Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI DAGING KAMBING BAKAR



Alhamdulillah.. dah beberapa kali dah buat daging kambing perap dan bakar sendiri. Semua orang boleh buat masakan ini kerana ianya sangat mudah. Kalau nak makan western style, buat kat rumah memang lebih menjimatkan. Untuk kali ini, daging kambing yang telah Norzi perap semalaman , Norzi panggang gunakan pemanggang ajaib.. masakan memanggang menjadi lebih mudah, bersih, dan lagi sedap (hehe sedap tu sangatlah subjective) . 

Kalau nak perap ni Norzi hanya guna sos tiram , sos cili, sos tomato , sedikit garam , dan n sukatannya agak-agak sahaja.. tiada sukatan yang spesifik... kalau daging banyak,, maka banyak la anda letak,,, secukupnya sesuai dengan jumlah nak perap. Letak dalam plastik memerap , Norzi guna plastik yang Norzi selalu bungkus sandwich. plastik tu memang memudahkan proses memerap. Selepas memerap semalaman, Norzi panggang menggunakan pemanggang ajaib.





Panggang daging kambing di dalam pemanggang ajaib



Apabila sudah semalaman memerap, proses memanggang menjadi lebih mudah kerana daging dah lembut. Masa memanggang tidak lama. Walau pun panggang, tapi ada masa-masa yang Norzi tutupkan pemanggang ajaib ini nak bagi kedap dan semua bahagian masa cantik dan sama rata.



Daging kambing panggang setelah siap dipanggang




Mudah sangat kalau nak makan ... tetapi masa ni sangat malas nak sediakan vege... fries..dan apa-apa sahaja yang sesuai. Lepas Norzi angkat, Norzi makan terus cicah dengan mayo dan sos cili dan sos black paper segera. Memang best sangat. Highly recommended! Mungkin sebab dah lama perapkan , jadi tekstur daging sangat lembut. 

Sesuai di buat untuk makan tengahari , makan petang atau malam. Selamat mencuba.

Salam ceria dari Norzi.








Baju mengandung dan menyusu 
To order : whatsapp 019 3177872


No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...