Assalamulaikum dan salam sejahtera , dah lama dah draft ni tapi tak sempat nak polish sebelum publish... so hari ni Norzi cuba jugala siapkan entry ni mana yang mampu... memang masa menulis ni lepas balik hospital, rasa teruja sangat...alhamdulillah Norzi gembira sangat dapat anak buah baru..
Alhamdulillah syukur dapat baby girl ..Adik Norzi telah dikurniakan anak
perempuan dilahirkan pada 17 Julai 2013. Alhamdulillah baby sihat dan sangat2 comel..
memang seronok sangat tengok baby , terbayang masa kita dapat
baby. baby ini telah diberikan nama Safiya Bt Shamsul (tak pasti nama betul ke tak spellingnya tak da tanya pun ibu dan ayah safiya). Cantik nama nya mudah -mudahan membesar
menjadi anak yang solehah. Berat safiya ketika dilahirkan adalah 3.8kg , besarkan... Norzi sendiri pernah melahirkan baby ketiga dengan berat 4.15kg. Tak tau la besar mana perut Norzi masa tu kan .. :) ...takpa yang penting semuanya selamat ....
Ni safiya dengan neneknya. Nenek Safiya ni diimport dari Sabah bah.. Adik ipar Norzi ni orang Sabah, dan nenek safiya datang bantu jaga Safiya...
Gambar Safiya masa baru lahir....
Kami semua gembr dan syukur kehaarat Iahi atas kurniaan bayi
ini. Owh ya ,dulu ada entry norzi ke Sabah kan, selain becuti tu ada satu hari khas menghadiri perkahwinanan adik Norzi, tapi tak sempat up entry tu... nanti norzi nak up kan juga ... wah lama nya... dah makan tahun ni... :)
Salam hujung minggu dari Norzi
No comments:
Post a Comment