Followers

Sponsored Advertisement

.

PENGARUH EDUTAINMENT PROGRAM DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Assalamualaikum, salam sejahtera, Norzi nak share satu habit anak Norzi  yang bongsu, namanya Khalisah Humaira. Umur khalisah hampir mencecah 3 tahun, Insya Allah penghujung Mei 2013. Khalisah boleh dikatakan fast learner. Dia suka sangat-sangat suka menonton TV dan Norzi kena subascribe cartoon kegemaran dia. Di bahagian bawah , (hall) kami subsribe HyppTV jadi siaran kegemaran khalisah ialah di siaran 552, Nick Jr.  Kalau anda ada HyppTV bagi la anak2 tonton siaran Dora, Little Bill, Max n Ruby dan banyak lagi  kerana cartoon yang dipaparkan semuanya ada kualiti yang mengajar anak-anak untuk berkomunikasi secara 2 hala, mendengar arahan, menjawab , memerhati, menganalisa dan dalam masa yang sama ianya sangat fun dan kanak-kanak tidak stress!  Macam pergi kelas , bezanya duduk di rumah.Khalisah mempunyai kuasa menakluk TV menjadi kepunyaannya secara total dan terpaksala kami-kami ni yang nak tengok siaran lain kena naik atas dan menonton kat atas. Tapi di atas , kami subscribe Astro...tak sama la siaran dengan HyppTV  cuma nak naik atas dan tinggalkan dia sorang pulak dah satu hal :).. Tapi kalau kakak kepada khalisah layan Maharaja Lawak , sanggupla dia menonton sorang-sorang dan semua perasaan dia yang takutkan bunyi, takut hantu hilang pulak hehehe..




Khalisah sedang fokus menonton DORA (fokus 200% hehe)

Selain dari DORA THE EXPLORER, Khalisah juga sukakan siaran MAX and RUBY. Cuma kalau time nak tidur, Khalisah akan menakluk siaran di bilik untuk menonton OGGY . Cuma siaran OGGY tu bukan kategory edutainment programme, Norzi sepintas lalu menafsirkan siaran tu more to entertainment.  Apa kesannya anak-anak kita menonton edutainment program?  Kesannya diorang lebih cepat memahami arahan, belajar banyak benda dalam satu masa, ianya macam 2 way learning process macam pergi sekolah tapi ni macam konsep home school. Cuma mama dia tak ajar tapi tv yang ajar...jadi kanak-kanak ni semua happy sangat untuk menonton, belajar dan bermain. Norzi hanya akan try to express more and try to communicate with them and alhamdulillah dia sangat positif.


Berbanding cartoon-cartoon yang ditayangkan zaman norzi kecil seperti Tom and Jerry, Popeye, Woody wood pecker , Mickey Mouse , semua tu tak mengeluarkan suara, tapi hanya membuat pergerakan (action). Akhirnya kita yang tengok ni pun kurang la minat nak belajar bercakap sebab semua yang disajikan hari hari  tak bercakap. Kalau nak cakap pun masa gi sekolah tadiika rasa tak confident je... zaman dulu -dulu kan...ye la masa dulu teknologi yang digunakan semuanya 2D. So adalah sangat panjang prosesnya untuk menghasilkan karya cartoon yang bercakap.




Sekarang ni , industri kartun dah ada banayk perkembangan . Dengan adanya teknologi 3D dan animasi dunia kartun menjadi sesuatu yang lebih menarik.. lebih meninggalkan kesan. Itulah kuasa teknologi yang mampu mengubah persepsi, respon secara total. Bagaimana sesuatu watak itu di bina didalam sesuatu perisian, dan watak yang sama akan digunakan untuk proses  raut wajah yang bertukar-tukar dari gembira, duka , cemas dan lain-lain semua nya di dalam satu environment di dalam satu perisian. Proses render mampu memberikan kesan sebenar apabila cahaya lampu diberikan, perletakan material dan banyak lagi parameter yang akhirnya berkesan untuk sesuatu hasil yang berkualiti,Proses untuk menyiapkan setting  agak lama , selain memerlukan sokongan software dan hardware untuk memastikan hasil cartoon 3D yang dikehendaki. Banyak lagi Norzi nak cerita especially tentang perkembagan 3D technology tapi maybe Norzi buka entri khas untuk tulis tentang 3D ni.


Dalam penulisan norzi kali ni sebenarnya banyak kaitannyakan... antara behaviour kanak-kanak... edutainment programme dan program-program lain...erm apa-apapun semoga siaran-siaran yg baik sahaja di hidangkan untuk anak-anak kita... salam ceria dari Norzi.

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...