Followers

Sponsored Advertisement

.

MEE SUP SEGERA

Assalamualaikum . Saja schedule post waktu pagi..kalau post petang nanti ada yang teringin..  mesti ada yang lapar. Tambahan kalau perut dah berkeroncong minta makanan... Selalunya waktu petang kita nak makan snack sikit. Kalau boleh pekena milo suam atau teh tarik pun ok juga.. Keropok lekor ke..kuih muih ke.. kadang - kadang tu makanan tak berapa sihat pun kita makan..contohnya jeruk asam... Mee segera pun kita masih ambil juga.  Kita ke..saya aje ambik..Kesedaran  tu sudah ada.... Selagi boleh dielakkan pengambilan msg, kita elakkan. Kalau memang favourite sangat , gap kan la pengambilan atau kurangkan meletak msg / perisa.




Mee sup segera dengan sosej.



Tapi oleh sebab 'teringin''.. eii wajar ke gunakan perkataan teringin tu.. itu saja guna supaya tidak rasa bersalah sangat. Norzi masak la mee segera perisa kari. Lepas tu campurkan dengan sosej yang Norzi dah panggang atas pemanggang ajaib. Makan masa petang.. panas-panas memang la best. 



Tak da maknanya kalau nak letak resepi sebab ini super senang, campak-campak aje :) .. Salam ceria dan selamat bercuti semua.

Norzi~




makanan segera, mudah sedap, murah, masak cepat. senang mee maggi, makan panas panas, cepat siap, resepi Mee segera kari istimewa




TIPS BAGI MANGSA BANJIR

Assalamualaikum, Norzi perolehi maklumat ini daripada Applikasi Telegram . Perkongsian yang sangat baik untuk semua saudara kita yang ditimpa banjir. Norzi mendoakan semoga kalian sentiasa selamat, dipermudahkan urusan dan dilindungi Allah.Semoga perkongsian ini bermanfaat.




                                                Doa untuk mangsa banjir

Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005. Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV ,  peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.

ngat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpur.
Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur. JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.
YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.
Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... 









MAKANAN SIHAT: STEVIA PEMANIS SEMULA JADI


Pernah dengar tentang STEVIA?

Mari kita tukar corak pemakanan kita, dari gula putih kepada STEVIA, pemanis semulajadi.

Gula Pasir yg kita makan bertahun2 sebenarnya tidak menyumbang apa-apa zat melainkan kalori yg berlebihan..jika dlm sehari kita ambil nasi, roti atau sumber karbo yang mencukupi, kita tidak perlu gula lagi..Gula pasir hanya akan menambah bilangan kalori yg berlebihan dalam badan..bila kalori yg berlebihan ini kita  tidak digunakan , ia akan bertukar kepada lemak yg lama kelamaan akan membawa kepada masalah tekanan darah yang tidak normal, gula dalam darah yang tinggi, obesiti dan penyakit jantung.

Stevia produk pengganti kepada gula tebu dan ianya adalah zero kalori..apabila kita berhenti dari mengambil gula pasir dan gantikan dgn Stevia, lemak-lemak di dalam badan secara perlahan akan bakar n bertukar kpd tenaga yg diperlukn badan..bergantung kepada aktiviti n tenaga harian yg diperlukan badan.

Dr Farid Alias, Dr Pakar ATM, pakar stevia/motivatoR






Produk berasaskan ekstraks daun Stevia


Satu botol bersamaan 300 titis. 



Kelebihan royal sweetener:
-Mengimbangi kandungan gula dalam badan
-Menurunkan kadar gula yang terdapat didalam darah sesuai untuk pesakit diabetes danbypoglycemia.
-Melawaskan pembuangan air kencing.
-Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
-Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
-Membantu sistem penghadaman makanan.
-membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
-Berupaya mengawal berat badan (obesiti)
-Mengurangkan masalah keradangan.




Sekiranya berminat mendapatkan STEVIA, consultation, dan sebarang pertanyaan , sila berhubung dengan

Dr Rozy
sms/ whatsapp : 017-3117363





EMAIL TNB HADIAH RM150,000

Ini adalah email yang telah di perolehi di mailbox Norzi. Hati-hati ~ Jangan mudah terpedaya dengan email scam. 






Tenaga Nasional Berhad
(TNB HQ) 129 Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur,
Malaysia





Ini adalah satu pemberitahuan rasmi daripada ibu pejabat daripada Tenaga
Nasional Berhad sempena Persatuan Air Malaysia (PAM) untuk memaklumkan anda
mengenai Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun dan kami
Kami dengan gembira mengumumkan alamat e-mel anda sebagai salah satu
daripada 7 alamat e-mel yang dipilih semalam yang diadakan di ibu pejabat di
Kuala Lumpur.


Dilampirkan disini Nombor Rujukan TNB-1187-48901 dengan Nombor kelulusan,
TNB / 2012-087 /KL, dan nombor bertuah, TNB / 7071KL-733 yang memenangi MYR
150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja), alamat e-mel
anda dipilih dari pangkalan data ibu pejabat lembaga program Tenaga Nasioanl
Berhad dan TNB memberi MYR150,000 kepada 7 keluarga yang bertuah menerima
mesej rasmi ini melalui e-mel sebagai pampasan 1 Malaysia.


Hadiah ekslusif Akhir Tahun TNB berjumlah MYR150,000.00 akan dikeluarkan
kepada anda melalui bank antarabangsa. Oleh kerana rombakkan beberapa nombor
dan nama, kami meminta anda menyimpan mesej ini untuk diri sendiri dan tidak
akan sama sekali mendedahkan kepada pihak TNB sehingga tuntutan anda telah
diproses, dan hadiah anda dimasukkan ke dalam akaun anda, kerana ini adalah
sebahagian daripada protokol untuk mengelakkan penyalahgunaan nombor bertuah
anda.

Untuk memulakan tuntutan TNB anda, anda dikehendaki mengisi borang pengesahan di bawah dan mengemukakannya kepada ejen tuntutan anda,Puan Zailina Bt Zainal Abidin bagi membolehkan beliau menjelaskan fail anda dan membayar dengan segera.

Jabatan Ganjaran TNB
Zailina Bt Zainal Abidin
TEL: +60163774909
E-Mel: tnb-bhd.my@outlook.my

Nama Penuh:
Alamat Bil:
Umur:
Warganegara:
Nombor Telefon Rumah:
No. Pengesahan dan Rujukan Hadiah:

NOTA: Untuk mengelakkan kelewatan atau pembatalan, sila lampirkan bersama
Nombor Rujukan dan Nombor Pengesahan TNB dalam semua urusan surat menyurat
dengan ejen anda di dalam e-mel ini.

Semua wang hadiah mesti dituntut tidak lewat dari tarikh 20 Dis, 2014. Apa-
apa tuntutan yang tidak dibuat mengikut tarikh ini akan dikembalikan kepada
Tenaga Nasional Berhad, Malaysia.

Tahniah !! Sekali lagi
Saya yang menurut perintah,
(Nor Fadilah Binti Samsudin)
Setiausaha Publisiti TNB
© Copyright 2014 Tenaga Nasional Berhad
Semua hak cipta terpelihara.



BANTUAN KUTIPAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berita yang diterima melalui facebook, aplikasi whatsapp , media cetak mahupun media elektronik menunjukkan banjir yang berlaku memberikan kesan kepada penduduk setempat. Atas faktor simpati yang mendalam , Norzi mengambil peluang menyebarkan maklumat bagi sebarang sumbangan kepada mangsa banjir dengan maklumat di bawah. 


Sekiranya rakan-rakan semua ingin membuat sumbangan , boleh berurusan dengan wakil seperti di bawah. Norzi hanya menyebarkan maklumat di medium ini dengan niat untuk sama-sama membantu saudara yang di landa banjir. Maklumat di bawah telah diperolehi dari aplikasi Whatsapp. Untuk semakan lanjut, sila berhubung dengan wakil tertera, kutipan dijadualkan pada 25.12.2014. 


Semoga penderma dan yang membantu menguruskan kutipan sumbangan ini diberikan ganjaran berlipat ganda oleh NYA. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian. 






Gambar banjir terkini 2014 di SMK Manek Urai







KELAB ANAK-ANAK GUA MUSANG


54 mins · Edited ·





Assalamualaikum.Gua Musang dilanda banjir besar.Maka atas dasar simpati yang amat sangat maka satu sesi kutipan sumbangan pakaian(seluar/baju/kain/dll) untuk mangsa banjir di Gua Musang akan diadakan.Sahabat semua boleh serahkan sumbangan pakaian tersebut kepada PIC yang tersenarai di bawah :


1. Amran Arifin
(017-2089569).
Lokasi : Depan Alamanda Putrajaya
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis

2. Zack Kagum
(017-6166528)
Lokasi : Depan Tesco Ampang
Masa : 10.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis

3. Haji Hazmi Hanipa
(013-9100020/012-9192037)
Lokasi : Shell Greenwood,Gombak
Masa : 11.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis

4. Mohd Sharuddin
(019-2949300)
Lokasi : Restoran Wira Sejati
Seksyen 24 Shah Alam
Masa : 24 jam (On Call)
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis

Mohon jasa baik sahabat semua war-warkan kerja amal ini.Semoga Allah SWT bagi ganjaran setimpal untuk kita sama-sama ringankan beban sahabat dan keluarga di sana. Jika tidak dapat sumbang sebarkan di group masing2 insyaAllah.



Terima kasih.

Jazakallah.
Norzi~

TEMPAHAN ROTI SARANG LEBAH DAN BUTTERSCOTCH

Pernah rasa atau mencuba roti sarang lebah dan butterscotch? Roti sarang lebah dan butterscotch ini sangat popular pada masa ini dan rasanya sangat sedap . Kombinasi bahan buatannya sangat sempurna membuatkan sentiasa inginkan roti ini di dalam stok. 


Selain untuk dimakan sendiri, roti sarang lebah dan butterscotch ini juga boleh dijadikan sebagai hidangan untuk sebarang majlis keraian. Untuk majlis hari lahir di sekolah atau di rumah juga sesuai dihidangkan roti ini. Selain dari resepi yang enak, roti sarang lebah dan butterscotch ini juga berkhasiat. Seperti yang kita sedia maklum, roti menyediakan nutrien penting termasuk karbohidrat untuk tenaga , dan juga mineral, seperti selenium dan besi yang diperlukan untuk kesihatan tisu .


Norzi Foodilicious House kini membuka tempahan roti sarang lebah dan butterscotch kepada umum. Kepada yang berminat membuat tempahan, maklumat tempahan adalah seperti di bawah : 

Tempahan di buka untuk sebarang majlis seperti di bawah

- tempahan individu
- majlis perkahwinan
- majlis akikah
- open house
- majlis hari lahir
- majlis di pejabat
- majlis akhir tahun sekolah 
dan lain lain

Harga : RM6 sebekas
Berat : 215g
COD dan by post . 
Jika by post, harga belum  termasuk kos pos
Min order 4 pcs dan ke atas
Untuk kuantiti pukal / banyak sila maklumkan sekurang-kurangnya  3 hari awal dari tarikh majlis.


Untuk tempahan :
SMS / whatsapp / sms : 019 3177872
email ; norzibeautilicioushouse@gmail.com









 
Roti sarang lebah dan butterscotch







 Roti sarang lebah dan butterscotch dengan bungkusan





         Menerima tempahan Roti sarang lebah dan butterscotch




BAHAYA BAHAN SEDIAAN DI RUMAH : SABUN DAN BAHAN PENCUCI



Sebagai seorang ibu, suka Norzi kongsikan bahan bacaan di bawah yang di petik dari Dewan Kosmik Nov 1996. Di dalam artikel ini berkongsi tentang bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia tertentu dan berbahaya sekiranya pengendalian terhadap bahan-bahan pencuci tersebut tidak kendalikan dengan betul dan sempurna.  Jom kita baca laporan di bawah.




Bahaya Bahan Sediaan di Rumah Sabun dan Bahan Pencuci
Oleh: Kamilah Beran
Sumber: Dewan Kosmik - November, 1996

KEBANYAKAN suri rumah menganggap rumah adalah tempat yang paling selamat bagi ahli keluarga mereka. Tetapi apabila diperhati di sekeliling mereka mungkin barulah mereka sedar bahawa di dalam rumah terdapat pelbagai peralatan dan bahan-bahan kegunaan harian yang mungkin boleh membahayakan ahli keluarga. Bahan-bahan seperti serbuk pencuci, sabun, racun serangga dan sebagainya antara bahan yang boleh mendatangkan padah kepada ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Pada dasarnya bahan-bahan ini tidak akan memudaratkan jika digunakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Banyak kejadian keracunan bahan tersebut terutamanya yang membabitkan kanak-kanak berpunca daripada penyimpanan di tempat yang tidak sesuai ataupun akibat kecuaian ibu-bapa. Keracunan mungkin juga berpunca daripada sikap sambil lewa ahli rumah yang menganggap bahan-bahan tersebut tidak merbahaya tanpa mengetahui apakah bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Satu kajian mengenai kes keracunan yang telah dilaporkan di hospital mendapati satu pertiga kes keracunan berpunca daripada terminum ataupun termakan bahan sediaan yang terdapat di rumah. Lebih membimbangkan lagi 90% kes keracunan ini melibatkan kanak-kanak berumur di antara satu hingga sebelas tahun. Daripada jumlah ini lebih kurang 80% daripadanya adalah kanak-kanak yang berumur kurang dari enam tahun. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa sebahagian besar kejadian keracunan di rumah berlaku di tiga tempat utama iaitu dapur 50%, bilik air 20% dan bilik tidur 10%.

Kejadian keracunan seolah-olah sengaja dibenarkan berlaku, sedangkan sebahagian besar kes ini boleh dielakkan jika langkah-langkah pengawasan yang sepatutnya diambilkira. Orang ramai perlu sedar bahawa keracunan yang berlaku di rumah bukanlah semata-mata kemalangan. Oleh sebab itu orang ramai perlu diberi kesedaran mengenai bahaya bahan kimia yang sering dikaitkan dengan kes keracunan yang berlaku di rumah dan cara-cara mengendalikan kejadian keracunan bahan tersebut agar mangsa dapat diselamatkan dengan segera.

Bahan-bahan sediaan kimia yang dikenal pasti boleh menyebabkan keracunan yang teruk terbahagi kepada beberapa jenis yang utama iaitu : 

  • Sabun dan bahan pencuci
  • Racun tikus (Rodentisid)
  • Hydrocarbon seperti minyak tanah
  • Cat, varnis, pencair cat
  • Alat kosmetik
  • Racun makhluk perosak (insektisid)
  • Ubat gegat (naftalin)
  • Alat-alat lukisan
Sabun dan Bahan PencuciSabun dan bahan pencuci merupakan antara bahan kimia di rumah yang paling bahaya berbanding dengan bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan ini boleh dikatakan terdapat di setiap rumah dan biasanya kita tidak berapa mengambil peduli tentang cara penyimpanannya secara selamat. Di sampaing itu tidak ramai yang mengetahui tentang kandungan dan bahaya bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Kajian yang dilakukan terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10% daripadanya disebabkan oleh sabun dan bahan pencuci. Ramai di kalangan mangsa menemui maut akibat tertelan bahan beracun tersebut.

Sabun merupakan bentuk garam kepada asid lemak bebas. Kebiasaannya bahan ini mempunyai ketoksikan yang rendah dan tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya digunakan pada kulit. Di rumah sabun boleh didapati dalam bentuk pepejal atau cecair.

Bahan pencuci pula merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau permukaan dan tidak digunakan pada tubuh. Sediaan yang didapati biasanya dalam bentuk serbuk, cecair dan semburan. Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses pencucian.

Terdapat beberapa jenis serbuk pencuci terdiri surfaktan negatif sintetik untuk menggantikan sabun-sabun biasa.
Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah.

Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS). Baru-baru ini pengunaan BAS telah pun diharamkan di Malaysia.

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Pencuci sintetik mengandungi bahan-bahan seperti flurescent untuk memutihkan pakaian, fosfat sebagai agen menanggalkan kotoran, silika untuk meningkatkan keupayaan mencuci dan garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan bahan pencuci terdapat di pasaran tidak melabelkan kandungannya. Ini menyukarkan pengguna membezakan antara pencuci asli dan pencuci sintetik.

  • Sediakan bahan pencuci yang hendak dikenal pasti, air, bekas lutsinar dan cuka (asid asitik).
  • Campurkan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas lutsinar mengandungi air. Biarkan sehingga campuran tersebut larut seketika.
  • Campurkan sedikit cuka ke dalam bekas tersebut.
  • Hasil yang akan didapati adalah seperti berikut:
  • jika sabun asli - tiada buih dan air menjadi keruh.
  • jika sabun pencuci sintetik - ada buih dan air kelihatan jernih.
  • jika campuran pencuci sintetik dan sabun asli - berbuih dan air menjadi keruh.
 Terdapat satu cara mudah untuk mengenal pasti pencuci asli iaitu seperti langkah-langkah di atas 

Di antara bahan pencuci di rumah yang mempunyai risiko keracunan teruk ialah bahan peluntur, bahan pencuci, cermin kereta, pembunuh kuman, pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik.

Bahan peluntur dikenali sebagai egen menghakis dan mengandungi bahan aktif natrium hipoklorit pada kepekatan 5%. Bahan ini tidak menunjukkan sifat terlalu beralkali dan mangsa yang terminum bahan ini kebiasaannya hanya perlu meminum segelas susu. Namun begitu keradangan mulut dan esofagus mungkin berlaku jika termakan dengan kuantiti yang banyak. Peluntur dalam bentuk serbuk mempunyai komposisi lebih pekat oleh itu keradangan yang lebih teruk akan berlaku jika termakan. Percampuran bahan peluntur dengan bahan-bahan pencuci lain boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk. Bahan peluntur yang dicampurkan dengan bahan pencuci tandas yang berasid kuat akan menghasilkan klorin manakala campuran bahan peluntur dengan ammonia akan menghasilkan gas kloramin. Kedua-dua gas ini amat toksik pada selaput mukosa terutamanya pada saluran pernafasan.

Bahan pencuci cermin kereta mengandungi metil alkohol (metanol) pada kepekatan tinggi. Bahan ini berupaya membersih dan menghalang pembekuan. Metanol dimetabolismakan kepada metabolit toksik yang boleh mengakibatkan kerosakan sistemik serius. Mata boleh menjadi buta dengan hanya meminum lima hingga sepuluh mililiter bahan ini.

Pembunuh kuman biasanya mengandungi bahan kimia fenol manakala pencuci longkang dan ketuhar adalah bahan berbes yang terdiri dari ammonia pada kepekatan melebihi 10% dan hidrogen peroksida atau natrium peroksida. Pencuci tandas biasanya mengandungi bahan aktif berasid yang menghakis.

Pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik pula mengandungi bahan kimia yang sama dan boleh mengakibatkan kesan radang kepada mangsa. Pencuci mesin basuh juga boleh menyebabkan keracunan. Kebanyakan pencuci mesin basuh diketahui mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat yang boleh mengakibatkan keradangan yang teruk jika terkena mata.

Rawatan 

Mangsa yang tertelan sabun akan mengalami rasa mual dan mungkin muntah-muntah selepas beberapa minit. Biasanya kesan ini boleh berlanjutan sehingga 24 jam. Mulut, esofagus dan perut mangsa akan menunjukkan keadaan seperti terbakar. Mangsa perlu diberi minum susu atau sekurang-kurangnya air biasa dengan banyaknya bagi mencairkan isi perut. Jika banyak sabun cecair yang ditelan (di antara 30-50gm) boleh mengakibatkan keradangan pada mukosa mulut, muntah-muntah dan cirit-birit.

Jika terkena mata akan menyebabkan mata menjadi merah dan rasa pedih. Mata perlu dicelupkan ke dalam air dan kelip-kelipkan mata selama beberapa ketika atau sekurang-kurangnya alirkan air kepada mata selama 10-15 minit sebelum diberi rawatan perubatan. 

  • Gunakan bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak.
  • Simpan bahan dalam bekas asal.
  • Jangan sekali-kali gunakan bekas bahan-bahan kimia ini sebagai bekas makanan kerana ini akan mengelirukan kanak-kanak.
  • Simpan makanan, bahan kimia dan ubat-ubatan di tempat berasingan.
  • Pastikan almari atau bekas simpanan mempunyai penutup dan berkunci.
  • Beli pencuci dan bahan lain dalam kuantiti kecil yang mencukupi untuk sesuatu tugas. Seboleh mungkin dapatkan barang yang paling tidak merbahaya.
  • Simpan semua bahan kimia, pencuci dan ubat-ubatan di tempat yang tidak boleh dicapai dan dilihat oleh kanak-kanak.

Langkah-langkah mencegah keracunan bahan sediaan kimia di rumah 


Bantuan awal kepada mangsa keracunan bahan kimia di rumah adalah penting untuk menyelamatkan mangsa.

  • Jika mangsa muntah-muntah dalam jangkamasa yang panjang, sakit perut yang teruk dan tidak berupaya menelan apa-apa, bawa mangsa segera berjumpa doktor.
  • Tentukan bila masa mangsa tertelan bahan tersebut.
  • Sekiranya kulit atau mata mangsa terkena bahan tersebut, cuci dengan air dan sabun selama 10-15 minit.
  • Jika mangsa berupaya menelan, beri minum air atau susu supaya kepekatan kandungan bahan di dalam perut dapat dikurangkan. Kanak-kanak disyorkan meminum kurang daripada 60ml (1 cawan) dan orang dewasa pula kurang daripada 150ml (2.5 cawan).
Beberapa panduan bagi membantu mangsa keracunan bahan kimia 

Bahan-bahan kimia yang dinyatakan sememangnya telah menjadi satu keperluan di rumah. Jadi tidak dapat tidak, kita terpaksa menyimpannya di rumah, walaupun kita mengetahui bahaya yang bakal timbul. Oleh itu kaedah pengunaan dan penyimpanan yang baik perlu dititik beratkan oleh ibu bapa bagi memastikan bahan-bahan tersebut tidak terdedah dan menarik minat kanak-kanak untuk mencuba. Cegahlah ahli keluarga terutama kanak-kanak daripada mengalami keracunan di rumah sendiri. Jadikan rumah sebagai tempat paling selamat untuk seluruh ahli keluarga. 

                                                                Sumber



Selepas membaca tentang perkara ini, apa pendapat anda tentang hubungan sabun dan bahan kimia?.  Terfikir atau tidak, adakah sabun yang bebas dari menjadi bahan beracun atau yang boleh mendorong perkara di atas sekiranya tidak dikendalikan dengan baik? Jawapannya YA,  memang ada. Sekiranya ingin tahu dan ingin dapatkan bahan pencuci  bebas bahan kimia dan mesra alam , anda boleh teruskan membaca DI SINI.




APA ITU BELANGKAS ?

Pernah tengok belangkas tak sebelum ni... pernah tak terfikir.. apa itu belangkas... macam mana rupa belangkas? Dari kecil tahu sebut belangkas, tapi rupa belangkas pun tak tau.. macamana tu.... Masa kecil -kecil Norzi bayangkan belangkas ni macam ulat beluncas hehehe... banyak sungguh andaian.

Hari ini Norzi nak share cerita tentang belangkas. Haiwan bernama belangkas ni memang popular sejak dari azali lagi.. dari cikgu, ibu bapa, datuk nenek semua suka guna perumpamaan belangkas ..sejak dari kecil kita selalu dengar perkataan belangkas, perumpamaan atau peribahasa 'macam belangkas' memang selalu di sebut-sebut.

Apakah maksud macam belangkas ini dan apakah sinonimnya dengan manusia? Perumpamaan macam belangkas' adalah orang yang sering berdua kemana sahaja ( jantina berlainan) . Erti atau maksud 'macam belangkas' adalah orang yang sering kemana-mana iaitu lelaki dan perempuan yang sering bersama-sama. Peribahasa ini sangat terkenal dalam masyarakat Melayu. 

Untuk mengenali belangkas, iany boleh di temui di persekitaran laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina. Mengikut Wikipedia ,Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.


Perumpamaan dah selalu dengar kan... maksud belangkas pun dah tau... tapi pernah tak tengok belangkas?Baru-baru ini kami ke kedai di Batu Pahat untuk membeli ikan basah..kebetulan ada belangkas yang di jual di situ.. Norzi seumur hidup baru first time tengok belangkas. Ya, inilah peluang pertama melihat belangkas ... itupun suami Norzi yang beritahu bahawa itu adalah belangkas...kalau tidak dimaklumkan, memang tidak akan tahu.. Suami Norzi berasal dari Batu Pahat, Johor. Oleh kerana lokasinya berdekatan dengan bagan / laut , jadi dari kecil dia selalu tengok dan makan. Mungkin tidak semua orang pandai makan belangkas. Norzi tidak pernah tengok ataupun makan belangkas tetapi secara jujur Norzi takutlah tengok belangkas. Macam robot besi. Sila tengok belangkas di bawah... ni masih ke kedai.. Norzi tak faham sangat macamana nak masak dan nak makan belangkas kerana ianya sangat menakutkan dan kelihatan sangat kebal :) Tidak ada idea macamana nak siang dan masak belangkas ni.. 




Belangkas yang belum di siang (dibersihkan) Takut tak?



Saya sangat- sangat takut tengok belangkas ini... 



Kalau dah takut nak tengok, pegang , macamana nak masak... ? Nasib baik hubby tidak pernah cakap nak makan belangkas :).  Kalau tidak.. boleh pitam.. hihi.  Hubby Norzi dah biasa sejak kecil jadi dia tidak takut untuk pegang belangkas tu.. Resepi masak belangkas memang tiada sebab kami pergi beli ikan, belangkas tak beli pun , hanya ambil gambar untuk dikongsikan di medium ini. Sekurang -kurangnya memberikan pengetahuan kepada yang masih tidak pernah melihat belangkas.



Salam ceria,
~Norzi

KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BELIMBING BULUH

Buah belimbing buluh memang banyak khasiat dan kebaikannya.  Selain dari juadah masakan dan pelbagai resepi yang menggunakan buah belimbing buluh, seperti sambal belacan belimbing buluh , masak lemak cili padi dengan menggunakan belimbing buluh ,   ianya juga boleh digunakan  bagi merawat tumit pecah. 

Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina. (Sumber)



Buah belimbing buluh




Selain daripada penyedap makanan, buah belimbing buluh juga digunakan untuk mencegah tumit dari pecah-pecah. Ini adalah petua yang diketahui oleh orang tua-tua.. tidak salah untuk mencubanya. Biasanya, bagi wanita yang gemar menggayakan kasut bertumit tinggi akan mengalami tumit pecah akibat menampung berat badan. (Sebaiknya elakkan menggunakan kasut bertumit tinggi kerana jika terlalu memberi tekanan kepada kaki ianya boleh memberikan kesan jangka panjang) Selain itu , kulit sensitif dan tidak tahan pada sabun basuh pakaian juga boleh mengakibatkan tumit pecah. Bagi mengelakkan tumit pecah, buah belimbing buluh dipercayai mampu membantu mencegah kulit pecah. 

Tips terbaik menghindari / merawat tumit pecah ialah , pertama sekali gosokkan tumit dengan buah belimbing buluh sehingga bersih setiap kali mandi. Biarkan tumit seketika, kemudian gosokkannya dengan menggunakan kain untuk menghilangkan rasa kasar pada tumit.  (Sumber : Koleksi Petua)

Selamat mencuba.
Norzi~





MUTIARA KATA: NIKMAT DUNIA

'
Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia yang sementara, kita akan terlepas nikmat akhirat yang kekal selamanya'



Saling mengingati tanggungjawab bersama. 
Salam ukhwah; 
Norzi~

AKTIVITI SEBELUM PULANG DARI SEKOLAH

Khalisah berusia 4 tahun, InsyaAllah tahun depan masih di tempat yang sama iaitu Montessori yang berdekatan dengan sekolah tu.. Alhamdulillah setakat ini kami berpuas hati Khalisah di sini. Ini adalah gambar yang di ambil pada bulan lalu... lambat update lagi! :)

Disiplinnya Khalisah apabila waktu mengambil dari sekolah/ nursery..Khalisah tahu tanggungjawabnya.. biasanya Norzi tidak akan masuk ke dalam persekitaran sekolah kerana pagar sentiasa berkunci ( bagus untuk keselamatan) . Jadi parents tunggu kat luar. Anak - anak telah di didik untuk mengambil tuala sendiri , beg dan jalan keluar untuk pulang. 

Suka tengok perkembangan ini.. suka tengok perkembangan positif, displin diri  sejak dari kecil . Sangat penting untuk mendidik anak menjadi seorang yang berdisplin , tanpa perlu memarahi atau memukul. Tentulah kena di didik dari seawal mungkin, sekecil mungkin.. kalau sudah besar, kita terjerit jerit pun anak -anak susah hendak berubah... Didikan awal memberikan rasa 'in the blood' atau sudah sebati yang mana segala perbuatannya adalah sememangnya dari dalam dirinya... tanpa sebarang paksaan tetapi sentiasa melakukan perkara yang telah di ajar.  Perkara seperti ambil towel , ambil beg dan pulang adalah satu perkara kecil tetapi sangat memberi kesan yang besar pada hemat Norzi. 




Masa untuk mengambil towel.. 



Didalam banyak -banyak towel..sila pilih towel sendiri..Guru memang tidak akan membantu kerana inilah masanya memberi peluang untuk anak-anak mengatur langkah sebelum keluar dari sekolah.  Bagi Norzi ini adalah satu cara mendidik anak dalam membuat pemilihan dan keputusan. Anak -anak perlu berfikir dan membuat keputusan yang tepat sebelum boleh keluar dari sekolah walaupun baru berusia 4 tahun.



Masa dah dapat towel... bukan main cepat dia berlari... ya lah nak jumpa mama :) .Sampai towel mengheret lantai... memang balik kena basuh terus.. 





Seharian di sekolah ./ taska, kini masa untuk pulang... ceriakan? Khalisah tidak lah begitu ceria kalau waktu pagi ke sekolah..biasalah, nak kena tinggal ..mungkin hati dia meronta nak ikut mama n papa dia.. tapi kena juga pergi sekolah ... kadang tu dia happy juga.. tengok mood , tapi bila waktu balik senyum sampai telinga ... 



Masa ambil gambar ni dah rasa macam mamarazzi dah... snappp  berpanjangan... snap the moments... Semoga Khalisah menjadi anak yang cemerlang dan solehah dunia dan akhirat.




Salam XO ,
Norzi~

KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BELIMBING


Pengambilan buah-buahan dalam diet seharian sangat penting untuk mengekalkan diet yang seimbang. Ini antara buah yang selalu di dalam stok buah-buahan di rumah Norzi. Jom baca tentang khasiat dan kebaikan buah belimbing.





Semasa kecil , pokok buah belimbing hidup segar di belakang rumah Norzi semasa di Kampung Malaysia Tambahan.... buah ni banyak sangat sampai tidak termakan ,jatuh ke lantai, dah sedekah kat jiran pun masih banyak lagi.. rezeki masa itu... tapi sekarang ni , nak makan buah belimbing ke beli.. mana ada tanam dah sekarang... rupanya banyak kebaikan buah belimbing ni atau juga di kenali sebagai star fruit.

Fakta tentang buah belimbing.
Kadar immunity - buah belimbing kaya dengan Vitamin C. Ia mengandungi 34.5 mg Vitamin C yang merupakan 57% daripada keperluan harian. Oleh kerana Vitamin C adalah antioksidan , buah belimbing sangat baik untuk sistem imun bagi melawan sejuk dan selesema. Kandungan makanan yang kaya dengan Vitamin C  mampu meningkatkan kadar imuniti bagi melindungi daripada jangkitan biasa. Biasanya, jangkitan ini adalah disebabkan oleh perubahan bermusim. Oleh itu, pengambilan buah belimbing di dalam diet seharian adalah sangat bermanfaat untuk sistem imun kita.

Keradangan- Oleh kerana ia mengandungi jumlah yang baik antioksidan dan flavonoid ia merupakan buah yang sangat bermanfaat untuk melindungi daripada keradangan. Antioksidan dan flavonoid melawan zarah radang dikenali sebagai radikal bebas .

Mengekalkan Tekanan Darah- buah belimbing mengandungi pelbagai nutrien seperti kalium dan natrium. Nutrien ini dikehendaki membantu mengekalkan tahap bendalir di dalam  badan. Oleh itu ia mengekalkan tekanan darah. Sementara kandungan serat buah belimbing pula menjadikan ia sangat bermanfaat untuk sistem kardiovaskular. Ia juga merendahkan kolesterol tidak baik dalam darah.

Senak- buah belimbing mengandungi serat larut. Serat larut yang tinggi dalam diet mampu membantu meningkatkan penghadaman. Dengan peningkatan dalam penghadaman keupayaan badan untuk mencerna dan menyerap nutrien juga akan meningkat.

Kaya dengan Nutrien- Buah belimbing mengandungi nutrien lain yang penting untuk fungsi badan yang betul. Ia menyediakan besi, kalsium, mangan, magnesium, dan lain-lain nutrien ini penting untuk perkembangan dan fungsi badan.




CENDOL BAKAR DENGKIL

Sessi JJCM atau Jalan Jalan Cari Makan kali ini adalah di warung Cendol Bakar Dengkil. Kawasan ni dekat untuk yang berada di sekitar Cyberjaya, Dengkil , Putrajaya.. walaupun putrajaya tak adalah dekat sangat sebenarnya. Norzi memang tak pernah nak singgah sini. Tapi ada satu hari tu, balik dari Johor, oleh sebab sesak sangat kerana sempana cuti panjang ..suami bawa jalan lama. Jadi nampakla kedai Cendol Bakar. Dari jauh dah nampak dah banner. Kedai makan ni ada di kedua-dua belah kiri dan kanan bahu jalan. Oleh sebab panas ...jadi nampak iklan cendol ni memang menarik perhatian. Norzi tanya hubby cendol bakar tu macamana rupanya... bila tanya pekerja dia , dia bagi tahu air gulanya di bakar... rupanya bila tanya kawan-kawan nama cendol bakar ni sebenarnya Bakar tu nama orang. Tergelak sebab percaya kata-kata pekerjanya.



Warung ni kecil sahaja . Menyediakan pelbagai resepi cendol. Antara resepi cendol yang boleh di dapati di sini adalah Cendol Bakar atau CB Durian harganya RM4.00 , Cendol Bakar (CB) RM2.50, Cendol Bakar Pult RM3.00, Cendol Bakar Tapai RM 3.50, Cendol Bakar Jagung RM3.00


  Cendol jagung yang kami order


 Cendol durian . Tapi cendol durian ni terlalu manis...  dan rich sangat




  Anak Norzi pesan nasi ayam. .



 dan menu rojak ... rojak campur campur Norzi tak pernah makan ni .. cicah dengan sos merah macam sos cucur udang.


Ada lagi satu pasal makan cendol di Melaka. Betul betul di Bandar Melaka, Nanti Norzi entrikan . Salam ceria di pagi Rabu . Semoga Allah mempermudahkan urusan kita seharian.


Salam ceria,
Norzi~


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...