Assalamualaikum dan salam sejahtera di hari Jumaat, penghulu segala hari . Hari Jumaat banyak keberkatannya. Mari kita kongsikan ilmu ini bersama, supaya sedikit sebanyak kita melalukan ibadah , walaupun sedikit , tetapi secara tetap, In sha Allah semoga mendapat ganjaranNYA.
Perkara Sunat Yang Dilakukan Pada hari Jumaat
✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari Jumaat kepada yang pergi solat Jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid
Rasulullah bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di
sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
source:google
selamat melakukan ibadah..semoga kita sentiasa ke arah mendekatkan diri kepada NYA.
Salam Jumaat dari Norzi.
No comments:
Post a Comment