Followers

Sponsored Advertisement

.

CARI SARAPAN MEE GORENG BASAH YANG SEDAP

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera. pagi tadi Norzi cari sarapan sampai ke Serdang.... semata-mata nak makan mee goreng kerang (basah) yang sedap dan memenuhi citarasa Norzi :). Bukan itu sahaja, tempatnya pun berdekatan dengan Tasek. dekat2 dengan sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM) . Kalau orang sekitar UPM tentu tahu kan.. ok.  Kalau nak tahu di mana, macamana rupanya dan dengan siapa Norzi pergi , boleh baca di SINI. :)

SEGMEN: E'RAZ FADLI BLOKWALKING

Assalamualaikum.. salam sejahtera.. terbaca dari entri blogger lain tentang segmen ini.. ok nak ..nak join :) Kalau sesiapa berminat untuk joi n, sila la klik kat sini ya..


JALAN-JALAN CARI MAKAN : SARAPAN MEE GORENG BASAH KERANG YANG SEDAP

Assalamualaikum..salam sejahtera..hari Sabtu sudah... hari ni , entri ini adalah entri yang fresh from oven.. ya sangat2 segera Norzi update. Pagi tadi tak masak (hehe dah beberapa hari tak masak ni, siap terserempak ngam customer kat kedai Norzi tapau nasi ngan sup semalam.. Hajar oh hajar..tak sangka itu  awak semalam :). Ok berbalik pada sarapan Norzi pagi tadi... kami ke Serdang untuk sarapan. Jauh juga la dari Puchong tapi sebab dah terbayangkan mee goreng basah nya yang yummylicious tu, so kami semua makan la kat sana..

Dah lama tak ke sana, ada la dalam setahun. Lepas kes banjir kilat kat Serdang beberapa bulan lalu,ikutkan hati malas la nak pergi terbayang mcam2 la condition tempat ok ke tak lagi sebab takut tak selera je... tapi pergi juga tengok keadaan dulu. Alhamdulillah ok, mmg  ada improvement. Norzi perhatikan kedai makin bersih  la. Dah ada  naik tiles dah kat dinding2.. okla ... orang punya la ramai wlaupun sampai dah lewat.. lebih kurang jam 10 pagi. Pernah tak sarapan kat kedai USOP , kat tepi Tasik Serdang? Kalau orang sekitar Serdang tentu tahu kan. Speciality nya mee bandung, meegoreng , kuey teow goreng kerang, ada juga Bakso, roti canai , nasi lemak... semua nya sedap ... anak Norzi yang sulong tu order sama cam mamanya cuma spec taknak sayur.. en hubby mee bandung dan anak lelaki n baby makan roti telur... tapi gambar semua tak sempatla nak ambil sebab sempat ambik gambar mee aje..
Jangan terkejut pulak tengok kedai ni kosong hehehe masa datang memang la ramai... ni gambar lepas sejam datang... hehe masa Norzi nak balik :) . View ni saja yang sempat ambil sebab kami balik meklalui jalan ini..hehehehe


Satu baris dengan kedai ni ada kedai nasi campur juga yang beroperasi pada tengahari,.. kedai Usop ni pulak buka dari pagi hingga tengahari aje. pukul 12 dah berhenti operasi....malam ada juga tapi orang lain rasanya,... sori malam tak dapat nak ulas lanjut sebab tak pernah datang makan waktu malam di sini....

Perjalanan makan sarapan hari ni mengambil masa lebih kurang 30 minit. Nak tengok apa yang Norzi order? hehe Norzi order mee goreng basah kerang yang memenuhi selera anak tekak ni... buat nya simple aje..nampak bawang, mee, telur, sawi dan kerang..... tapi sebab nak makan di kedai ni juga...jadi kalau ada bahan pun tetap nak makan di sini ... hihi..


Hanya gambar mee ni aje yang sempat di ambil gambar... yang lain2 semua dah makan pada kadar 100km/j hehehe maklumla sarapan jam 10 pagi semua agak kelaparan la kan... dan tak layan dah mama cakap apa semua FOKUS pada makanan masing2 heheheh... ok, review sikit pasal mee goreng ni, biasa2 aje tapi sedap .. ha.. macamana tu nak explain pun tak pandai.. tapi pada yang nak makan, mmg recommended. Harga dalam RM4 macam tu untuk sepinggan. Bertentangan dengan kedai ni ada Tasek Serdang. Memang cantik sikit dah permandangan di sini berbanding setahun dulu.. kalau nak morning or evening walk pun ok ikut walk way nya... pemandangan pun ok juga.. sejuk je mata memandang tengok rumput dan dedaun warna hijau...




Lepas makan, semua bertenaga la kan.. bateri dah fully charged.. apa lagi susah la nak kawal. melompat , berlari dan segalanya.. berseronok la semua.. tengok tu anak Norzi yang ke 2.. seronoknya diorang sebab kat bahagian depan ada taman mainan kanak2. Layan la sekejap diorang main buaian .. jongkang - jongkit... lari2..  seronoknya hati tengok keletah anak2 ni.alhamdulillah...


Sempat lagi tu main jongkang -jongkit sorang2. kakak dan adik main buaian.. tu la sebabnya budak2 ni semua suka makan kat sini sebab nak main playground :) . Tengok keletah diorang ni ....bila depan mata, memang macam-macam kerenah. tapi bila tak ada, sunyi dan rindu terutama bila semua sibuk nak tidur rumah nenek diorang. :)


Ok setakat ini dulu. Nanti Norzi update lagi tempat char kuey teow (atau koteaw) kat Puchong . Ada beberapa tempat menarik yang mesti di share di sini. Jadi kalau ada kawan2 nak riki tempat boleh la jenguk sini. Nanti Norzi update acara masak-masak hari raya hari tu... wah lamanya terperam ... bila la sempat update ni. Ok sampai sini dulu..wassalam




WANITA INI MENGANDUNG ANAK ULAR SAWA

wanita ini  mengandung anak ular sawa


Seorang wanita yang dikenali Rasheedan Bibi merupakan warga Pakistan berumur 50 tahun. Dirinya telah disyaki mengandung anak ular apabila doktor melakukan imbasan bayi.
Satu kejadian pelik menimpa seorang wanita yang berumur 50 tahun yang berasal dari Pakistan ini. Dirinya dikenali sebagai Rasheedan Bibi. Dirinya telah mengandung seekor ular sawa semalam sekitar 7 bulan. Apabila merasakan perutnya membuncit, dia mennyangka dirinya sedang mengandungkan bayu. Tetapi sebenarnya Rasheedan Bibi telah mengandungkan seekor ular sawa.

Selang tujuh bulan kemudian perutnya semakin membesar Tetapi dia semakin merasa sakit seiring peruyna kian membunit Merasa ada kiejanggalan pada kehamilannya, Bibi merasa cemas.

Warga Chora Saggar, Pakistan ini akhirnya membuat keputusan untuk memeriksa kandungannya di hospial terdekat walaupun kehidupan sehariannya dibelenggu kemiskina. Apabila doktor yang memeriksa kandungannya di hospital telah membuat imbasan bayi keputusan yang diterima amat mengejutkan.

Bukan silap mata atau bukan juga sihir, hasil imbasan membuat bayi menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya.

Bibi merasakan kejadian pelik bin ajaib ini bermula dari air yang diminumnya. Ketika itu Bibi telah minum air dari telaga di rumahnya. DIa merasakan mungkin ketika itu terdapat benih ular di dalam air yang diminumnya lalu menyusup masuk ke perutnya.

Dia sudah merasa keanehan ketika dua bulan selepas ity apabila Nini mulai merasaka sakit pada perutnya yang mulai membesar. Nafsu makannya pun melonjak-lonjak. Dia mampu untuk menghabiskan 14 potong roti dalam sehari. 

Untuk mengeluarkan ular dari dalam tuubuhnya, doktor memintanya untuk dibedah. Kerana kemiskinan dan tidak mempunyai wang, Bibi telah meminta perolongan Perdana Menteri Pakistan Punjab CM.

Bersyukurlah Perdama Menteri Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular sawa it telah berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu.

DIPETIK DARI SUMBER

TIPS : HATI-HATI BAHAYA MINUMAN TIN



Assalamualaikum dan salam sejahtera..Norzi terbaca kisah HATI-HATI BAHAYA MINUMAN TIN ni...memang mengerikan,,sangat takut..jadi kita semua kena waspada dan hati-hati tentang bab makanan ni.  Yela benda kita tak nampak .. kalau makanan terdedah sikit, ada telur lalat kita boleh nampak lagi fizikal telur lalat. Tentu saja kita tak sanggup nak makan kan... tapi kalau ada air kencing 'kak ti'... (macam bekas air minuman dalam tin tu kan)  air kencing dah kering tapi kuman masih ada,, bukan itu sahaja, Norzi rasa plastik bungkusan makanan pun mempunyai kebarangkalian terkena benda yang sama. Kita buka dan tangan kita masih ada  kuman, kalau tak basuh, tu yang terkena jangkitan kuman... Jadi ada baiknya kalau kita basuh dulu semua tin2 susu, tin2 tomato puree, segala tin yang ada yang kita beli..seeloknya kita basuh terlebih dahulu, keringkan dan susun.

Norzi juga pernah terbaca bagaimana seorang ibu mengandung boleh terkena jangkitan kencing tikus. Ianya setelah mendapati dia telah meminum air tebu. Tebu kan sifatnya menyerap air. dan kita maklum orang jual air tebu selalunya longgok je tebu kat tepi mesin kan.. bukan air kencing tikus aje, air kencing kucing anjing pun boleh terkena kalau dibiarkan di mana2.. lepas norzi tahu pasal tu, sekitar tahun 2000, masa tu Norzi belajar lagi di Skudai Johor..memang norzi tak teringin dan minum air tebu...tak minum sampai sekarang.. ...harp-harap dengan cerita ini kawan2 semua dapt ambik iktibar ya, dan kita berhati-hati dan lebih prihatin dalam memilih makanan seharian kita...
Jom baca di bawah..









PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'




kekosongan kerja di rumah

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.

NORZI DI HOTEL HILTON, PETALING JAYA

Assalamualaikum.. selamat malam.sedikit coretan untuk hari ini.. ops sebelum itu, sorry tajuk agak suspense je kan.. ala-ala macam nak buat press conference je.. Belum lagi.. bukan tujuan press conference pun.. ianya urusan dengan beberapa pihak... oh ya, lagi sekali,.. jangan terkejut ya sebab coretan ini juga turut Norzi copy paste dan abadikan di SINI...

Norzi berada di Hilton Petaling Jaya tadi atas beberapa urusan.. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mohon maaf teramat sangat kepada semua yang ada membuat panggilan sebab Norzi tidak dapat menjawab untuk beberapa jam siang tadi atas faktor yang takdapat dielakkan. Kepada yang telah meninggalkan miscalled, pesanan ringkas (sms) di talian telefon, whatsapp , email dan tentunya di Facebook. Semua Norzi dah balas ya... terima kasih..



Memandangkan Hotel Hilton ni first time Norzi ke sini, jadi nak share  review sikit pasal Hilton Hotel. Hotel ni terletak di Petaling Jaya. Maklumat lengkap tentang hotel ni boleh  tengok di SINI . Secara keseluruhannya, hotel ini memang ada kelas yang tersendiri. Sesuaila dengan bayarannya :). Memang selesa dari Lobby , foods, environment sampaila ke public toilet....  i like.. :) . Kalau yang pernah datang tentu setuju kan pilihan makanan di sini sangat pelbagai dan sedap :) 

sumber gambar diambil dari   SINI

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk check in di sini memang sangat-sangat recommended. Ianya merupakan hotel bertaraf 5 Bintang yang terkenal dan terletak di tengah2 Petaling Jaya, dan laluannya sentiasa penuh dengan kenderaan.  Jangan tak tau, Norzi kalau datang sini pakai GPS hehe... bukan apa kadang-kadang penyakit BIG M nak fikir datang, jadi dengar arahan ajela.. Norzi ada PAPAGO and GARMIN tapi dalam kebanyakan masa, Norzi akan pakai Garmin kerana ianya lebih mesra pengguna (ni pendapat peribadi Norzi sebagai pengguna ya). Mungkin sebab pertama kali kenal GPS ni dah kenal Garmin, jadi bila ada Papago , kepala dah sync dengan Garmin ..jadi pilihan tentula menggunakan Garmin. Apapun pilihan Norzi atau pilihan anda, yang penting kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. Ya, alhamdulillah Norzi sampai dengan selamat.


Tu alamat PJ Hilton :
No 2, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor
No Tel: 03-79559122


Jarak antara Hotel Hilton PJ dengan rumah Norzi lebih kurang 28km-35km laluan pergi (sehala) sahaja, bergantung kepada laluan lebuhraya yang digunakan. Kalau guna Lebuhraya Maju Expressway (MEX) lebih jauh tetapi tidak sesak sangat berbanding menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) .
Jom tengok dalam hotel.. cantikkan.. :)   Jadi kalau nak bercuti bolehla mempertimbangkan Hotel ini. :)

sumber gambar diambil dari   SINI

Hari pun dah lewat malam kan.. ingatkan nak entri pendek je , rupanya terlebih suda.. ok setakat ini sahaja coretan Norzi yang dapat dikongsikan bersama... semoga berguna untuk anda semua.. Salam ukhwah dari Norzi . Terima sekali lagi atas sokongan dan perhatian anda. Wassalam

RESEPI : SAYUR GORENG BERSAMA DAGING

BLOG FASHION ANGGUN, SOPAN, CANTIK DI SINI



Assalamualaikum... selamat malam.. mengantuk nya mata ni,,,.. entri ni Norzi buat semalam petang... masak dengan ala kadarnya untuk makam malam dengan masakan yang simple saja.. masak sayur dan ikan goreng je.. cuma nak letak masakan sayur goreng yang menggunakan daging dan juga kentang dan sawi yang dicampur, terhasillah sayur goreng  yang bercampur campur ni.. semua benda Norzi masukkan..rasanya okla..(hehe takkan nak masuk bakul angkat sendirikan )hahaha ...mengikut anak tekak hubby dan anak.. kira approved la... mana tidaknya.. licin je masakan tu hihihi... cuba2 je ni sebab tak pernah masak macam  ok ..taknak bnyk merapu dah sebab lewat malam dah ni.. 



Straight to the point la ya.. Norzi cerita sikit bahan-bahan dan cara-cara..


BAHAN-BAHAN


Bahan tumis

1. Sebiji bawang besar di belah dan di hiris kasar
2. 2 Biji bawang putih
3.2 biji cili di ketuk

4. Sebiji kentang , belah 2 dan dihiris halus, gorengkan

5. 2 ikat sawi , di basuh bersih dan potongkan
6. Sesenduk daging hiris yang telah direbus (ni sebab norzi ada lebihan dari daging rebus masa buat bihun sup, norzi simpan dalam peti beku)
7. Sedikit sos tiram
8. Sedikit garam
9. Sedikit minyak utk menumis
10. Sedikit air NORZI letak sesenduk

Kaedah:


1. Panas kan minyak, tumis kan bawang besar, bawang kecil.

2. Lepas naik bau, masukkan cili, kacau kejap
3. Masukkan sos tiram, kacau
4. Masukkan daging, kacau2 seketika, dan buka api kuat sikit masukkan sayur sawi , kacau2 dan masukkan kentang...
5. Seterusnya masukkan kentang, kacau2..masukkan garam ikut keperluan dan masukkan kentang, kacau2 dan masukkan sesenduk air. Biarkan api besar seketika... dan siap..senang kan? :)
  

Kentang ni Norzi goreng dahulu supaya senang nak masak sebab kalau dah empuk mudah untuk campur dan sayur lain dan lebih cepat kan ,,..Norzi hiris halus supaya cepat kering... 



Kentang ni memang favourite makan begitu sahaja.. selalunya hubby akan beli sekotak.. kira banyak sangat la stok kentang... sekali goreng 3 biji ..2 biji untuk di ratah begitu sahaja sebab anak2 semua suka .. lebihannya saja akan diambil untuk masuk dalam sayur..



ni pulak masa lepas menumis.. masukkan sayur,,..




Ini la rupanya masakan ini.. memang licin dimakan..tinggal pinggan sahaja.. Lawan makan dengan ikan kembung goreng cicah kicap bercili dan nasi putih .... memang sedap kat tekak kami sekeluarga..ni kira tekak orang melayu ya hihi .... ok akhir kata..selamat mencubA resepi sempoi lagi ordinary ..:) salam ceria.. jumpa lagi di lain kelapangan.. IsyaAllah..wassalam

PROJEK SEKOLAH ANAK : TOPENG LEMBU :)



Assalamualaikum...lama dah tak update kat sini .entry sama ngan Blog yang lagi satu tu..kira boleh la kan.. .... sibuk sangat2.. banyak benda nak story , tapi tak sempat.. kadang tu leh terlelap depan lappy ni ha.. tandanya sangat2 la kepenatan... Norzi tak da maid, jadi segala benda kena buat sendiri..hihi.ppenat memang penat,,memandangkan privacy yang di cari ,kira okla... Sebelum merapu jauh,.  just nak share aktiviti Norzi ngan anak.. last week, untuk matapelajaran seni lukisnya, Tahun 3, kena buat la topeng binatang . Apalagi.. brainstorm la sikit2 bersama-sama.. semua binatang disenaraikan... kucing, beruang , arnab, kuda dan lembu pun ada juga hehehe... dalam banyak2 tu, anak Norzi pilih lembu... aduhai.. susah jugak ek nak menopeng lembu yang kiut lagi comel hihihi... yela. kalau boleh nak tengok yg kiut-kiut aje..pakai topeng yang comel ...dan semestinya lain dari yang lain..harapan memang la  nak hasilkan topeng yang kiut, tapi memandangkan tangan pun tak berapa lembut ,hasilnya pun biasa-biasa aje la.. hehe . As always , musim2 raya ni, buat last minute la ..sebab sibuk datang open house ,kalau tak pun, kita bertandang rumah orang. ..Akibatnya banyak la benda2 yang sepatutnya duduk di tangga first priority jatuh ke tangga bawah , masa semua dah tak ikut ..ok takpe, lupakan sebentar hal raya kami tu hihi..

Sambung balik, lepas defined dah LEMBU as subject matter, Norzi pun apa lagi tolong la ajar anak cara2nya...tentu la kita kena buat sebesar muka orang...kalau kecil sangat kang tak jadi topeng la kan.. Projek ni memerlukan sehelai kertas bersaiz A4 yang keras sikit atau kalau ikut arahan cikgu, CIkgu suruh guna manila card. Tapi mama dia dah engkar dengan justifikasi tertentu (heheeh)..jadi mama beli kertas khas yang lebih sesuai untuk tujuan tersebut. Gunakan sebarang pensel utk melakar dan seterusnya mewarna!  Tak susah mana.. tapi sangat-sangat fun dan exciting la kat anak Norzi tu..  owh ya,jangan lupa hole puncher atau penebuk lubang dengan getah untuk dijadikan penyangkut topeng tu kat bahagian telinga. Jom tengok proses tu.. layan gambar... :)



First thing first... mestila kena ada kertas dan pensel hehehe 



dan lakar la sikit2 tak seberapa pun sebab lakar tak penting sangat,
 yang penting mewarna tu :)  kerja mewarna anak Norzi buat sepenuhnya atas 
tunjuk ajar mama dia :)



tak comel mana pun, biasa-biasa aje,.. hehehe... macam biasa lepas coloring,, mama ajar touch up...bukan makeup aje ada final touch up, hehehe  bulu mata lentik u, tentu -tentu gigirl la yang akan pakai kan.. hehe suka nya anak Norzi dengan topeng dia ni..





Tengok... dah siap dan tengah ukur  bahagian utk buat hole tu...





tada... mata agak offset sikit..tapi for 30mins work kira okla..  sebab tak banyak masa ada .esoknya dah nak school...kami  siapkan segera sebab dah lewat malam.. hehehe sukanya kakak dapat  mewarna.. macam Norzi dah maklumkan dulu.. mewarna tu memang kegemaran dia.. dulu tak berapa sangat hasilnya..lama2 dia improved.. and belajar sikit2 la pasal  strokes and shades. Itu saja serba sedikit cerita Norzi. Ni bukan la hot from oven entry,last week lagi.. cuma tak sempat nak update di sini... Kalau  yg ada anak2 tu boleh la tengok2 , usha2 ya.. nak share info pun boleh , just tiggalkan komen , boleh la ramai2 gi tengok entry awak semua.. sharing is caring kan... ok sampai sini dulu.. salam sayang :)~ NORZI


KOLEKSI FESYEN JUBAH MODEN< DRESS ANGGUN KLIK SINI

UNTUK LIKE FB PAGE..  KLIK SINI

Boleh Like Jika suka atau tinggalkan jejak :)


KAEDAH MELAWAN MATA MENGANTUK?

Assalamualaikum... selamat malam... ramai dah beradu kan.. Norzi belum tido lagi macam2 nak buat.. lama sungguh tak jenguk sini.. terima kasih pada yang sudi follow... lately Norzi tidur tak teratur... banyak benda nak kena buat... jadi ubat nak melawan mengantuk ialah NESLO... Selalunya Norzi pekena Nescafe atau 3in1 NES pun ok. Kopi pun ok juga... tapi semua tu tak ada..stock yang ada kat rumah hanya NESLO aje, jadi Neslo pun boleh la asalkan kurang rasa mengantuk :)


Sesekali boleh buat macam ni especially bila nak buat benda yang betul2 penting... kalau tiada keperluan, Norzi elakkan ambil sebab kandungan kafein dalam air ni sangat berkesan kat Norzi . Tapi kalau En Hubby minum tak terkesan pun :) . Minuman tenaga dia LIVITA atau RED BULL.. hehe tak sama la tindakbalas badan kami. 


Owh ya, teringat cerita zaman nak SPM dulu.. Norzi hari2 pekena Nescafe pekat untuk study malam... mak abah tido je , kita baru bangun tidor dalam jam 11mlm dan study...bila fikir balik sebenarnya tak bagus tau buat macam tu... lebih baik kita teratur..tidur awal, bangun awal, tidur cukup so tak la ngantuk pergi sekolah,, balik study dalam 1-2jam dan tidur.. tips tu..buat adik2 yang nak ambil peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.  

OK tak nak merapu jauh sangat,,sampai jumpa lagi .. nanti norzi update lagi.. 



KLIK SINI UNTUK KE NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE 

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER

Assalamualaikum... hari ni jalan2 nampak segmen..dari  MIZZ WENN... hehe hari tu Norzi buat segment, sekarang kita pulak rasa nak join segmen.. hehehe :)
bukan banyak masa pun, tapi rasa nak join dan menambah kenalan di alam maya ni.. salam perkenalan semua...

untuk menyertai segmen yang dianjurkan oleh mizz wenn ni.. 


Syarat untuk join :

1 . Follow blog MIZZ WENN and Like Fan Page ( bagi yang belom follow and like) 
2 . Buat tajuk entry segmen ' SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER ! ' . 
3 . Copy paste banner simple itu dan linkkan ke sini okay .
4 . Dah siap ? Okay , sila tinggalkan link entry anda ke kotak komen aku okay =) .
5 . Sila BW and follow back blogger yang dah join okay .
TARIKH MULA : 4 SEPT 2012
TARIKH TAMAT : 6 SEPT 2012

selamat menambah follower ya...:


UNTUK MELIHAT SEMUA KOLEKSI FESYEN TERKINI...KLIK SINI

UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN DI FACEBOOK---KLIK SINI



“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...