Followers

Sponsored Advertisement

.

IKAN SIAKAP MASAK ASAM

Resepi kali ini resepi ulangan iaitu resepi ikan siakap masak asam. Sebelum ni Norzi pernah juga entrikan resepi Siakap Masak Asam di SINI. Ikan siakap yang siap digoreng kemudian dimasak sebarang resepi bagaikan pembuka selera apabila dimakan atau di hidang dengan nasi panas. Tetapi sebelum itu, sebelum sampai aktiviti memasak  , banyak aktiviti  lain yang telah dilakukan. Norzi masak ikan siakap ni dimalam hari untuk dinner kami sekeluarga. Tiba-tiba, sambil-sambil tu, terlintas beberapa perkara di minda memikirkan usia yang semakin hari semakin meningkat.  Proses penuaan yang memang tidak dapat lari. Sekejap sahaja rasanya anak yang dilahirkan sebelum ini telah meningkat dewasa dihadapan mata tanpa disedari. Setiap detik anak membesar, tetapi tidak disedari sehinggalah bila anak sudah boleh memakai baju mama, baru terasa anak itu sudah sangat besar!

Bila usia bertambah, maka proses kitaran semulajadi juga berlaku..proses penuaan,,yang dilalui oleh kaum adam dan hawa. Tak boleh lari lagi. Itulah kehidupan.. yang muda pasti akan tua.. Semoga hidup ini sentiasa dalam lindungan Mu Ya Allah. 

Kembali ke episod resepi kali ini. Simplelicious sangat resepi yang campak campak dah siap! Magic kan walaupun masakan kali ni tak pakai magic pan heheh... dan semestinya kalau ibu -ibu di dalam pantang nak cuba resepi goreng-goreng ni kalau boleh dah hujung-hujung proses tu boleh la. Orang berpantang biasanya di larang memakan makanan berminyak kerana dikhuatiri rahim lambat sembut. Itu kepercayaan orang tua. Tidak tahu fakta sebenar , tapi Norzi ikut sahaja proses berpantang yang mak nasihatkan sebab nak cepat sembuh. Kalau nak juga cuba resepi masak asam ni, boleh sahaja tapi guna kaedah masak steam atau bakarkan ikan siakap ni dan tambah air asam , jangan letak minyak.  Nak cerita lagi pasal berpantang ni, kadang kala setiap orang tidak sama kaedah berpantangnya sebab ramai kenalan Norzi yang berpantang dan makan ikan goreng .. alhamdulillah ok.. berbeza badan masing-masing. Jadi elok kalau tanya orang tua dahulu ya tentang pemakanan semasa di dalam pantang.


Ok, Jom tengok resepi super simple ni.




Ikan siakap masak asam



Resepi  : Ikan siakap masak asam
Oleh : Norzi Foodilicious House

Bahan-bahannya : 
1 ekor ikan siakap sederhana besar
*2 biji bawang merah -hiris
*2 ulas bawang putih - hiris
*1 biji bawang besar-hiris kasar
*5 biji cili api - dihiris 
1 biji tomato di belah empat
*1inchi halia di hiris
*sebarang serai -diketuk
2 sudu sos tiram
sedikit daun sup di hiris
semangkuk kecil air asam jawa
garam

Cara-caranya : 
1) Basuh bersih ikan siakap, tos, ratakan garam dan kunyit- gorengkan - asingkan ikan bila telah masak
2) Guna sebahagian minyak goreng ikan , cukup panas, masukkan bahan bertanda *
3) Bila sudah bau wangi masukkan sos tiram , kacau dan masukkan air asam jawa sehingga mendidih
4) Masukkan tomato ,daun sup / ketumbar dan perasakan .
5) Curahkan kuah pada ikan.



Selamat mencuba ikan siakap masak asam yang memang mudah ini tetapi menyelerakan.


Norzi~



No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...