Assalamualaikum..salam sejahtera.. beberapa minggu lepas, anak Norzi sibuk siapkan artwork untuk matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk tahun 4. Anak Norzi seorang yang sukakan seni, dan sangat menghargai dan mengangumi hasil seni. Jiwa kami sama. Tapi bukan la seni halus, seni separa halus boleh la hihi.. Kalau seni halus, memerlukan seorang yang lebih cermat dan teliti. Dari pemerhatian , kami bukan la dilahirkan dengan bakat seni halus...
Setiap kali matapelajaran Pendidikan Seni Visual, banyak tajuk-tajuk dan kaedah kerja yang mengujakan untuk di explore / di terokai. Norzi suka berbincang dengan anak Norzi dan menyelami pemikirannya. Untuk minggu itu (tak ingat dah minggu berapa ni) , kena buat hasil kerja menampal... dah kena ada penggunaan effect pasir pada pasu.
cara-cara:

Apa yang diperlukan untuk kerja tampal menampal ni? (maaf Norzi tak tahu terminologi yang di gunakan di sekolah ) sebab kerja ini bukan collage. Masa zaman Norzi belajar, Norzi pernah buat collage. Pernah tengok artwork collage? Collage ialah kerja tampal menampal yang menggunakan kertas-kertas contohnya kertas surat khabar atau sebarang kertas yang telah dikoyak-koyak. Dulu, Norzi simpan kertas yang bulat2 yang boeh didapati dalam hole puncher. Jadi menampal dengan bentuk bula-bulat. Tapi kali ini ianya lebih kerja menampal...
Ok sebelum bercerita lebih jauh , jom tengok apa yang di perlukan:
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
1) kertas warna
2) kertas lukisan
3) gam
4) gunting
5) pensil
6) pemadam
cara-cara:
1) mula-mula draft kan lukisan-hand free sketch saja,
2) gunting bentuk ikut kehendak atau tema lukisan anak anda, anak Norzi kena buat bentuk bunga dan pasu, jadi belasah je la buat 3 kuntum bunga dalam sebuah pasu.
3) tampal dan susunatur dan tampal hingga selesai
Dari hasil kerja ni, memang jelas message pada hasil nya iaitu textured artwork yang mengunakan kombinasi pelbagai material. Mungkin tujuan hasil kerja ini untuk melihat hasil kerja dengan kesan 3D (textured ). Jelas bila di lihat nampak kasar dan bila di pegang pun rasa kasar di bahagian tanah di dalam pasu.
Kerja seni ini sangat menuntut hasil kreativiti, kalau tak kreative pun kita cuba je la beri mana termampu. Selain tu,matapelajaran ini ianya memerlukan kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan dalam menghasilkan suatu artwork yang berkualiti.
“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza"
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.
Kerja seni ini sangat menuntut hasil kreativiti, kalau tak kreative pun kita cuba je la beri mana termampu. Selain tu,matapelajaran ini ianya memerlukan kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan dalam menghasilkan suatu artwork yang berkualiti.
free sketch bunga dan pasu. Kemudian tampalkan bunga yg dah dipotong.
Ulangi langkah sama sampai dapat tiga bentuk bunga. buat daun dan tampal . Ulangi langkah sama sehingga daun selesai
pasu di tampak dengan menggunakan kertas surat khabar
Tengok la anak Norzi buat kerja di lantai bukan atas meja study. Sedang menyelesaikan kerja-kerja sentuhan akhir. Harapan Norzi sedikit sebanyak penulisan ini kalau tak banyak, sedikit pun tak pa asal boleh memberikan info dan perkongsian ilmu.
Salam ceria.
~ NORZI“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza"
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.
No comments:
Post a Comment