Assalamualaikum dan salam sejahtera, cuti sekolah yang telah lama bermula. Alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan nikmat bernyawa mengharungi hari-hari bersama anak-anak tersayang anugerah yang Maha Esa. Syukran ya Allah. Sangat-sangat bersyukur dengan nikmat pinjaman Allah ini , semoga anak-anak , kami sekeluarga dan para pembaca sentiasa mendapat rahmat dari NYA.
Bila cuti sekolah sahaja, ibu bapa sentiasa mencari-cari aktiviti untuk anak-anak. Selain dari cuti hujung minggu atau cuti yang boleh bervacation,kembara iman atau kem-kem motivasi.. dekat rumah anak-anak ni pun kena di aturkan aktiviti . Bila masing-masing dah besar, selagi boleh taknak diorang memberikan alasan taknak duduk nursery atau rumah nenek yang dekat2 sini pun diorang tak nak. Adakah anak Norzi je macam ni....
Baru -baru ni Norzi dan hubby carikan plastic pool di Toys 'R' Us. Oleh sebab nampak iklan ada promosi utk member , ternampak pool yang paling besar. So , kami sangat interested sebabnya kalau saiz besar , sesuai la untuk kegunaan anak Norzi sermai 3 orang tu... Anak Norzi yang sulung agak tinggi so kena la besar sikit. Kami pergi ke Toys 'R' Us Alamanda Putrajaya. Tapi tinggal yang kecil aje.. yang besar abis. Bila semak di sistem Toys 'R' Us, ada lagi 9 unit di KLCC dan 4 unit lagi di Mid Valley. Oleh sebab KLCC ada banyak, the next day kami pun segeralah ke sana untuk dapatkannya. Alhamdulillah ada seunit lagi berbaki cepatnya abis... sebab musim cuti sekolah plus kami di maklumkan pihak Petronas nak buat Family day dan mereka dah beli banyak untuk mainan kanak-kanak... wah sonoknya kalau family utk staff Petronas :)
Ni la plastik nya. Kalau anda nak google terus je ke alamat www.toysrus.com.my dan boleh la usha usha banyak item untuk anak-anak tersayang
Oleh sebab kena pam, wajib la beli pam sekali .. Ni kami beli di Toys 'R' Us juga sebab lokasi nya bersebelahan sahaja. Harga pam ni RM49
Bila hubby dah siap pam.. hasilnya sangatla menggembirakan kanak-kanak ni semua... sangat happy! lepas isi air je semua dah tak sabar nak terjun . Masing-masing dah sarung baju renang.. setakat ni baru sempat mandi 3 kali. n 3 kali dah tukar air ... Oleh sebab pool ni agak besar, siaplah bil air bulan ni hihi...
Ni aksi si kecil ni konon konon tengah belajar nak float. Norzi baru je nak anta kelas swim bulan depan, InsyaAllah nanti Norzi create entry khas utk tu. Tapi masih lagi belum confirm nak masuk bulan depan or tahun depan sebab bln depan bnyk aktiviti hujung minggu, balik kampung, cuti-cuti. takut banyk la kena tuang kelas.
Gaya professional swimmer ke ni hehe. Tak kisahla yang penting diorang ni memang sangat-sangat happy. Petang-petang je dah siap sedia dah nak terjun pool nih :)
Razin paling overexcited dan paling suka sangat la aktiviti air. Lovely!
diorang bertiga main bola, berlakon berenang dan banyak lagi aksi diorang ni... seronok tgk. gambar kakak tapi tak di up di sini sebab tak pakai tudung:)
Sampai sini dahulu...salam ceria dari Norzi
No comments:
Post a Comment