Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : PUDING ROTI BAKAR SOS KASTARD

Assalamualaikum resepi puding roti dari Norzi.  Sebelum terlupa, resepi ni Norzi tidak cipta sendiri ,Norzi ambil beberapa resepi dari internet dan buat mengikut selera. Jumlah gula yang digunakan untuk resepi puding roti ini adalah yang paling terbaik untuk selera Norzi sekeluarga. Jika tidak sesuai dengan selera anda, anda boleh menambah atau mengurangkannya mengikut keperluan. 






Puding Roti (Bread Pudding) with custard sauce



Bahan-bahan (sekeluarga)

Bahan Doh
8 keping roti (di siat2 4) kemudian susun dalam dulang yang dah dilenser mentega
500 ml susu segar/fresh milk (Norzi guna full cream dutch lady)
Curah susu dalam bekas yang telah tersusun roti. Rendamkan roti dengan susu lebih kurang 15-30 minit agar lembut.

15 biji kismis


Bahan Kuah untuk di curah pada roti 

*2 sudu besar gula halus (kalau sos dah manis, takyah la manis sgt)
*2 sudu besar butter
*3 biji telur ayam
*1 sudu kecil teh esen vanilla



Bahan sos kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula 



Cara-cara

1.Koyakkan dan susun roti  di dalam loyang dan rendam dalam susu dalam 5-10 minit. 

2.panaskan butter , gula , Kacau kan bahan bertanda *. tapi masa nak masukkan telur tu hati2 takut bila api panas sangat jadi macam telur yang berketul. seeloknya masa dah kacau mentega dan gula, tutup api dan kacau rata , dan masukkan telur , kacau rata.Hasilnya adalah cecair berwarna kuning yang tidak berketul. Tuangkan secara rata kedalam bekas roti yang direndam tadi. 


3.Taburkan kismis.

4.Bakar dalam suhu 180'C selama lebih kurang 30~40 minit. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar puding roti. Selepas selesai , keluarkan dari oven dah sejukkan.

5. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
Untuk sos, Masukkan bahan2 castard sauce ke dalam periuk, api kecil dan sentiasa kacau untuk dapat kuah yang tidak berketul. 

6.Sejukkan sos,bila telah sejuk, alih dalam bekas bertutup dan boleh simpan dalam peti sejuk. 

7.Bila nak makan puding keluarkan puding dan sos , curahkan kuah.







Bread pudding custard sauce





selamat mencuba!
~Norzi





Khas untuk ibu-ibu :










No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...