Assalamualaikum dan salam sejahtera... sejak cuti sekolah ni boleh dikatakan pagi pagi Norzi masak siap-siap di rumah sebab anak-anak tak nak makan yang beli bungkus.. Kalau sempat In sha Allah cuba tunaikan :)..kena selang-selangkan..
Pagi ni Norzi masak ikan siakap kukus halia ..ni anak sulung minta ni. Fatimah memang penggemar makanan. Sooo food lover.. tapi kena remind dia selalu jangan mkn banyak sangat takut oversize n obes..opps sebab mamanya pun dah makin sihat ni...
Ikan siaakap ni asalnya nak masak kicap halia. tapi pagi ni baru perasan kita cair abis... so tukar startegi , masak stim je la. Ni baru makanan sihat. Kalau tercari-cari resepi untuk berpantang, ni salah satu resepi berpantang yang mudah, tetapi naik selera ..lagi kalau makan ngan nasi panas..yummy :). Untuk mama-mama berpantang, boleh gantikan cili-cili tu dengan lada hitam...kasi lebihkan lada hitam dan banyakkan halia.
Halia boleh la di makan begitu sahaja sebagai ulam. Bagus untuk kesihatan, boleh buang angin mommies semua. Air asam pun bagus juga.. ikan boleh tukar la ikan apa nak pakai... tengok orang sebab masa berpantang tak semua orang sama. Ada yang alahan kat jenis-jenis ikan. Norzi selalunya makan tenggiri masa dalam pantang..lauk lain macam ayam kampung atau ayam biasa pun makan, daging, ikan jacket . Ikan bilis paling takut nak makan sebab dah kecik-kecik tak tau mana satu yang gatal.. jadi masa dalam pantang Norzi tak ambil ikan bilis.
Halia boleh la di makan begitu sahaja sebagai ulam. Bagus untuk kesihatan, boleh buang angin mommies semua. Air asam pun bagus juga.. ikan boleh tukar la ikan apa nak pakai... tengok orang sebab masa berpantang tak semua orang sama. Ada yang alahan kat jenis-jenis ikan. Norzi selalunya makan tenggiri masa dalam pantang..lauk lain macam ayam kampung atau ayam biasa pun makan, daging, ikan jacket . Ikan bilis paling takut nak makan sebab dah kecik-kecik tak tau mana satu yang gatal.. jadi masa dalam pantang Norzi tak ambil ikan bilis.
Resepi asal Norzi baca dari periuktanah.blogspot.com.boleh tengok entry kat sini Terima kasih akak raihan sudi kongsi resepi. thanks for inspiring me :) .... yela tak semua orang sudi berkongsi resepi ni... tapi Norzi percaya masih ramai yang mencari ruang menghidupkan dan mengalirkan pahala dengan berkongsi benda benda baik.. dan bila ianya dipanjangkan untuk kebaikan , tentu ada bahagian untuknya dan NYA...wallahualam . Again, thanks kak raihan !
Norzi cuma tambahkan sedikit gula dalam air asam jawa, buat lebih sikit, Norzi tambah serai ketuk -ketuk sikit dan sedikit minyak bijan .. :) dan tambah lebih sikit lada hitam... lain-lain semua sama.. Alhamdulillah sedap.. memang kena ulang resepi ni.. Hubby pun suka sangat, kecuali budak budak tak appreciate sangat masakan ni... yela sedap kalau makan ngan bawang, halia , cili tu, kalau makan ikan sahaja mmg kurang la :)
Norzi minta izin copy paste kak..
Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal hitam (500-600gm) * Norzi buat seekor ikan siakap
1 inch halia di hiris panjang-panjang , nipis
1 labu bawang besar-belah dua dihiris nipis membujur
1 tangkai serai-hiris nipis boleh juga kalau ketuk sahaja * Norzi buat 2 batang serai, satu hiris nipis, satu ketuk
1 tangkai cili merah hiris serong
3 tangkaao cili api -diketuk
5 biji lada hitam-ditumbuk halus * Norzi buat 10 biji
1 sudu teh pati asam jawa di campur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi di perah airnya
sedikit garam * dan Norzi letak sedikit gula dalam juice asam jawa- 1/4 sudu
cara membuatnya
1.Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan
perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam.
Kak raihan makan dengan budu/air asam, tapi Norzi makan macam tu aje dengan nasi panas , memang marvellous la resepi akak ni.. :)
siap sedia nak di kukus..semua dah siap disatukan
letak dalam pengukus...
tinggalkan dalam 20minit ..sementara tunggu boleh pergi mandi . Maklumla Norzi buat ni pagi... dan yang bestnya masak kukus macam ni kalau kita nak makan lagi sekali kita panas kan aje, memang berasap n cepat panas..
Suka sangat tangkap gambar periuk cum pengukus ni hehehe..bukan apa rasa happy sangat dapat utilise periuk ni... sukaaaa
tengok lagi sekali..aihh kiranya berkali -kali la tengok... suka sangat nih.. sebab rasa cam tak payah gi restoran :) hihih kejap kejap hubby plak tengok...lepas beberapa minit... alahai baru perasan bawang besar lom letak... cepat cepat la letak :) tapi masih tak terlambat.... yang terlambat nya nak ambil gambar bila dah siap kukus... tak sempat! ngap ngap ngap kemain laju lagi , sampai lupa tangkap gambar.. petang tengok dah tak comei dah nak tangkap gambar hihi
Oleh sebab Norzi puasa Isnin tu (masa masak tu la), balik rumah ada lagi sikit ikan ni. so , panas kan dan makan dengan nasi putih sedap nya... aih harus buat lagi ni.. Seriously sangat senang.... dan menjimatkan masa dan dalam masa yang sama sangat sihat!
ops.. komen hubby : banyakkan kuah lain kali...
ok , sampai sini dulu dan selamat membaca dan mencuba. Kalau nak share, di izinkan :) boleh tinggalkan jejak juga :)
Vitamin C terbaik untuk ibu mengandung, ibu berpantang
Resepi ikan siakap steam ala resepi dalam pantang
salam ceria dari Norzi :)
Khas untuk ibu-ibu :
At thіs moment I am going away to do my
ReplyDeletebreakfast, when haviing my breaκfast coming againn to read more news.
Look into my paǥe rent ps2 games []