Followers

Sponsored Advertisement

.

AKTIVITI CUTI SEKOLAH : AQUARIA KLCC

Assalamualaikum... salam sejahtera, sempena cuti sekolah ni.. alhamdulillah dapat gak bawa anak-anak Norzi ke Aquaria. Sebenarnya dah lama sangat nak masuk Aquaria, tapi setiap kali nak masuk memang sangat-sangat long queue espoecilly cuti sekolah. Memandangkan sebelum ni Khalisah masih baby , malas nak teruskan hasrat. Kali ni pun pergi lagi, mula-mula nak beli tiket online sahaja, tapi asik terlupa aje... jadi masa pergi tu memang tak sempat beli tiket online. Jadi, apa natijahnya? hehe ....kenala hubby Norzi beratur panjang dan lamaaaaa...... oleh sebab panjang bertali arus , maka tukang jaga barisan tu minta hanya yang nak beli tiket je beratur dengan harapan nak memendekkan barisan. Maka yang lain boleh la berkeliaran ke tempat lain sementara menunggu. 


Kalau nak pergi , jangan lupa bawa ic anda dan anak-anak untuk menikmati diskaun sebagai warganegara Malaysia. 
Kepada yang nak pergi , ni detailsnya


website : http://www.aquariaklcc.com/
sangat di galakkan untuk membuat belian tiket secara online.

-Aquaria di buka setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti am) dari jam 10.30 pagi sehingga 8.00 malam

-Jam terakhir dibenarkan masuk pada jam 7 malam



Ok, sambung balik pasal anak Norzi ni. Baru sampai entrance, dah menunjukkan aksi gembira, bebas dan semestinya tidak sabar nak melihat semua spesis ikan di Aquaria. Mama plak tak berhenti snap moments budak-budak ni... masa pergi ni digicam lupa nak charge. Maka hanya berjaya menggunakan handphone... memang frust sangat :( tapi Norzi memang tak lepaskan peluang tangkap...tangkap dan tangkap lagi :) That will be my favaourite part ever. Dah macam dapat kontrak je tangkap gambar tak berhenti. Sebab my hubby tak kisah sangat bab-bab ni. Itula perbezaan kami. Norzi melihat dan mementingkan nilai gambar dan keep it as our best moments. Hari ini mungkin tiada nilainya... mungkin bila kita tiada lagi, ini antara kenangan abadi untuk anak-anak... 




Masa kat depan penuh cahaya masih cantik lagi nak snap pic guna camera, tapi di dalam Aquaria kurang cahaya , jadi semua gambar yang terhasil adalah ala kadar , cukup la sekadar nak menyimpan memori ...takda la gambar yg extraordinary.




Tengok ni... suka betul Khalisah dalam tunnel. Khalisah kata ' Mama, look the tunnel' sebab selalu sangat tengok tunnel dalam cartoon , so dia dah boleh kenal pasti bila di dalam tunnel  :) . Kalau dari KLCC nak ke Aquaria kan kena lalu terowong panjang .. penuh dengan advertisement tepi ,atas ,bawah, suka la khalisah kat situ.



Cute tak ? :)


Ok, sambung semula, lepas je hubby beratur selama lebih kurang 30 minit, kami sekeluarga dapat masuk. Mula2 tengok pelbagai jenis ular, katak , kura-kura, ikan dan macam - macam lagi.  Walaupun masa di rumah Razin yang lebih takut nak masuk Aquaria, tapi bila sampai sini dia yang paling suka explore. Khalisah yang berani di rumah.... bila sampai Aquaria punya la dia takut, mungkin sebab pencahayaan yang agak kelam dan sound system yang begitu kuat buat khalisah tak tentu arah ketakutan dan nak keluar. 



Ini ada antara yang Norzi dan keluarga tengok, iaitu
Alligator Snapping Turtle. Kalau tak tengok ni , tak tau spesis ni wujud... banyak yang boleh dipelajari dan di eksplore di sini.


Ular pun banyak juga.... so pada yang geli ular, sila skip bahagian ini dan terus maju untuk melihat ikan-ikan yang beribu species lagi di bahagian dalam :)




Tada... Alhamdulillah Razin tak da masalah untuk masuk Aquaria. Walaupun banyak kali tak berjaya masuk sebab antara sebab lain , razin takut nak masuk. Ingat tak satu entri dulu Norzi tunjukkan Razin masukkan kepala dalam baju papa dia sebab takut ada ikan pari, kalau tak ingat, boleh tengok cerita tu kat sini.




Tolongla jangan batuk atau gelak! Kitorang berlakon je ni.. hehehe ini semua idea hubby Norzi la, suruh tangkap pic macam hero heheh, Norzi macam terover  happy je hehe.



                 

Fatimah pun tak ketinggalan untuk tangkap pic. Dari gigi shark ni, dah menakutkan Khalisah. Dia sangat takut tengok mulut shark ni sebab ianya 3D. Pengajaran yang Norzi bagi tahu anak-anak ialah , ' tengok gigi shark sangat bersih, jadi kita manusia kena lagi bersih dari gigi shark.  Jadi kita kena hari - hari gosok gigi...'


Melalui kawasan Oceanarium , kami sekeluarga berdiri di atas eskalator. Ianya adalah pemandangan laut dalam dengan ikan-ikan bersaiz besar dan hanya terdapat di laut dalam, memang bukan senang nak dapat pemandangan ini. Bagi Norzi , ini adalah kekuatan utama ke Aquaria. Kalau nak di umpamakan bila berada di sini seolah - olah kita sedang diving... 






Sangat teruja melihat ikan yang pelbagi jenis dan datang dalam pelbagai saiz. Ada yang nampak ikan tua sebab saiznya yang begitu besar. Masa di dalam tu , tiba2 rasa takut pun ada, membayangkan macamanala kalau berlaku defect walau 1% mampu meninggalkan kesan yang  tragis. Tetapi Alhamdulillah semuanya ok , itu hanya terlintas dengan pantas di minda Norzi semasa berada di eskalator sambil melihat sekeliling seperti lautan. Kami hanya melalui tunnel yang kecil sahaja. Nampak tak , Khalisah ketakutan.. kasihan tengok Khalisah , dia tak happy sepanjang berada di Aquaria kerana pelbagai faktor seperti sound system, persekitaran dan lain-lain.










Selain itu,  terdapat beberapa aktiviti tetap  di Aquaria, jadi Norzi kongsikan di sini  supaya ada idea tentang aktiviti dan boleh rancang perjalanan dengan baik. Kalau orang Lembah Klang takada masalah tapi kalau datang dari Utara or Selatan Tanah air . Jangan lupa melihat Aquaria KLCC Feeding Frenzy-jangan ketinggalan ya, Aktiviti bermula jam 10.45 pagi. Norzi memang tak sempat masa tu sebab tak buat research habis pasal Aquaria.. sebab tu Norzi dapat tengok. 

Yang bawa anak-anak, ada Education Section. Kalau tak jumpa ,digalakkan bertanya ya..

Ok sebelum mengakhiri coretan ini, tips untuk anda yang bakal bawa anak-anak ke Aquaria :

1) Beli tiket secara online utk menjimatkan masa membeli tiket
2) Makan  terlebih dahulu untuk memastikan anak2 ada tenaga untuk bersuka ria sambil belajar di Aquaria.
3) Makanan di food court berhampiran Aquaria agak mahal, jadi elok makan di mana-mana yang anda rasa sesuai.
4) Jangan lupa bawa IC atau pengenalan diri untuk menikmati kadar diskaun warganegara.
5) Dan jangan lupa bawa air mineral, coklat bar.

sampai sini dulu,
salam ceria
~Norzi~




No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...