Simple Cheezy Macaroni / Makaroni bercheese simple
Salam all, terasa lama sangat tak masuk n upload resepi terbaru di Norzi Foodilicious House ni. Ok tak pe, hari ni Norzi nak upload masakan yang Norzi buat, simple, mudah, ringkas je. Western sikit hari ini :). Masak makaroni kegemaran anak2 Norzi dan of course my fav too ..:). walaupun nak membuatnya agak simple tetapi preparing process tu ada dua , satu merebus makaroni dan satu lagi menggoreng. Takpa, kalau dah nak makan tu, mesti boleh la kan.tak kira proses dah :). Rasanya memang yummy , kami sekeluarga sukakannya :).. owh ye, resepi ni Norzi reka2 saja sebab mmg selalu ada stok untuk spaghetti bolognese.
Jom tengok resepi.
Bahan2
Bahan A
Sebungkus Makaroni-rebuskan sehingga kebang, kemudia tos-ketepikan
Bahan B
1. ~5 ulas bawang merah*
2. ~7 ulas bawang putih*
3. ~3 batang cili merah*
4. sebiji bawang besar dipotong dadu kecil2
5. Sebatang carrot (saiz besar)-dipotong dadu halus
6.setin tomato puree (saiz sederhana) dan 5 sudu besar sos tomato dalam botol
7. kalau ada cendawan, celeri boleh potong dadu halus dan masukkan , Norzi takda stok masa tu :)
8. sebungkus minced meat-Norzi guna brand Ramly 500g (basuh bersih hingga takda darah n toskan)
9. Sedikit cheese -Norzi guna kraft 4 keping
10.Sebatang carrot (saiz besar)-dipotong dadu halus
garam
cara2
1.Kisarkan bahan2 bertanda *
2. Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak,setelah naik bau, masukkan daging. -keringkan sampai takda air
3. bila dah kering, masukkan carrot, bawang besar dan semua sayur.
4. kacau rata hingga masak dan kering
5. masukkan sos tomato puree dan sos tomato-kalau tak suka masam, masukkan sedikit gula ye
6. masukkan perasa gaul ,kacau hingga sebati
7. masukkan cheese kacau sebati hingga cheese larut, masukkan sedikit garam (jangan banyk ya, cheese dan masin )
8. masukkan makaroni yang telah di tos/keringkan tadi .
gaul rata dan siap untuk dimakan.
selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment