my/ 





Happy online shopping!




resepi roti sardin, sarapan pagi sedap murah cepat , ringkas cake receipe
banana cake receipe orange cake receipe carrot cake receipefruit cake receipechocolate cake receipecup cake receipesponge cake receipereceipe cakemarble cake receipesimple cake receipecake receipesred velvet cake receipereceipe for carrot cakecrab cake receipe

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...