Assalamualaikum, aktiviti hujung minggu ni (sabtu lepas ni...lamanya baru boleh publish..lama dah kat draft hehe) memasak je...untuk menu makan tengahari . Masakan menu makan tengahari paling mudah dan simple, buat ikan bakar cencaru atau lebih dikenali ikan jacket, ..Norzi bakar kosong aje tanpa perasa.. dan bakar menggunakan pemanggang ajaib. Ikan jacket Norzi basuh bersih dan terus panggang .. lepas kering terbalikkan ke sebelah bahagian. Mudah dan cepat.
Memang mudah ada pemanggang ajaib. Alhamdulillah tak sia sia beli pemanggang ni.. Tapi ni Norzi beli di Jusco , utk saiz 36cm harganya RM159, brand Giacomo. Norzi tak survey pun sebab tak sempat nak survey, grab aje masa jumpa kat Jusco IOI. Setakat ni memang ok rasa mudah sangat.. alhamdulillah. Masakan kali ni tak payah la nak letak resepi sebab semua orang tau buat kan hehe. Cuma panggang je kasi kering. Ikut suka la kalau nak kering sungguh boleh bakar lama sikit.
Makan tengahari ni adalah resepi sama yang kakak dan mak Norzi masakkan semasa berpantang. Ni adalah anda resepi sepanjang Norzi berpantang. Memang berselera sangat makan time masa dalam pantang...sedap nyum nyum ... Kalau makan tengahari pun naik selera , lawan dengan sawi masak air dan air asam lada hitam.
Ni sawi masak air dengan kentang. Super mudah..main campak2 dan tunggu masak hehehe..senangnya ... Air asam ni kalau belum cuba boleh la cuba. highly recommended ikut tekak selera Norzi. Cara buat tumbukkan bawang putih sebiji dengan setengah sudu kecil lada hitam ,tumbuk halus , kemudian campurkan dengan jus air asam jawa. tambah garam sikit sebagai perasa.
tips semasa berpantang, sawi yang Norzi makan takda sup ,kentang dan lain2, tapi kakak Norzi tolong celur sahaja... jadi sawi celur ... senang kan :)
air asam lada hitam
Makanan waktu panas, nasi panas..memang best :). Sesekali tukar selera simple-simple, mudah , cepat dan menyelerakan. Selamat mencuba .
Salam ceria,
Norzi
Khas untuk ibu-ibu :
No comments:
Post a Comment