Followers

Sponsored Advertisement

.

COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA


Melaka merupakan bandar bersejarah yang sentiasa penuh dengan pengunjung. Memang seronok kalau dapat ke Melaka , lagi seronok kalau tujuan ke Melaka tu adalah untuk bercuti tanpa urusan bekerja... Kalau ke Melaka, sangat sinonim dengan makanan-makanan popular seperti asam pedas, kuih keria antarabangsa dan juga coconut shake. Mungkin ada juga yang cari seafood. Memang best sangat kalau dapat makan semua yang di cari. Tapi kalau ke Melaka time cuti sekolah , sangat - sangat sesak. Biasanya kedai- kedai pun sama sesak macam jalan raya.. Dari mood happy terus mood penat nak berlumba lumba cari tempat duduk, cari parkir kereta.. ini boleh mendatangkan tekanan.. 


Ok , cerita sikit pasal coconut shake Klebang , Melaka. Norzi pergi banyak kali dah ni . Pertama kali pergi atas urusan rasmi. Amboi rasmi sangat la tu haha. Sebenarnya atas banyak urusan dan bukanlah urusan peribadi. Pergi ke Klebang first time Norzi makan coconut shake kat situ . Sedap ditambah pula dengan ice cream vanilla satu scope. Selain coconut shake. ada juga nasi lemak kuih muih seperti karipap ,donut dan ada juga keropok lekor. Orang memang sangat ramai. Oleh sebab pergi tengahari , maka cuaca sangat panas. Kalau lupa pakai deodorant memang sangat UniFi la bau bauan yang tak sepatutnya berbau . Jadi , jangan lupa pakai deodorant lebih -lebih lagi kalau nak duduk bawah matahari.






Ini lah coconut shake Norzi order. Makan dengan nasi lemak dan kuih kuih. Tengahari hanya ada nasi lemak.. speciality memang kat coconut shake.



Kalau pergi Klebang melaka , boleh perhatikan coconut shake signboard. 

Waktu berniaga adalah seperti di bawah :

Warktu perniagaan Klebang original coconut shake :
Hari : Isnin - Ahad 
Waktu : 11 pagi hingg 6.30 petang
Konsep jualan adalah pesan, bayar dan anda boleh minum selepas itu...

Kepada yang nak ke Melaka boleh la cuba coconut shake ni. Kalau ada kelapa kat rumah , boleh juga cuba sendiri.. 

Salam ceria.
~Norzi

IKAN SIAKAP 3 RASA MUDAH DAN SENANG



Assalamualaikum. Salam hari Isnin. Ini aktiviti memasak semalam... Hari Ahad diluangkan dengan aktiviti memasak. Masak tak banyak pun , hanya masak ikan siakap dan sayur goreng. Sekali lagi Norzi hidangkan resepi berasaskan ikan 
siakap. 

Ikan Siakap memiliki isi putih dan berkeping.  Ikan siakap ini mudah untuk di goreng dan minyaknya kurang memercik ketika menggoreng. 





Resepi ikan siakap 3 rasa yang mudah dan senang

Ikan siakap ini sangat popular .. kalau ke seafood restaurant, selalu kita minta ikan siakap 3 rasa la... steam halia.. siakap bakar, siakap masam manis dan macam-macam resepi lagi. Sememangnya ikan siakap ini sedap isinya.



 Resepi ikan siakap 3 rasa yang mudah dan senang



Di Australia, Ikan Siakap merupakan ikan hidangan popular ("iconic") yang digemari di seluruh negara. Ia boleh dikatakan jenama khusus Australia. Namanya inggerisnya-"Barramundi" diambil dari nama untuk Ikan Siakap yang diberikan oleh masyarakat peribumi Australia. Bagaimanapun, permintaan bagi ikan ini amat tinggi di Australia sehinggakan sebahagian besar darinya diimport. (Sumber)




  Resepi ikan siakap 3 rasa yang mudah dan senang




Siakap tiga rasa Norzi penuh dengan hirisan bawang besar. Ianya sengaja Norzi letakkan kerana kami sukakan bawang besar yang untuk di makan dengan ikan dan nasi. selain sayur. 






 Resepi ikan siakap 3 rasa yang mudah dan senang


Resepi ikan siakap 3 rasa

Bahan-bahannya :

Seekor ikan siakap sederhana besar (seabass)
Sedikit kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng ikan


Bahan sos / kuah tiga rasa :
*3 ulas bawang putih di cincang halus
*2-3 sudu cili giling
*1/2 biji bawang besar di hiris kasar
*sebatang serai di hiris halus
*1/2 inch halia
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram cendawan
satu cawan jus air asam jawa
sedikit gula dan garam


Cara-caranya :
1.Basuh bersih ikan, toskan dan ratakan kunyit dan garam dan goreng garing. Selepas cantik kekuningan cukup masak , angkat ketepikan.

2.Gunakan minyak yang sama, kurangkan kuantiti jika terlebih minyak, tumiskan bahan bertanda * hingga naik bau. 

3.Kacau rata , masukkan semua sos cili, sos tomato dan sos tiram. 

4. Masukkan air asam jawa. Biar mendidih.


5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan gaul rata. Bila cukup masak,curahkan kuah atas ikan.




Selamat mencuba.
~Norzi



















RESEPI KOBIS GORENG DENGAN DAUN BAWANG

Kobis adalah sayur kegemaran Norzi sekeluarga. Dalam seminggu mesti ada masakan yang berasaskan kobis. Kobis goreng, kobis masak air adalah dua menu yang selalu menjadi hidangan keluarga Norzi.  Kobis kaya dengan antioksidan, vitamin C, dan vitamin lain. Selain itu, sayur kobis juga tidak mudah layu jika tidak dimasak dalam 2-3-4 hari jika di simpan di dalam peti sejuk berbanding sayur daun hijau yang mudah layu jika tidak segera di masak.

Kali ini Norzi masak sayur kobis ni dengan menggunakan daun bawang. Campuran dengan daun bawang ada aroma tersendiri. Resepi kobis goreng yang mudah ini Norzi entrikan di sini walaupun ianya resepi yang amat mudah, mudah-mudahan boleh juga menjadi rujukan anak-anak Norzi apabila mereka dewasa kelak..Insha Allah. 






Kobis goreng dengan daun bawang



 Kobis goreng dengan daun bawang

Daun bawang di gunakan sedikit sahaja , yang dominan adalah sayur kobis.



Resepi kobis goreng

Resepi Kobis Goreng

Bahan-bahannya:
Sayur kobis secukupnya, potong ikut size kegemaran , basuh bersih
*1/2 biji bawang besar di hiris kasar
*1 biji bawang merah - basuh bersih-hiris
*2 ulas bawang putih - basuh bersih- hiris
1 biji cili merah - basuh bersih - hiris
*sedikit ikan bilis basuh bersih
sedikit daun bawang potong kecil
2 sudu sos tiram cendawan
sedikit minyak
garam secukupnya

Cara-cara:
Panaskan minyak
Tumiskan bahan bertanda * higga naik bau
Masukkan sos tiram 
Setelah sebati  masukkan garam, sayur kobis- kacau rata
Masukkan daun bawang dan cili merah - kacau rata dab setelah cantik sebati boleh angkat untuk di hidangkan.

Salam ceria;
~Norzi







NBH0259 FATEENAH DRESS - TO ORDER WHATSAPP 019 3177872 

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK STEAM

Resepi kali ini resepi sihat. Norzi masak resepi universal, sesuai juga untuk ibu berpantang bersalin samada secara normal atau ceaserean. Makanan dalam pantang, sesuai sangat-sangat. Resepi ibu dalam pantang. Jika dijadikan amalan ibu-ibu selama 100 hari akan kembali selim tubuh badan seperti sebelum mengandung dahulu. Resepi berpantang ni sebenarnya menjadi lebih mudah dengan menggunakan magic pan atau periuk ajaib ini. Mana tidaknya, ni kira potong semua bahan dan longgok sahaja di dalam magic pan. Tutup dan tunggu 15 minit, masakan sedia di makan. Memang sangat mudah.

Walau bagaimanapun, oleh kerana Norzi tidak berpantang, cili-cili pun bersepah ..bukan main banyak Norzi letak . Kalau ibu berpantang, boleh gantikan cili dengan menambahkan sesudu lada hitam.  Kalau boleh lada hitam di tumbuk dahulu, Jangan tumbuk sendiri ya, sesiap yang menjaga dalam pantang tu , ha minta orang itu yang tolong tumbukkan. 





Bahan-bahannya
Siakap saiz sederhana.
Limau nipis sebiji. (separuh buat jus and campur dlm tu- hiris dlm 3/4 utk letak atas n bawah ikan)
Sos tiram 2 sudu setengah-lumur pada ikan
Sos ikan 2 sudu.
Halia 2cm-racik halus
Bawang putih 3 ulas.-racik halus
Batang sederi - racik kasar
Daun sup-racik halus
Daun bawang-racik halus
Serai sebatang hiris nipis
Lada besar racik halus-halus
Minyak masak 2sudu
Air 1cawan
Daun limau purut sehelai- racik halus
Optional *lada kecil/lada sulah-if nak pedas
Garam, gula secukup rasa okay. Tak letak pn takpe actually sebab dah ada sos tiram and sos ikan :)


Cara-cara
Lumur semua bahan dengan ikan.
Masuk dlm Pemanggang Ajaib.. air asam cukup sekadar nak buat kuah.  Masak dalam 15-20 minit. Perasakan . Sedia di angkat dan dihidangkan panas-panas.

Selamat mencuba



DOA DI HARI JUMAAT

Doa untuk hari ini dan hari-hari seterusnya. Semoga sentiasa dirahmati Allah.



Salam Jumaat ~ Penghulu segala hari






Doa pagi Jumaat

Ya Allah di pagi Jumaat yang mulia ini, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapa ku, seluruh ahli keluargaku, saudara-saudaraku , sahabat-sahabatku dan seluruh umat Islam. Panjangkan umur kami. Kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Tunjukilah kami jalan yang benar Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat, dan masukkanlah kami de dalam syurga Mu.
Amin Ya Robbal Alamin.





TIPS TENTANG BAYI


Tahukah anda, bayi baru lahir lebih gemar mendengar percakapan manusia selain daripada bunyi-bunyian yang mana apabila mereka menjadi lebih dewasa dan mula blajar bercakap, mereka akan cuba meniru bunyi- bunyian manusia selain daripada bunyi bising benda benda tidak bernyawa seperti deringan telefon.




Bayi comel

Selain itu juga, perlu anda ketahui bahwa bayi bernafas lebih cepat daripada orang dewasa iaitu 30 hingga 50 kali seminit berbanding dengan orang dewasa yang hanya bernafas 15 hingga 20 kali seminit. 



KAMUS BAHASA BANJAR

Ada sesiapa di kalangan pembaca adalah dari keturunan Banjar. Banjar menggunakan bahasa yang lain. Bagi yang ingin belajar bahasa banjar, di bawakan kamus bahasa banjar khas buat pembaca semua. Kalau tahu cakap banjar memang best lagi-lagi kalau ada kawan yang boleh berbual. Kamus bahasa banjar- semoga membantu.

KAMUS BANJAR
A
awak - tubuh badan
akuk - saya
ayunan - buaian
amun - kalau
asuh - meriba
andak - letak
ading - adik
ampar - hampar
ampih - berhenti/sembuh
ancap - cepat
andika - awak (panggilan terhormat)
anum - muda
apik - cermat
arai - seronok
aruh - kenduri
aur - sibuk bekerja
ayuha - ya lah


B
babanam - bakar
batakun - bertanya
baimbai/baumbai - bersama-sama
bahanu - kadang-kadang
barabah - berbaring
bungul - bodoh
bapadah - beritahu
berpanderan - berborak,
bersembang
bahira - buang air besar
bekameh - buang air kecil
banyu - air
badadas - pergi dengan tergesa-
gesa
badarau - gotong-royong
bagamat - perlahan
bagaya - bergurau-senda
bagi - beri
bahambur - bertaburan, bersepah
bahari - dahulu kala
bahimat - bersungguh-sungguh
bahinak - bernafas
baisur - memohon diri untuk pulang
bajurut - berderet-deret
bakajut - serta-merta
bakakat - merangkak
bakuriak - menjerit
bakuya - mengadu
bamamai - berleter
baranga - lalat
barataan - semuanya
basanga - goreng
basaruan - menjemput/
mengundang
basurah - bercakap
basurung - berhidang
batapas - membasuh pakaian
bisa - boleh, pandai
buat - masukkan
bubuhan - kaum keluarga
bujur - betul, benar
bukah - lari
buting - (penjodoh bilangan
untuk barang ie:
sabuting, dua buting)
batis - kaki
bagawi - bekerja
bulik - balik
bahayatau - merayau
banua - negeri
basuduk - bertikam


C
cacak - pacak
cagat - tegak (berdiri)
cakah - sombong
caluk - seluk
cuntan - curi
cuur - mencari salasilah keluarga


D
dadai - sidai
dangkak - mencangkung
diang - gelaran untuk anak
perempuan
dimapa - bagaimana
dingsanak - adik beradik
diulah - dibuat
dudi - kemudian


G
gadur - tempayan kecil bermulut besar
galianan - geli
ganal - besar
gani'i - tolong
garing - demam
garingitan - geram
gayur - lemah bekerja
gugut - gigit
guha - gua
gulu - leher
guri - tempayan
guring - tidur
gawian - pekerjaan


H
handap - pendek
hakun - setuju
hirang - warna hitam
higa - tepi, pinggir, sebalik
hagan - untuk
haruk - berbau busuk
habuk - warna kelabu/coklat
hadang - tunggu
halam - dahulu
halapat - di celah, di antara
hambat - pukul
hantalu - telur
hanyar - baru
haragu - pelihara
haran - banyak digunakan
harat - cantik
haru - kacau
hawas - penglihatan yang baik
hawat - lambat
hinggan - had, batasan
hingkat - boleh, upaya, larat
halui - kecil
hayam - ayam



I
igut - gigit
ikam - awak
ikung - ekor (penjodoh bilangan)
ikup - peluk
ilat - lidah
imbah - selepas itu
inguh - berasa
intil - kedudukan yang hampir jatuh
iwak - ikan, lauk


J
jajak - pijak
jaka - jika
japai - pegang, sentuh
jarang - rebus
jinting - bawa dengan tangan
julung - beri



K
karah - kerah, secara paksa
kaina - nanti
kastila - betik
kulir - malas
kacak - ramas
kada - tidak
kadada - tiada
kadap - hari semakin gelap
kaganangan - teringat
kalimpanan - mata termasuk benda
kalumpanan - terlupa
kampil - beg
karamian - terlalu seronok
karau - nasi masak keras
karukut - garu atau pegang dengan keras
kasai - sapu dengan ubat
katuhukan - terlalu sangat
katuju - suka
kaya - seperti
kaya apa - macam mana
kiming - dipegang dan dipicit-picit
kipit - sempit
kiwa - kiri
kuantan - periuk
kuhup - terkurung dalam keadaan panas
kukut - diambil dengan tangan secara kasar
kulaan - saudara mara
kumpa - mengepam
kurihing - senyum lebar
kutung - tudung kepala untuk perempuan
kuwitan - ibubapa
kelonok - betis
karindangan - riang
kanak - budak
kajung - tegang



L
lantih - petah bercakap
lahau - lucu
lawang - pintu
lawas - lama
lading - pisau
lakasi - cepatlah
lamak - gemuk
likit - menyalakan api
limbak - melimpah (barangan)
limpap - kemek
limpas - melimpah (cecair)
lintuhut - lutut
liup - kepanasan sampai lecur
lucung - terlepas
lului - tercicir
lungur - licin
lunta - jala ikan
lingai - bersih



M
manguliat - menggeliat
maraha - biarlah
maulah - membuat
maharagu - membela, menjaga
maram - biar
manggarunum - mengomel
maniwas -
manganyumuh - bercakap seperti hendak
menyembunyikan sesuatu
mancarucus - bercakap cepat
mangaradau - bercakap tak tentu hal, mengarut
mahuhulut - mengejek
mawaluhi -
mangaramput - berbohong
mahapak - menempelak
muntung - mulut
maarit - menahan kesakitan
madam - pergi merantau
mahingal - tercungap-cungap
mahigut - kesakitan yang amat sangat
maigau - mengigau
maingking - berjalan dengan pantas
maka am - oleh itu
malacung - melompat
malar - kedekut
maling - pencuri
mamak - empuk
mandangani - menemani
manggah - semput
mangganai'i - menolong
mangincang - berjalan laju kerana marah
maunjun - memancing
mintuha - mentua
muyak - jemu
maniring - melihat
maitihi - meneliti
muha - muka



N
nang - yang
napa - kenapa
napa am - itulah
ngalih - susah
nginum - minum
nyaman - mudah dikerjakan
ngaran - nama
nakek - potong, tetak



P
pambakal - ketua kampung
parut - perut
pacul - tanggal
padar - panaskan di atas api
pagat - putus
pair - diseret, meleret
pajah - padam lampu/api
pajal - benam
padudian - terkemudian
parak - dekat
parawaan - suka menegur orang lain
patak - sembunyi
patuh - sudah biasa
picak - buta
picik - picit
pirut - senget
pukung - buai bayi dalam keadaan duduk
pundut - bungkus
pupur - bedak
purun - malu
pusut - gosok dengan perlahan
paruna - cantik (wajah)
paninian - nenek moyang



R
ranjah - langgar
ranai - senyap
ratik - sampah
raub - himpun dengan tangan
rawa - sapa
rigat - kotor
ruhui - pandai bercakap tentang sesuatu
rumpung - rongak
rakai - rosak
ragap - dakap/peluk



S
sahan - pikul sesuatu
sahang - lada hitam, sulah
saing - rajin
salawas - selama
sulukut - bakar
sambat - cakap/kata
sampiyan - awak
samunyaan - semuanya
satumat - sebentar, sekejap
sunyaan - semua
sanga - goreng
sangu - bekalan
sapalih - sebahagian
sarik - benci disebabkan marah
saruan - menjemput
sasah - kejar
sawat - sempat
sigar - segar
singgang - senget
suah - pernah
suar - lampu suluh
salawar - seluar
sugih - kaya
sulum - masukkan ke dalam mulut
supan - malu
susuban - tertusuk benda tajam
sidin - beliau
sunging - bingit



T
tihang - tiang
takuni - soal, bertanya
tutulian - pekak
tagal - tetapi
tagah - semak
tahaga - terjumpa
takutan - takut
talah - selesai
talam - dulang
talukup - tertiarap
taharap - tertiarap
tampaian - terkelihatan
tanai - tadah
tandar - alihkan
tangat - tegah, larang
tangguh - teka
tapak - tepuk
tapas - cuci pakaian
tapih - kain sarung
tarait - berkait
tatawa - ketawa
tawas - jampi
tawing - dinding
tinjak - tolak dengan kaki
tiwadak - cempedak
tuha - tua
tuhuk - penat kerana dilakukan banyak kali
tulak - pergi
tungkih - dikapak
timpas - tetak
tunjul - tolak
tunti - susul
tutuk - ketuk/tumbuk
tuyuk - longgok



U
udak - pegang makanan dalam periuk
udal - pindahkan makanan ke bekas lain
uji - manja
ukang - gigit
ulon - saya
uma - emak
umpat - ikut
ungah - nakal
uyuh - penat
utoh - gelaran untuk anak lelaki yang sulung
urang - orang


W
wada - dakwa, kecam
wadah - bekas untuk isi sesuatu
wadai - kuih
wagas - sihat
waluh - sayur labu
wangal - bodoh alang
wani - berani

RESEPI DAGING KAMBING BAKAR



Alhamdulillah.. dah beberapa kali dah buat daging kambing perap dan bakar sendiri. Semua orang boleh buat masakan ini kerana ianya sangat mudah. Kalau nak makan western style, buat kat rumah memang lebih menjimatkan. Untuk kali ini, daging kambing yang telah Norzi perap semalaman , Norzi panggang gunakan pemanggang ajaib.. masakan memanggang menjadi lebih mudah, bersih, dan lagi sedap (hehe sedap tu sangatlah subjective) . 

Kalau nak perap ni Norzi hanya guna sos tiram , sos cili, sos tomato , sedikit garam , dan n sukatannya agak-agak sahaja.. tiada sukatan yang spesifik... kalau daging banyak,, maka banyak la anda letak,,, secukupnya sesuai dengan jumlah nak perap. Letak dalam plastik memerap , Norzi guna plastik yang Norzi selalu bungkus sandwich. plastik tu memang memudahkan proses memerap. Selepas memerap semalaman, Norzi panggang menggunakan pemanggang ajaib.





Panggang daging kambing di dalam pemanggang ajaib



Apabila sudah semalaman memerap, proses memanggang menjadi lebih mudah kerana daging dah lembut. Masa memanggang tidak lama. Walau pun panggang, tapi ada masa-masa yang Norzi tutupkan pemanggang ajaib ini nak bagi kedap dan semua bahagian masa cantik dan sama rata.



Daging kambing panggang setelah siap dipanggang




Mudah sangat kalau nak makan ... tetapi masa ni sangat malas nak sediakan vege... fries..dan apa-apa sahaja yang sesuai. Lepas Norzi angkat, Norzi makan terus cicah dengan mayo dan sos cili dan sos black paper segera. Memang best sangat. Highly recommended! Mungkin sebab dah lama perapkan , jadi tekstur daging sangat lembut. 

Sesuai di buat untuk makan tengahari , makan petang atau malam. Selamat mencuba.

Salam ceria dari Norzi.








Baju mengandung dan menyusu 
To order : whatsapp 019 3177872


MENGHORMATI AYAH IBU

Terdapat pelbagai cara untuk menghormati ibu bapa semasa mereka masih ada hayat. Berikut adalah antara cara-cara  menghormati ibu dan ayah:





1. Jauhkan dari menggunakan phone anda ketika berdepan dgn mereka.

2. Beri perhatian pada apa yang hendak diperkatakannya kepada kita.

3. Terima pandangannya.

4. Rasakan kehadiran mereka dalam perbincangan.

5. Pandang mereka dengan rasa hormat dan kasih sayang.

6. Selalu puji mereka.

7. Kongsi berita gembira dengan mereka.

8. Elakkan berkongsi berita buruk dengan mereka.

9. Bergaul baik dengan sahabat ibu ayah kita dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka.

10. Sentiasa ingatkan kebaikan yang mereka lakukan.

11. Jika mereka mengulang cerita yang sama, dengarlah sebagaimana kali pertama kita mendengarnya.

12. Jangan timbulkan kenangan pahit/menyakitkan yg telah berlalu.

13. Elakkan perbincangan lain semasa dihadapannya.

14. Duduklah dengan rasa hormat ketika bersamanya.

15. Jangan perkecil/kritik pandangan dan buah fikiran mereka.

16. Jangan menyampuk percakapannya ketika mereka sedang bercakap.

17. Elakkan memukul / mendisiplinkan cucu-cucunya dihadapan mereka.

18. Terima nasihat dan arahannya.

19. Beri mereka kuasa memimpin ketika keberadaannya.

20. Jangan meninggikan suara pada mereka.

21. Elakkan berjalan di hadapan atau mendahului mereka.

22. Elakkan makan dahulu sebelum mereka.

23. Tunjukkan penghargaan kita pada mereka walaupun mereka tidak menginginkannya pun dari kita.

24. Elakkan mengunjurkan kaki dihadapannya atau duduk membelakangi mereka.

25. Jangan menyakiti hatinya.

26. Sentiasa mendoakan kebaikan mereka.

27. Sentiasa ceria dan gembira dengan ibu bapa.

28. Tidak mentertawakan kesilapan dan kesalahannya.

29. Ambil tindakan sebelum mereka mengarah kita melakukannya.

30. Berterusanlah menziarahi mereka.

31. Berhati-hati memilih perkataan bila bercakap dgn mereka. Guna bahasa sopan.

32. Panggil mereka dengan panggilan yang mereka suka.

33. Jadikan mereka keutamaan.

Ibuayah adalah insan yg paling berharga. 





“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...