Followers

Sponsored Advertisement

.

JALAN-JALAN CARI MAKAN : NASI AYAM PENYET

Assalamualaikum... sesi makan-makan yang berterusan ... :)  kali ni , pada hari  Penyampaian Hadiah tempohari yang lalu, Khamis 8 November 2012 , petangnya kami ke Bangi , niat di hati nak makan kali ke 2 di D; Limau Nipis... lepas pekena ikan bakar di D' Limau Nipis beberapa hari sebelum tu, memang rasa nak ulang lagi makan dan ratah ikan bakar dan sotong bakar ... tapi pusing punya pusing, sampai Bangi pun sekitar jam 6.15 petang, owh dah tutup dah D'Limau Nipis.. baru la ambil kisah rupanya kedai ni buka sampai jam 6 petang sahaja:).

Teruskanla perjalanan,..nak makan mana ni.. Norzi rasa nak makan yang lain dari yang lain, dan nak la yg special sikit....(owh seriously i am a food lover :) ) pusing  pusing la sekitar dekat2 PKNS ,akhirnya nampakla kedai ni.. Restoran Ayam Penyet - AP yang menyediakan Traditional Indonesia Food.  dekat sign board tulis Masakan Jawa Timur dan Minang.  Ni kira second time makan nasi ayam penyet, sekali dulu makan kat shah alam dekat2 ngan ICT.  Masa pergi ke Bandung dulu , Norzi makan banyak jumpa nasi padang... tak makan nasi ayam penyet ..




Restoran Ayam penyet AP 

Besar jugakla restoran ni. Tapi yang penting selesa dan bersih ya.. so highly recommended kalau nak pergi makan sini... kalau nak bawa orang makan pun ok contohnya bawa keluarga mertua ke... keluarga sendiri ke atau pun kawan-kawan nak longgg chat memang seswai sangat ni.. hehehe tapi still bergantung juga ada yang tak berapa minat ayam penyet ni..Norzi dulu tak minat nak makan... tapi bila restoran ni dah di commercial kan , nampak menyelerakan juga cara presentationnya... kesimpulannya ok..

ok , tak nak cerita panjang sangat,, banyak entri nak buat ni... banyak gambar tak sempat update .. So jom tengok apa kami order..





sempat snap gambar menu. Norzi pilih Family Set D satu set berharga RM49.40 dan boleh add side orders


Ada banyak menu dia..Norzi pilih set D , sesuai la dengan kami berlima datang. Budak kecik bukan makan sangat pun paling kuat makan bakso ngan ice cream (side order ni).. lain2 mak bapa dia yang makan semua. Anak sulung Norzi pun selera je kalau makan sebab tu badan agak oversize :) ... oversize ni bukan obes ya.. jangan silap faham  :) dia terlebih besar .... sama macam adik dia :)  . Anak Norzi yang last tu , masa lahir berat dia 4.15kg so boleh imagine kan betapa besarnya perut ku masa itu .hehe.. dan bila lahir aje banyaknya baju baby yang dia tak dapat pakai sebab beli new born tapi dia punya berat badan macam usia sebulan lebih ... :)


Jom tengok gambar lagi..:)




Ayam Penyet ~ sambal dia sedap tau :)






Norzi pilih Ikan Penyet  (yeke ikan penyet? ) hehehe  lupa la nama sebenar resepi ni..


Dalam set keluarga tu,Norzi order Ayam penyet, lepas tu ikan kembung penyet kot heheh lupa la nama sebenar ikan ni tapi presentation wise agak sama..cuma subject utama je beza  iaitu ayam digantikan dengan ikan ... dan lagi satu rendang daging. Rendang daging tu Norzi rasa tak berapa sesuai dengan selera kami... yang paling sedap dan menyelerakan ikut anak tekak Norzi adalah ikan ni ya. memang rasanya sangat-sangat sedap... yang serbuk2 tu memang crunchy taktau la apa bendanya... tapi kombinasi dengan sambal dia memang sedap sangat ... suka.. SUKA dan Suka ...



Cinta hati makan ice cream :)

Anak Norzi ni tak minat nak makan nasi tapi dia lebih nak makan ice cream .ni lah akibatnya kalau ice cream datang awal..semua food dia cantas sebab nak makan ice cream ni ha.. dan sangat la berpuas hati sebab dapat makan dan suap sendiri... adui si kecil sorang ni... Ada order bakso.. dia makan la sikit2  bihun tu... Abang dengan kakak dia juga makan sedap ... alhamdulillah..memang sedap la ikan tu hehe betul... kan ni Norzi dah ulang lagi ni..hehehe  owh ya, sebelum terlupa, air yang diberi dalam package ni ialah air bandung satu jug~ tengok gambar di bawah..



Air bandung untuk 4 orang :)




Persekitaran Restoran ~ sangat selesa dan welcoming , tak crowded sangat

ini persekitaran restoran tu..Ahha sebelum terlupa ,bill hari tu untuk package Family D dan side orders RM69 ,tanpa  cukai .  so kepada yang sesekali nak kelainan menu, boleh datang ke sini. :) .banyak lagi menu lain yang boleh di rasai.. Lokasinya di hujung bangunan komersial, lokasinya  terletak betul betul terletak di belakang bangunan Hospital Azzahrah dan Annur, Bangi.... harap info ini bermanfaat :) .ok sampaisini dahulu...jumpa lagi di lain coretan :)

wassalam...







4 comments:

  1. Uish nampak sodap! Adoyai dah la tengah lapar ni. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mehh makan sini.... sedap tau :)

      Delete
  2. Serbuk2 dgn penyet itu di jawa dinamakan 'kremes'. Berasal dari tepung ikan dicampur dengan rempah2 yg digoreng garing

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih agung, Tak perasan komen kamu ni. Anyway thanks for reading . akan balas kunjungan :)

      Delete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...