Assalamualaikum ..hari ni sibuk sangat-sangat sebab Norzi nak hadiri family day yang dianjurkan pihak majikan. Mana Agaknya nak pergi untuk Hari Keluarga tahun ni? Tahun ni kami ke Zoo Negara. Walau pun dah selalu pergi, tapi kami sekeluarga ok aje sebab anak anak Norzi memang suka tengok binatang kat zoo tu.. selain bersantai santai. Tapi esok tak tau la betapa ramai nya manusia ..hua .. harapan Norzi kami sekeluarga akan sampai awal sebab malas nak bersesak sesak .... bila dah settle pusing,, boleh balik awal,,yahuu..asalkan kanak kanak ribena bertiga ni semua suka..
Ni kupon sarapan pagi dan makan tengahari dah dapat siap siap :)
Baju pulak dalam dilemma nak hijau ke...hitam.. lepas fikir punya fikir ,,Norzi dan family ambil warna hijau sebab hitam tak cukup utk kanak kanak.. Ok aje la.kan :)
Tiket utk ke zoo negara dah siap di edar. Alhamdulillahdapat la 5 wrist tag ni. Kanak -kanak ribena dah over excited dah semua tengok benda ni.. tak sabar dah semua dan semua dah kena kerah tidur awal malam ni sebab takut esok ada yang meragam sebab nak keluar pagi. Sempena cuti sekolah ni mesti ramai yang nak serbu Zoo Negara dari seluruh pelusuk tempat sebab masa ni la nak bawa anak jalan-jalan..waktu cuti sekolah yang panjang...
Owh ya, Esok ada cabutan bertuah juga, bertuah kah Norzi esok ? Hehehe kena tunggu ,...kalau ikut hati semua orang nak rasa cabutan bertuah tu.. tunggu esok penuh debaran heheeheh. Sampai sini catatan selamat malam, mimpi indah utk semua :).
Salam Ceria,
Norzi
No comments:
Post a Comment