Followers

Sponsored Advertisement

.

BELI BELAH DI PASAR BASAH TESCO BUKIT PUCHONG

Assalamualaikum, semenjak adanya Tesco Puchong di Bukit Puchong, mudah sikit nak ke Tesco. Sebelum ni rasa jauh sebab nak menempuh jem yang panjang utk ke Tesco dekat dengan Bandar Puchong. Bandar Puchong sekarang ni sangatla sesak... keluar pagi pun penuh kereta..sampai mlm tak berhenti penuh dengan kereta... kadang-kadang terfikir.. dorang ni nak pergi mana ya , sentiasa sesak.. dulu tak sesak..aman damai je hehe tu cerita 10 tahun lalu la... mungkin diorang pun nak ke Tesco, Jusco atau balik rumah di Puchong yang populasi nya makin tinggi...crowded..rumah pun banyak ..

Oleh sebab tu la...bila ada Tesco di Bukit Puchong, bolehla lupakan Tesco di Bandar Puchong tu. Norzi dan famili selalu juga ke sini selain membeli groceries, pergi beli juga ikan dan lauk2 basah kalau en hubby malas nak gi pasar borong selangor... kadang-kadang makan dekat food court di Tesco ni , nanti Norzi upkan entri makan kat sini sebab banyk juga pilihan dan not bad la .

Bab - bab pasar ni kena la hubby yang pergi. Alhamdulillah dia memang sangat ok pergi pasar sebab pandai beli ikan , ayam sayur seperti yang di pesan :)  . Bukan apa , pasar ni tak berapa kuat la nak pegang segala ikan ayam daging..beratt..... kalau hubby Norzi yg pergi , laju je dia sambar eheheh.. jimat la masa dan tenaga ...kita kat rumah standby je nak menyusun .. dulu selalu ikut tapi penat menunggu dalam kereta , budak2 pulak meragam je lebih.. lagi la terlebih letih..hihihi. 

Memang selain pasar basah kat pasar borong selangor, kami juga pergi beli di Tesco, Jusco. Price wise mmg ada beza tapi okla tgk apa misi sebenar , kalau nak bersih2 seronok2 bawa anak jalan ok juga shopping sini. Kalau pasar borong agak stress sikit sebab banyk air ikan (huaaa tak tahan ni  hehe sebab lepas tu nak masuk kereta takut terbawa air ikan tadi hhuhuhuh) , sesak sikit sebab orang ramai, tak la cantik sangat persekitarannya tapi barang agak murah dan lebih banyk pilihan . Berbanding di Jusco or Tesco lebih mahal sikit tapi properly wraped, bersih, air conditioned, ada pros and cons tengok la apa yang kita nak. 

Minggu lepas lepas (tak ingat dah minggu mana ni hehe) beli2 la barang kat Tesco. Suka tengok gelagat over excited anak - anak Norzi lagi -lagi Razin (anak ke dua) yang suka terkejut tengok ikan saiz besar hahaah. Dari kakak sampai la yang kecik semua seronok tengok ikan, ayam, udang, sotong.  Mama sibukkk snap pic diorang.. love all the moments. 



Selalunya hujung minggu la ada sikit masa.. kalau weekdays sangatla sibuk dan masa berlalu sangat pantas.  Harapan Norzi dgn shopping groceries n barang basah dapat rapatkan hubungan silaturrahim adik beradik  dgn mama papa sekali yang semua sibuk sekolah dan mencari rezeki .. :)  

\

Ceria anak-anak Norzi , Fatimah Azzahrah, Muhammad Razin dan Khalisah Humaira. They are so lovely. Mama n papa sayang kamu semua. Terima kasih Allah~


Seronok sangat tengok keceriaan anak - anak.

salam sayang
norzi~

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...