Assalamualaikum, salam sejahtera, terjumpa gambar masa makan di restoran Nasi Ayam Sedap di Beaufort Sabah. Sebelum cerita lebih lanjut, Norzi dan keluarga mendoakan agar semua yang berada di Sabah mendapat perlindungan dari Nya dan semua perwira negara yang bertugas di sana sentiasa di lindungi Allah SWT.
Kenangan semasa di Sabah tak kan dapat di lupakan. Negeri nya indah dan antara tempat yang kami lawati ialah Beaufort. Di Beufort ada satu pekan kecil Beaufort, di situ la Norzi dan keluarga menginap untuk satu malam sebelum bergerak semula ke Kota Kinabalu. Masa di situ, pusing-pusing di sekitar Hotel River Park Hotel , Beaufort. Bila pusing-pusing , nampak Restoran Nasi Ayam Sedap, apalagi kami pun singgahla.
Restoran Nasi Ayam Sedap
Gambar di atas ini entrance di kedai. Kedai ni di bahagian corner lot baris premis perniagaan. Dekat sangat dengan hotel Norzi sekeluarga duduk. Di Beaufort tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan lebih-lebih lagi waktu malam . Tujuan utama Norzi ke Beaufort adalah menghantar adik , kenduri perkahwinannya di rumah keluarga isterinya . Alhamdulillah semua telah berjalan lancar.
Ni menu nasi ayam (kami pilih ayam goreng)
Sayurdengan sos tiram
sayur ni memang memenuhi citrasa Norzi dan hubby...memang naik sangat selera dapat makan nasi ayam ni + dengan sayur.Cara nak buat sayur ni mudah sangat. Hanya didihkan air dan celurkan sayur hingga agak layu dan angkat , letakkan di piring dan curahkan sos tiram. Gorengkan Bawang putih ,dan taburkan di atas sos tiram tadi.. rasanya memang sedapp lebih-lebih lagi kalau menu sayur ini di makan dengan nasi ayam :)
kaunter penyediaan
Kesimpulannya, makan di sini ok... sedap .. pelbagai jenis nasi ayam, ayam goreng, ada nasi ayam hainan ... kalau anda berada di Beaufort , tentu selalu singgah sini kan...orang yang nak datang Beaufort boleh la singgah di sini... bawa makanan dari rumah juga sebab tak banyak kedai ...kalau ada pun mungkin tidak memenuhi citarasa / selera... Harga ok , maaf Norzi lupa harga nasi ayam ni sebab tak simpan receiptnya ..lama sangat dah... tapi kalau tak ok, kami sekeluarga akan ingat hahaha. Ok sampai sini dahulu salam ceria untuk semua .
Jazaakumullah Khairan Katsiran
~Norzi
No comments:
Post a Comment