Followers

Sponsored Advertisement

.

NEUTROGENA FOAMING CLEANSER aka PENCUCI MUKA


Assalamualaikum.. salam sejahtera... siang tadi Norzi ke KL dan balik tu singgah Alamanda di Putrajaya..matlamat utama sebab nak beli barang keperluan diri , nak beli buku, dan nak beli Big Apple donut. ..beli la sikit barang keperluan diri kat Watson. Anak Norzi pun cepat -cepat ambik facial cleanser untuk dia.. Tengok ni , sebelum ni Norzi belikan dia set Johnson , tapi dah habis, dia minta Neutrogena.  Norzi belikan pun sebab takut banyak habuk dan daki kat muka dia , sebab hari-hari pergi sekolah , peluh-peluh ,terdedah dengan panas dan habuk, takut susah nak tanggal daki and habuk.



                


Zaman Norzi sekolah dulu, memang tak tahu pun apa tu pencuci muka, atau pun 3 langkah asas tu memang tak ambil kisah. Tak kenal pun benda-benda ni semu. Sebab tu muka rasa berdaki heheh. Kelam suram je muka ni zaman sekolah dulu .. aduhai sedih betul la kalau ingat ..  Sebab hari-hari terdedah kat matahari , bila dah sekolah menengah, pergi sekolah menengah pun naik bas awam... jalan kaki dari rumah ke station bas ambil masa 30 minit, dari perhentian bas nak ke sekolah 20 minit , habuk-habuk  tentu la banyak bertepek kat muka ni ha ...ahaks. biasala semua orang pun hadapi masalah yang sama kan masa zaman sekolah. Cuma bila dah ada pengalaman, kesedaran , harapan Norzi biarla Norzi je yang alami benda tu semua, anak2 minta dijauhkan ... zaman pun dah berlalu , tak comparable dulu dan sekarang...Alhamdulillah budak-budak sekarang lebih selesa, mudah-mudahan  mereka mempunyai kualiti tersendiri dengan sokongan persekitaran dan kemudahan  yang diperolehi. Alhamdulillah dan InsyaAllah..

Salam Ceria dari Norzi ~

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...