Assalamualaikum...selamat malam..sebenarnya Norzi nak update benda lain, tetapi oleh sebab dah terjumpa gambar lain... jadi Norzi update dahulu yang ini. Entry ini sepatutnya di tulis semasa bulan Oktober 2012 yang lalu . Tetapi atas faktor masa maka ianya lewat berbulan-bulan. Terlalu banyak yang Norzi nak kongsikan tentang perjalanan semasa kami sekeluarga ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Tapi tak tahu nak mula dari mana sebab mungkin satu entry tidak mencukupi kerana Norzi ingin menulis tentang perjalanan, penerbangan, tempat di kunjungi, makanan yang kami makan, kedai dan restoran yang kami singgah, sedikit review tentang beberapa hotel yang kami duduk sepanjang 4 hari 5 malam dan tips menyewa kereta .hehehe banyak kan Norzi nak cerita tapi semuanya masih belum terluah lagi di blog ini .
Norzi update sedikit tentang makanan yang kami order di dalam penerbangan Air Asia. Pesanan makanan di dalam Penerbangan Air Asia dari LCCT Sepang ke Kota Kinabalu Sabah. Oleh sebab kami sekeluarga pernah order makanan masa penerbangan ke Bandung tahun lepas, dan menunya yang paling sedap masa itu adalah Nasi Padang, dan ya, memang sangat sedap pada selera Norzi sekeluarga , tidak mengecewakan bila menikmati Nasi Padang dengan lauk daging rendang, bilis goreng dan sambal hijau atau orang Indonesia menyebutnya sebagai 'ijo'. Dengan pengalaman tu, Norzi sekeluarga hendak merasa pula makanan kalau ke Sabah....masa pesanan di buat, Norzi memang berharap agar makanan yang di pesan tidak mengecewakan... Waktu kami membuat pesanan itu, bukannya tak makan lagi,tetapi sebab bila berada di atas pesawat, rasa memang nak makan sebab sejuk dan perjalanan pun agak lama dalam 2 jam setengah. Tengok si kecil Norzi ni dari duduk diam rileks macam ni, terus dah bertukar macam gambar kat bawah , mungkin disebabkan kepenatan dan dah agak bosan menunggu 2 jam lebih.
Si kecil norzi ni seronokla minum susu. Baru naik je terus ' nak susu..' dengan slang pelat dia 'nak tutu. mama.' dan oleh sebab suhu agak sejuk , Norzi cepat2 pakaikan jacket jeans yang memang dah hand carry siap-siap, jadi takla Khalisah rasa tidak selesa.
Selepas lebih kurang 45minit pernerbangan~ datanglah stewardess yang membawa menu. Norzi tidak membuat pembelian secara online, tetapi membuat pesanan pada masa itu juga. Sebab utama tidak membuat belian awal kerana takut kerugian kalau-kalau ada perkara yang tidak dapat dielakkan seperti terlepas flight ke atau tidak jadi pergi atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Ini berdasarkan pengalaman Norzi, di mana tiket ke Langkawi yang Norzi beli awal masa tu clash dengan tarikh Konvokesyen , maka terpaksa lepaskan tiket. Norzi beli awal 6-9 bulan dan tak jangka boleh clash masa tu...
ok berbalik dengan menu yang di serve oleh Air Asia Selalunya diorang akan serve orang yang sudah membuat bayaran secara online~ orang-orang ni macam VIP la kena hidang terlebih dahulu kepada yang telah membuat bayaran. Selepas selesai, baru pramugari akan akan melayan sorang demi sorang customer di dalam pesawat. Memang berlainan dengan Malaysia Airlines System (MAS) kerana penerbangan ke Sabah dengan MAS pada hujung tahun lepas , MAS berikan makanan siap-siap sekotak.. tak sama sebab Air Asia dalam katagori tambang murah jadi memang it is not an apple to apple comparisons, kira macam tu la kan ... ni perspektif Norzi sebagai seorang pengguna. Ok, pasal order makanan tadi kan....Anak-anak Norzi dah macam-macam dah nak oder.. alahai comel-comel mama ni... makanan dalam Air Asia ni semua harga double or triple dari luar...semua nak..
Apa-apapun, jom tengok menu :) . Bila menu sampai..ada Kategori All Stars Meal (ni mungkin maksudnya semua sedap kot hehe). Ada menu seperti di bawah:
Apa-apapun, jom tengok menu :) . Bila menu sampai..ada Kategori All Stars Meal (ni mungkin maksudnya semua sedap kot hehe). Ada menu seperti di bawah:
All stars Meal:
1) Roast Chicken with Black Pepper / Mushroom sauce RM13
2) Pak Nasser's Nasi Lemak RM13
3) Uncle Chin's Chicken Rice RM13
Ni kira menu utama la... tapi kalau mereka yang vegetarian pulak, ada menu khas yang menggunakan bahan-bahan utamanya tanpa daging. Nama menu tu ialah Vegetarian Soy Meat Curry with Gourd , Lantis and Carrot Kottu ehhehe tapi jangan ingat semua laluan di sediakan meal ni ya, hanya route atau penerbangn ke India sahaja..jadi kalau anda jenis vegetarian, elok makan dulu siap2 dan tak perlu la order di dalam flight kalau dah kenyang..atau mungkin boleh bawa bekal ke..bekal roti ke atau seumpamanya...
Masa menu list dah sampai.. semua pun sibuk la memesan..pramugari tu akan bagi la apa yang kita pesan dan perlu membuat pembayaran terus. Kami order NASI LEMAK PAK NASSER atau PAK NASSER'S NASI LEMAK sebanyak 2 unit. Cheese cake -ni anak norzi meronta2 nak macam tak pernah makan hehehehe. Lepas tu order air Pulpy orange. So total yang kami order
Nasi lemak Rm13x2 =RM26
Air Minute Maid pulpy RM7 x 1 =RM7
Baked cheese cake = RM7
jumlah bayaran lebih kurang RM40
Kami sekeluarga suka dengan nasi lemak ni, memang sedap.
tara...Ni lah dia rupa nasi lemak tu. Highly recommended :)
Anak norzi makan ni sampai habis ni....Apa tandanya tu? sedap ke ...lapar ke... hehe jawapannya kombinasi sedap dan lapar , jadi habisla atau dalam bahasa matematik ialah SEDAP+LAPAR=HABIS boleh ke macam tu :) . Apa-apa je la janji tidak berlaku pembaziran, itu yang paling penting. Sebelum terlupa air Minute Maid Pulpy tu Norzi rasa sangat-sangat sedap masa kat atas pesawat. Beli satu botol aje...tu yang rasa sedap sangat tu kan :)...
Ok, sampai sini dulu.. Harap entry ni dapat memberi info kepada yang nak order aka memesan makanan dalam pesawat penerbangan Air Asia dari LCCT, Sepang ke kota Kinabalu atau dari Kota Kinabalu ke LCCT,Sepang ya. Setiap menu tak sama bergantung kepada destinasi yang kita tuju. Jika nak rasa kelainan boleh la kita cuba sekali sekali kita tukar selera . Sampai jumpa lagi .
Salam dari Norzi ~
Betul,kak..mmg sedap sangat,sangat,sangat nasi lemak Pak Nasser ni..penah makan masa naik flight AA ke Langkawi..highly recommended.. :D
ReplyDeleteChinta Hati
yela fieza..selera kita sama..:)
Deletemak aihh . sodap nyo nasi lomak . hehe . saya dah follow blog ni . :D
ReplyDeleteok dear terima kasih follow..nanti kakzi akan datang blog awak. tapi nak minta tolong comment semula kat entry nak skirt boleh sebab kakzi nak tekan publish comment tertekan delete. boleh resubmit ke...sori dear
Delete