Assalamualaikum.,,,salam sejahtera..hujung minggu lepas Norzi
masak salmon trout panggang dengan lemon.
Salmon sejenis ikan yang pada
citarasa kami sekeluarga sedap, tekstur yang pejal ,kurang tulang. Norzi masak
simple saja , memang kalau western style hanya letak garam, lada hitam dan
panggang… tapi oleh sebab ciri-ciri ikan salmon ni isinya cepat masak, dan
warnanya yang agak orange bila dah masak pun, jadi hubby norzi tak berapa suka sangat tgk macam tu.
Norzi dah tambahkan sos tiram untuk dapatkan kesan gelap hehe. Hubby norzi lagi suka
kalau masak agak gelap rasa mcam garing sikit di luar, dan lembut di dalam.
Jadi kalau buka api tu jangan besar , kecil sahaja.
Kalau masak cara western
sepatutnya tak pakai sos tiram ni.. baru la authentic western. Hihi dah orang
melayu ni masak.. dah la masakan ni campur aduk.. tajuk panggang tapi masak atas pan (kuali leper) pakai minyak sikit , tapi bukan deep fry .. masak apakah ini..harap pembaca tak keliru ya... norzi masak ni ada pakai sikit
sostiram… ok la.. Chinese style sikit…
Norzi tambahkan sedikit vege sperti bawang besar di belah, carrot di
potong-potong memanjang,kentang di belah nipis nipis. Norzi gunakan flat pan. Jadi Norzi
letak sedikit minyak dan bila betul betul panas dengan api sederhana, Norzi
masukkan ikan. Lepas dah terbalikkan , Norzi tambahkan vege di sebelah ikan.
Masak sampai siap!
Ikan salmon ni Norzi beli di pasar basah Jusco di IOI MALL. Beli barang dapur di sini memang best sebab semuanya bersih, all vege dan buah-buahan dalam packaging yang kemas dan bersih.ikan pun bersih and dah siap siang. kalau beli kat pasar borong pun ok juga, lagi murah tapi kerja-kerja membersih dan pengurusan sebelum masuk peti ais tu menuntut masa dan tenaga yang lebih sikit ..berbanding beli di Jusco atau cold storage, kerja workmanship bersih2 kan ikan, or asing2 kan sayur , kalau beli di pasar segala bekas harus keluar..
Yang Norzi beli ni , Salmon Trout. Nak tau apa perbezaan salmon dan salmon trout, di sini Norzi letakkan sikit info yang di petik dari SINI.
salmon trout
n.
Any of various large trouts, especially the lake trout, the seatrout, or the steelhead.
Norzi masak sempoi sahaja .. guna flat pan dan letak garam, lada sulah dan sedikit sos tiram. Bila letak atas pan yang dan panas teksture nampak ada perubahan dan memang ikan ini cepat masak.
Lepas beberapa minit, hasilnya seperti di bawah . Memang senang aje, Dua keping salmon ini boleh di makan untuk kami sekeluarga seramai 5 orang . Bila dah siap , Norzi perahkan lemon sedikit pada ikan.Kami makan dengn nasi , sebab tu Norzi buat garing sikit. Norzi goreng sayur sikit utk lauk makan nasi. Just nice utk kami sekeluarga. Oh ya dua keping salmon ni harganya di pasaraya Jusco RM26 ada sen sen tak ingat dah berapa. ..okla, kalau order wrsterm food pun salmon sepinggan sekitar rm20++. Kira okla kan.. Resepi mudah aje macam norzi dah explain dalam penulisan tadi.
ni la rupa sayur goreng norzi buat simple sangat
ringkasan resepi
ikan salmon 2 keping bersihkan dan tos
2 sudu besar sos tiram
sedikit lada hitam
sedikit garam
panaskan pan
letak sedikit minyak
masak atas pan,api kecil
masukkan sayur kentang, bawang besar dan carrot
angkat bila dah layu (cukup masak)
Sampai sini dulu.~
No comments:
Post a Comment