Followers

Sponsored Advertisement

.

TEMPAT JATUH LAGI DI KENANG...

Assalamualaikum ...apa khabar... lama dah tak update blog ni. banyak cerita -cerita yang terperap , in sha Allah nanti Norzi update juga.. kebelakangan ni Norzi sibuk mengemas rumah.. apa kaitan dengan tajuk entri kali ni? Norzi mengabadikan gambar-gambar rumah kami di Puchong. Di kediaman ini lah memberikan pelbagai pengalaman buat kami sekeluarga. Kami di kelilingi jiran-jiran yang peramah dan mesra. 






Ruangan ini sangat ringkas , hanya dihiasi dua jambak bunga hiasan berpasu dan diletakkan kerusi design barcelona sebagai subjek utama yang diletakkan berpasangan dengan cermin dinding . Tona warna pilihan kami sejak dari awal berkenalan hingga sekrang tema nya adalah warna-warna cream ke brown. Semua warna dalam kelompok ini adalah sesuai dengan citarasa kami. 




Ruang tamu rumah. semuanya diletakkan secara sederhana...Norzi agak selective dalam banyak perkara  tetapi sangat sederhana. 


Ruangan menonton  . Siaran HyppTV Norzi letak  di sini... jadi kawasan ini adalah kawasan favorite anak-anak norzi .. menonton sambil berguling guling :). 




Dari jauh dah boleh nampak dapur. Di bahagan dapur , Norzi memilih tema putih dan hijau sebagai warna pilihan dengan harapan yang berpanjangan warna-warna ini  berperanan untuk memberi kesan yang lebih luas, bersih, segar dan sejuk mata memandang..



Dapur Norzi yang sangat simple dan plain sahaja.. Sayang dapur ni..




Ruang makan..time tertentu aje makan kat depan, kalau hari-hari biasa makan di meja dapur sahaja.. . Nampak tak kerusi urut tu, ha, tu tukang urut instant yang kalau norzi rasa nak diurut terus on kan suis dan kadang-kadan boleh ter zzzzzzz hihi.. tq to the inventor, sangat membantu bagi orang-orang macam norzi ni. Nak harapkan tukang urut malam-malam mana la ada orang nak datang urutkan.. 





Gambar -gambar ini diabadikan untuk tatapan kami ... Ianya tidak akan luput dari ingatan Norzi dan keluarga memandangkan minggu lepas kami telah berhijrah ke presint berhampiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Insha Allah masih dekat dan akan selalu ke presint 2 jika ada keperluan terutama untuk berjumpa jiran-jiran lama yang mesra... semoga silaturrahim antara kami berkekalan. 


Salam ceria.

~norzi~

2 comments:


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...