Followers

Sponsored Advertisement

.

JALAN-JALAN CARI MAKAN : NASI LEMAK PAK NASSER , PESAWAT AIR ASIA



Assalamualaikum...selamat malam..sebenarnya Norzi nak update benda lain, tetapi oleh sebab dah terjumpa gambar lain... jadi Norzi update dahulu yang ini.  Entry ini sepatutnya di tulis semasa bulan Oktober 2012 yang lalu . Tetapi atas faktor masa maka ianya lewat berbulan-bulan. Terlalu banyak yang Norzi nak kongsikan tentang perjalanan semasa kami sekeluarga ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Tapi tak tahu nak mula dari mana sebab mungkin satu entry tidak mencukupi kerana Norzi ingin menulis tentang perjalanan, penerbangan, tempat di kunjungi, makanan yang kami makan, kedai dan restoran yang kami singgah, sedikit review tentang beberapa hotel yang kami duduk sepanjang 4 hari 5 malam dan tips menyewa kereta .hehehe banyak kan Norzi nak cerita tapi semuanya masih belum terluah lagi di blog ini . 


Norzi update sedikit tentang makanan yang kami order di dalam penerbangan Air Asia. Pesanan makanan di dalam Penerbangan Air Asia dari LCCT Sepang ke Kota Kinabalu Sabah. Oleh sebab kami sekeluarga pernah order makanan masa penerbangan ke Bandung tahun lepas, dan menunya yang paling sedap masa itu adalah Nasi Padang, dan ya, memang sangat sedap pada selera Norzi sekeluarga , tidak mengecewakan bila menikmati Nasi Padang dengan lauk daging rendang, bilis goreng dan sambal hijau atau orang Indonesia menyebutnya sebagai 'ijo'. Dengan pengalaman tu, Norzi sekeluarga hendak merasa pula makanan kalau ke Sabah....masa pesanan di buat, Norzi memang berharap agar makanan yang di pesan tidak mengecewakan...  Waktu kami membuat pesanan itu, bukannya tak makan lagi,tetapi sebab bila berada di atas pesawat, rasa memang nak makan sebab sejuk dan perjalanan pun agak lama dalam 2 jam setengah. Tengok si kecil Norzi ni dari duduk diam rileks macam ni, terus dah bertukar macam gambar kat bawah , mungkin disebabkan kepenatan dan dah agak bosan menunggu 2 jam lebih.



                                       
Khalisah Humaira

Si kecil norzi ni seronokla minum susu. Baru naik je terus ' nak susu..'  dengan slang pelat dia 'nak tutu. mama.'   dan oleh sebab suhu agak sejuk , Norzi cepat2 pakaikan jacket jeans yang memang dah hand carry siap-siap, jadi takla Khalisah rasa tidak selesa.


                                                     

Selepas lebih kurang 45minit pernerbangan~ datanglah stewardess yang membawa menu. Norzi tidak membuat pembelian secara online, tetapi membuat pesanan pada masa itu juga. Sebab utama tidak membuat belian awal kerana takut kerugian kalau-kalau ada perkara yang tidak dapat dielakkan seperti terlepas flight ke atau tidak jadi pergi atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Ini berdasarkan pengalaman Norzi, di mana  tiket ke Langkawi yang Norzi beli awal masa tu clash dengan tarikh  Konvokesyen , maka terpaksa lepaskan tiket. Norzi beli awal 6-9  bulan dan tak jangka boleh clash masa tu...


ok berbalik dengan menu yang di serve oleh Air Asia Selalunya diorang akan serve orang yang sudah membuat bayaran secara online~ orang-orang ni macam VIP la kena hidang terlebih dahulu kepada yang telah membuat bayaran. Selepas selesai, baru pramugari akan  akan melayan sorang demi sorang customer di dalam pesawat. Memang berlainan dengan Malaysia Airlines System (MAS) kerana penerbangan ke Sabah dengan MAS pada hujung tahun lepas , MAS berikan makanan siap-siap sekotak.. tak sama sebab Air Asia dalam katagori tambang murah jadi memang it is not an apple to apple comparisons, kira macam tu la kan ... ni perspektif Norzi sebagai seorang pengguna. Ok, pasal order makanan tadi kan....Anak-anak Norzi dah macam-macam dah nak oder.. alahai comel-comel mama ni... makanan dalam Air Asia ni semua harga double or triple dari luar...semua nak..

Apa-apapun, jom tengok menu :) . Bila menu sampai..ada Kategori All Stars Meal (ni mungkin maksudnya semua sedap kot hehe). Ada menu seperti di bawah:

All stars Meal:
1) Roast Chicken with Black Pepper / Mushroom sauce                      RM13
2) Pak Nasser's Nasi Lemak                                                                      RM13
3) Uncle Chin's Chicken Rice                                                                   RM13



                                    


Ni kira menu utama la... tapi kalau mereka yang vegetarian pulak, ada menu khas yang menggunakan bahan-bahan utamanya tanpa daging. Nama menu tu  ialah Vegetarian Soy Meat Curry with Gourd , Lantis and Carrot Kottu ehhehe tapi jangan ingat semua laluan di sediakan meal ni ya, hanya route atau penerbangn ke India sahaja..jadi kalau anda jenis vegetarian, elok makan dulu siap2 dan tak perlu la order di dalam flight kalau dah kenyang..atau mungkin boleh bawa bekal ke..bekal roti ke atau seumpamanya...

Masa menu list dah sampai.. semua pun sibuk la memesan..pramugari tu akan bagi la apa yang kita pesan dan perlu membuat pembayaran terus. Kami order NASI LEMAK PAK NASSER atau PAK NASSER'S NASI LEMAK sebanyak 2 unit. Cheese cake -ni anak norzi meronta2 nak macam tak pernah makan hehehehe. Lepas tu order air Pulpy orange. So total yang kami order

Nasi lemak Rm13x2                      =RM26

Air Minute Maid pulpy RM7 x 1  =RM7
Baked cheese cake                     = RM7
jumlah bayaran lebih kurang       RM40

Kami sekeluarga suka dengan  nasi lemak ni, memang sedap.




tara...Ni lah dia rupa nasi lemak tu. Highly recommended :)



Anak norzi makan ni sampai habis ni....Apa tandanya tu? sedap ke ...lapar ke... hehe jawapannya kombinasi sedap dan lapar , jadi habisla atau dalam bahasa matematik ialah SEDAP+LAPAR=HABIS  boleh ke macam tu  :) . Apa-apa je la janji tidak berlaku pembaziran, itu yang paling penting. Sebelum terlupa air Minute Maid Pulpy tu Norzi rasa sangat-sangat sedap masa kat atas pesawat. Beli satu botol aje...tu yang rasa sedap sangat tu  kan :)...

Ok, sampai sini dulu.. Harap entry ni dapat memberi info kepada yang nak order aka memesan makanan dalam pesawat penerbangan Air Asia dari LCCT, Sepang ke kota Kinabalu atau dari Kota Kinabalu ke LCCT,Sepang ya. Setiap menu tak sama bergantung kepada destinasi yang kita tuju. Jika nak rasa kelainan boleh la kita cuba sekali sekali kita tukar selera . Sampai jumpa lagi .

Salam dari Norzi ~









RESEPI : KARIPAP KENTANG DAGING DAN TELUR ALA MINI MURTABAK

Assalamualaikum, very fast entry ni. Entry minggu lepas... alalalala tak sempat nak update sini... last weekend, lepas berurusan di siang hari, sempat makan di Bangi lagi ...; ni gara-gara d Limau Nipis ni heheh semua teringin makan sotong bakar dan ikan bakar...nanti norzi masukkan entry d Limau Nipis ya ..ok petang2 tu hujan... so Norzi pun checked in dapur... takut anak2 lapar  sebab mamanya dah mula lapar hehe..so apalagi.projek nak buat karipap ala Ikea sebenarnya.

Pernah makan tak karipap yang dijual kat ikea tu? Alah ..waktu dah buat bayaran bertentangan dengan kaunter tu kan ada jual karipap panas RM1 satu rasanya, sori tak perasan harga. Bila makan, rasa kari dia rich , cukup rasa...dan dia tambah telur rebus. Hari tu beli, so sekarang dah teringin kadar melampau la.. so Norzi pun buat la ..tak susah pun.. cuma doh nya tu Norzi tak buat tapi gantikan dengan yang lebih instant iaitu guna kulit popia. Hati berbelah bahagi nak buat mini murtabak ke ..karipap. Nak buat mini murtabak tapi daun ketumbar pulak tak ada. So tukar plan buat inti karipap tapi guna kulit popia dan masak atas flat pan , buat macam mini murtabak,agak mengelirukan la ..orang yang tengok agak konflik sikit la identitinya..rupa mini murtabak.. tapi rasa karipap. Sah keliru!.. heheh 




Macam biasa Norzi gunakan kentang, potong siap2 kecil2 ... Norzi pun gunakan daging burger yang telah dikukus terlebih dahulu. Kemudian norzi cincangkannya macam kat bawah ni. Masa buat ni, budak2 pun apa lagi suka sangat n semua sibuk nak tolong, tak dapat kacau tolong tengok pun ok la kan... so layan aje la, kasi diraong happy :)




Masak ni memang seronok... yang tak berapa seronoknya bila kena clean up every mess sebab masak tadi ... penat sikit la.. tapi kena positive ... barula tak boring... Anak2 Norzi memang excited kalau ada projek kat dapur. Sibuk la nak tolong... so bagi juga la tolong mana yang boleh kan.. asalkan diorang rasa part of the team yang memasak.. Tengok ... sibuk kacau kari..yang sorang lagi observer..hihi


Tugas pertama....mestila kena siapkan inti kentang ni... cabaran menghasilkan  karipap atau mini murtabak tu sedap, key word nya ialah inti yang sedap, Kalau sedap insyaAllah sedapla... ok, so cuba la godek2 kasi sedap gak hihi... and tengok inti yang Norzi buat dah siap! yee haa semua pun suka..Norzi sejukkan sekejap...then baru start buat... resepi macam kat bawah ya sayang-sayang semua :)


1) 3 biji kentang --dipotong dadu kecil
2) 3 keping daging burger-dikukus dan potong kecil-separuh di kisar
3) 3 biji bawang merah-dikisar
4) 2 biji bawang putih -dikisar
5) Setengah cawan udang kering
6) 3/4 mangkuk serbuk  kari 
7)  Kulit popia secukupnya
8) 3 biji telur rebus-belah 6 untuk di masukkan dalam inti
9) Sedikit garam dan gula 
10) 3 biji telur -pukul untuk campur dengan inti kentang


CARA CARA :
1) Kisarkan bawang putih, bawang merah, udang kering, daging cincang.
2) Panas kan api dengan sedikit minyak , bila cukup panas,.. masukkan semua bahan kisar.
3) Bila cukup masak, masukkan kentang,daging, kari, kacau-kacau sikit
4) Lepas beberapa minit, cuba rasa kentang samada telah cukup masak atau sebaliknya, kalau belum lembut, tambah 1 cawan air masak  ( kuantiti yang anda buat)
5) Setelah masak, sila perasakan dengan sedikit gula dan garam

Lepas masak biarkan sejuk seket ya ..macam gambar kat bawah ni..

Lepas semua ready , n inti dah  tak panas lagi , boleh la start nak letak dalam kulit popia. Penerangan seperti di bawah ni ya..








sebelum jadi macam kat dalam pan tu, ambil mangkuk letakkan semangkuk inti tadi dan letakkan dengan sebiji telur ya, kacau rata sebab kita nak ensure structure antara inti tadi kukuh masa masak, jadi ianya firm bila dimasak,.. lepas tu baru letak kat dalam kulit popia  masa letak tu, letak la telur rebus tu sekali ya...yang dah di belah2 6 bahagian, so satu tu boleh letak satu atau 2 belah ,,, ikut suka ya....ok , tengok la karipap ala murtabak mini dah hampir siap. Memang mudah berbanding nak buat doh karipap, tambahan pula norzi dah tak jumpa acuan kulit karipap tu sebab si kecil Norzi dah bawak main... ada kebaikannya guna kulit popia ni, tak payah goreng (deep-fry) tapi kita hanya guna sikit minyak aje..., tak bnyak la minyak yang kita gunakan untuk memasak...and tak oily..dan pada satu masa memasak boleh masak banyak.. jadi jimat masa...



karipap ala mini murtabak



karipap ala mini murtabak





karipap ala mini murtabak


Selamat mencuba! Salam dari Norzi ~





To order : whatsapp 019 3177872


JALAN-JALAN CARI MAKAN : SABA' RESTORAN , CYBERJAYA

Assalamualaikum... bersiaran sekejap..sementara ada sedikit masa ni mencelah sini .. nak update skit , hujung minggu lepas pada hari sabtu, Norzi sekeluarga bawa mak dan abah makan di Restoran Saba' , terletak di Cyberjaya. Sebelum sambung cerita lagi, kepada yang nak datang ke restoran ini, anda boleh  terus walk in atau boleh juga jika nak buat reservation ... untuk sampai ke sini, ,anda boleh gunakan  address ni dear.

SABA' RESTAURANT
4800 Suite 02 Ground Floor
CDB Perdana Cyberjaya
TEL : 03-83202544




Restoran Saba' ni dekat je dengan rumah Norzi dalam 8 minutes drive je..Jadi senang la singgah menyinggah sini.. Resepi Saba' semuanya sedap dan menepati citarasa dan selera kami seisi keluarga.. resepi makanan Arab sedap.... jadi sesuai la kalau nak buat open house-boleh order,,, atau kalau nak ajak keluarga atau bawa kawan2 atau kenalan ,boleh la datang makan ke sini. Tempat selesa , ada dua pilihan, air-condition atau open air area merangkap smoking area...  

Sedikit tips untuk anda yang nak ke  sini...kalau nak makan kat sini, tempatnya memang selalu crowded.  Orang yang datang makan sentiasa ramai... kalau tengahari sentiasa penuh so kalau duduk kat luar mmg panas sikit. Norzi suka duduk dalam sebab sejukkks. hehe biasala orang ada anak kecil memang suka yang berhawa dingin sebab nak bagi budak kecik tu semua tenang. Kalau panas, berpeluh, mula la meragam, menangis, dan akhir sekali ada la yang tak puas nak makan sebab tak fokus ...hihi..  ok jom layan gambar lagi.. .owh ya, Ramai juga ala-ala orang Arab di sini sebab utama mungkin dekat dengan Multimedia University dan Lim Kok Wing Universiti, ramaila International students ataupun kami andaikan mereka ni expatriate yang datang ke Malaysia :). 




Sebelum mula membuat pesanan, tengok la sekali lalu apa nak oder... 





Lamb Kabhsah


Ni pulak most favourite menu.. Nama menu ini ialah Nasi Lamb Kabhsah atau Kabhsah daging kambing. Ada juga menu ayam  atau daging. semuanya sedap dan mesti di cuba. Setiap kali datang kami mesti order Nasi Lamb Kabhsah . Ianya menu favourite kami yang di datangkan dalam 2 saiz iaitu saiz regular atau saiz Large.. Norzi , hubby n anak2 suka sangat dengan nasi ni. Abah dan mak Norzi tak berapa berani makan daging kambing atas faktor kesihatan. Tapi kadang2 makan juga sebab sedap kan ...hehe  tapi beringat-ingatla..


Lamb Aoukdh 


Ini pun menu favorite tak terhingga. Namanya lamb aoukdah . Sangat2 sedap dan dulu (beberapa bulan dahulu) menu ni didatangkan dengan roti besar macam dalam gambar tu. Tapi sekarang ni dia bagi roti pita tu aje. Gambar ni Norzi ambil dari sessi lain , tapi order menu yang sama. So kalau anda pergi, roti macam dalam gambar tu dah tak ada ya, digantikan dengan roti pita yang diberikan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang datang, setiap hari. Dekat saba' juga , kalau sesiapa nak ambil curry  dal sayuran macam kat bawah ni, ianya percuma , jadi kalau ambil roti dengan kari ni memang ngam la.. dua-dua percuma..patutla sebelum ni Norzi pernah tengok masa bulan puasa ramai sangat beratur  ambil kuah , bila Norzi tanya , barula diberitahu ianya percuma. Baguskan, bersedekah..


 Kuah dal sayuran percuma


Custard


Yang kat atas ni adalah custard. Anak-anak suka sangat .Bila datang sini mesti nak kena order ni dengan cream caramel . J om tengok apa yang kami order..dan harga pun ada sekali supaya senang la anda tengok dan boleh merancang nak order apa nanti atau nak buat budget before datang. :) ... semua yang kami makan ni seriously highly recommended ..sedap sedap , yummylicious..harapnya citarasa sama lah ya :)

Chicken shawerma                               RM5.00
Lamb Kabhsah (Large)                         RM25.00  x 2 unit 
Lamb Aoukdh                                        RM15.00
Chicken Aoukdh                                  RM13.00
Custard                                                  RM5.00
Cream Caremel                                  RM3.00
Lemon Juice x 2 unit                          RM5.00 x 2 unit
Teh Hot                                                  RM3.00
Orange Juice                                        RM7.00


dengan tambahan satu regular lamb kabhsah untuk kakak, total yang perlu di bayar adalah RM155.45 termasuk 6% cukai kerajaan dan servis charge 10%.  Macamtu lah kiraannya... sampai jumpa lagi <3

RESEPI : PISANG GORENG

Assalamualaikum..salam sejahtera... Jom checked in dapur....dapur owh dapur... dapurlah our favourite station. Kenapa agaknya? sebab dapur itu merupakan kilang production makanan dalam rumah,  hehehe... walaupun kadang2 import juga food dari luar..terutama bila tibanya penat yang melampau... sibuk yang teramat.......atau  sakit yang melanda.. kadang2 kita demam sikit je, mood memasak pun terus ke laut.... alhamdulillah ALLAH beri kesihatan yang tiada nilai tandingan ... kesihatan memang sangat2 bermakna  dalam hidup kita kan?...  






Dalam sibuk bercerita pasal nak check in kat  dapur ni,Norzi just nak share sikit pasal pisang goreng ni.. selalu buat tak? mesti selalukan... sama la kita.. bila petang sikit je.. perut rasa nak makan je..hehe bukan sorang, tapi semua orang dalam rumah ni senang rasa lapar.. tu tandanya metabolisma tinggi...pembakaran berlaku dengan cepat .. oleh itu , jom kita bersedia dengan penyelesaian paling mudah... kalau Norzi ada bahan, Norzi suka buat pisang goreng.... Norzi sekeluarga suka makan pisang nangka.. so selalu kalau nak beli untuk stok hujung minggu, mesti beli pisang nangka.  Pisang nangka ni lebih sedap dan lemak.Norzi suka yang jenis tak masak ranum. Kalau dah terlalu masak, buat pengat pisang pun sedap...




pisang nangka

Pisang nangka ni boleh didapati di kedai runcit atau di pasar borong ... Kalau ada pokok sendiri lagi kewl sebab boleh dapat setandan... wahhh meriah makan pisangkan ? hehe.. boleh buat cekodok pisang , kek pisang, apam pisang, lepat pisang dan semuanya berasaskan pisang..  tapi zaman sekrang ni kalau tak betul2 ada tanah , memang susah nak tanam. Hehe kalau rumah ada tanah pun belum tentu tanam .... adui macam macam kan. 




kalau lepas hujan sedap jugak layan pisang goreng panas, Jadi di musim-musim hujan ni kalau nak cuba bolehla cuba... senang je... tapikan... Norzi tak sukat la.. takut pulak nak bagi resepi sebab karang kalau ada nak ikut tiba2 tak tepat dan tak jadi pulak. Norzi buat ni mmg crunchy.  Oleh sebab norzi campak2 je tak ingat la sangat adunanya berapa tapi hanya guna tepung gandum, kunyit serbuk , sedikit garam dan serbuk penaik kot dari Nona (nanti Norzi update ya nama sebenar)





Ni lah rupanya pisang goreng Norzi lepas di goreng.. angkat je kejap dah licin.. memang hot la! hehe anak2 memang sukala, asalkan nampak makanan diorang happy, asalkan diorang happy , nampak makanan heheeh,boleh ke macam tu. Okla  , sampai sini dulu... salam ukhwah dari Norzi ~


JALAN-JALAN CARI MAKAN : RESTORAN MEE TARIK WARISAN ASLI , SUNGAI BESI



Assalamualaikum. Norzi nak update  tentang Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Sungai Besi.. Lepas je Norzi tengok siaran  Jalan-Jalan Cari Makan di TV3, yang menyiarkan tentang Restoran Mee Tarik Warisan Asli ni, rasa nak pergi restoran ni hari tu juga. Terliur sungguh tengok pengacaranya makan.. hehe..Hasrat ni memang nak sangat makan hari tu.. tapi tak berkesempatn , hihi. Rupanya bila call mak Norzi, mak pun tengok siaran yang sama... lepas beberapa hari, abah Norzi call ajak untuk makan di sini pada hujung minggu dan yang paling terharunya abah nak belanja kitorang anak beranak..weee :) ...owh sayang abah. Kalau nak tahu, kami memang biasa dengan kawasan pekan Sungai Besi, sebab masa kecil, Norzi menetap di Kampung Malaysia Tambahan , Sungai Besi..mana lagi nak pergi, Sungai Besi la tempat yang kita selalu kunjungi  sebab ianya pekan terdekat...cuma kawasan restoran  ni, adalah di bangunan baru iaitu di Medan Niaga Tasik Damai,  yang lebih teratur dan bersih persekitarannya. Semua jenis restoran makanan segera boleh didapati di sekitar kawasan ini...kalau nak datang, bolehla cari dalam gps ya...dan ni adalah alamatnya:


Restoran Mee Tarik Warisan Asli
51A Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.






Lepas maghrib je, Kami bertolak dulu dari Puchong Ke Sg Besi, meet point untuk jumpa mak abah ialah di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi ni.. Norzi  cari dan pusing sekali dua, akhirnya jumpa la juga , tak susah mana.. Ha nak tau papan tanda perniagaan Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi  ni macamana, tu seperti di atas tu ya. Masuk je kedai ni memang rasa macam kat China la , heheh . hihihi Oleh sebab mak abah lambat lagi , so kitorang anak beranak order dulu apa yang patut dan sebelum dapat order , kena la buru meja nak dijadikan port kami sebab orang terlalu ramai dan semua meja penuh. Norzi tidak pasti memang macam tu ke crowd Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi begitu setiap hari atau penangan lepas masuk Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

Selepas 5-10 minit menunggu , ada juga la hamba Allah ni bangun selesai makan...Alhamdulillah kami dapat meja! Jadi kami memesan apa yang patut,sebab takut lambat ... sebelum kami order, order yang sedia ada pun memang super banyakss..nak tau banyak mana..jom tengok tempelan order ni... tak termasuk order kami lagi..sebab masa usha2..tunggu meja sempatla snap pic ni... Kalau datang kedai tengah lapar, boleh cepat naik darah ni ...  memang agak lambat servis Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi  mungkin kerana jumlah pekerja yang sedikit berbanding dengan yang datang makan.



dan semua order ni menggunakan tenaga seorang tukang buat mee.. kebanyakan menu adalah noodle based..memang authentic mee dia, tarik sana tarik sini kejap dah jadi , bukan mesin ok..memang seorang ni kepakaran dia buat mee,,, memang skillful betul.. Norzi dan anak-anak teringat cerita Mr Nice Guy lakonan Jackie Chan , pernah tengok tak? Dalam cerita tu, Jackie jadi chef dan dia buat mee macam ni juga, masa tengok tu impressed habis..dah dapat tengok live.. masih tertanya-tanya dengan diri sendiri macamana doh buat mee hingga memudahkan ia terlerai dan tidak melekat antara satu sama lain ....anak-anak pun terpegunlah menengok tukang buat mee.. selain risau tengok peluh nya yang banyak tu... Tengok gambar kat bawah ni 





Ni Mr buat mee di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi  tu.. orang penting ni, kalau demam tak dapat la jual mee.. kecuali ada pekerja simpanan dengan skill yg sama :). Business strategy mestilah dah lengkap ye tak..pada hemat Norzi tidak mungkin kerana seorang pekerja boleh lumpuh perniagaan yang telah memakan investment yang tinggi . Sudah tentu backup plan yang rapi telah pun difikirkan terlebih dahulu. Itu adalah lumrah dalam perniagaan dan ini adalah sekadar pendapat dan perkongsian.



Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi 
Bandingkan dengan gambar di bawah


Ini adalah Mr Nice Guy Jackie chan buat mee dalam movie tu... memang sama la, tapi ni lepas mee dah siap , sebelum siap dia tarik n pusing-pusing juga ..


Ok, lepas dapat meja , apalagi macam-macam di order walaupun mula-mula tengok kat menu, serious kami tiada idea nak order apa..kerana cara pengiklanannya dan cetakan menu terlalu chinese look. di tambah dengan tulisan cina tiba-tiba rasa terbantut selera.....Cuma yang Norzi ingat adalah hot item di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi  masa tengok siaran JJCM , Toothpick Lamb memang hot item...rata-rata setiap meja memesanmenu ni.. Jadi, apa lagi, kami order la pinggan satu pinggan..harga dalam RM24 ..nak tengok cemana rupanya, macam gambar kat bawah senarai menu.




senarai menu di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi 



                      

Toothpick lamb di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi 

Toothpick lamb ni macam sate juga konsep dia cuma ada rasa pedas n ada bijan.. rasanya biasa-biasa sahaja..cuma kalau nak dibandingkan dengan sate, tentulah Norzi memilih sate..sesekali kita tukar selera..


kitaorang semua tunggu dengan tenangnya sebab nak bagitau sekali lagi mmg peak hour kot masa tu, dan anak kecil ni seronoknya main chopstick . Tak sabar dah nak makan.  





Dan ni la rupanya bila mee dah sampai... anak Norzi seronok makan mee ni. Set ni memang tak pedas dan sesuai untuk budak2 . By the time makanan kitorang sampai..orang pun dah kurang...ok la tu..mak abah pun sampai masa tu :)


Khalisah Humaira menikmati mee di restoran mee tarik warisan asli 



Dan ni la rupa mee Norzi. Yang ni agak pedas sikit sebab ada cili. Norzi lebih suka yang pedas ni berbanding yang tak pedas.. Nama menu ni dah lupa la... tak dapat nak share kat sini... tapi harga dalam RM8 / plate.






Owh gambar nasi kat bawah ni dengan daging black pepper. Ini anak sulong Norzi punya, Fatimah Azzahrah.. Dia tergoda tengok nasi tu masa kat menu , sebab tu dia sorang makan nasi... orang lain semua makan mee.. :) sedap juga nasi ni , sebab tu licin dia makan..



Kesimpulannya, makan di sini ordinary sahaja. Ianya citarasa masakan cina muslim .. Bergantung kepada selera masing-masing. Tetapi servisnya agak lambat dan mengecewakan. Jumlah bayaran untuk makan pada hari tu habis sekitar RM120 untuk beberapa pinggan mee, toohthlamb, nasi dan minuman. Kami datang 7 orang dewasa. 


Salam ceria,
“Jazaakumullah Khairan Katsiran
Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” 

(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) 

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.

~Norzi



PEMBAHARUAN KAD KEAHLIAN AEON @ JUSCO CARD

Assalamualaikum ... salam sejahtera... ni nak tunjuk kad AEON Member atau Norzi panggil Jusco Member Card yang Norzi renew masa bulan 11 hari.... Lambatnya renew..dah hujung tahun baru renew, tak dapat collect points...  everytime pergi kaunter mesti penuh ngan orang... kena beratur punyala panjang... last sekali tak renew... tapi masa bulan 11 memang kena renew sebab masa beli keperluan anak2 nak concert tak dapat discount , so apalagi sanggup la Norzi beratur. Nasib la orang tak ramai hanya 3 orang je depan Norzi. Jusco yang selalu kami kunjungi ialah Jusco IOI Puchong dan Jusco Taman Equine...t

Kos renewal adalah sebanyak RM12 setahun. Norzi renew 2 tahun , iaitu sebanyak RM22, jimat RM2 , dan sebab malas nak beratur lagi sebab dah nak abis tahun ni , terus sambung jela 2 tahun.Masa buat card anda boleh pilih gambar...dan masa renewal tu norzi pilih kad warna hijau dan pink+purple. Tarikh tamat 31/12/2014. Norzi di beri Baby on board sign untuk letak di kereta. OKla ..cute sangat..Norzi suka gabungan warna ni... sebab tu rumah norzi temanya banyak bermain dengan coklat, hijau, maroon atau tona warna seumpanya..




Bila semak point, rupanya ada 8000++ point . Oleh sebab barang yang Norzi nak claim tak available dan sebanya 2000 point akan expire dalam 2 minggu so Norzi minta tukar dengan Baucer aje.. and yeay.. dapat 6 keping baucer berjumlah RM10 setiap satu, so jumlah keseluruhan ialah RM60. Apalagi , sibuk la cari barang anak2..Mood hari tu happy la sebab dapat dah renew card ni...dapat baucer..heehe.alhamdulillah selesai sudah....sampai jumpa lagi dan salam dari Norzi ~.  

                         


RESEPI : AYAM MASAK KICAP





Assalamualaikum... cuti hari tu.. terfikir-fikir apa nak masak .... akhirnya decided masak makanan kegemaran anak-anak and bapa anak-anak heheh.. Masak ayam masak kicap yang sempoi, senang , mudah segera dan sedap!. Suka tak? Kami sekeluarga sangat suka.... ok norzi tulis ringkas je ya ... kalau nak cuba boleh la cuba....sekali lagi diingatkan.. resepi ayam masak kicap ni senang mudah dan ringkas je. Kalau tak berapa nak rajin,satu lauk pun dah cukup dah .. selain itu , ayam masak kicap juga boleh di makan dengan nasi panas, ketupat dan juga roti. Ayam masak kicap juga ada pelbagai versi. Satu lagi Norzi ada masa ayam masak kicap halia dengan lada hitam. Kalau di kurangkan minyak atau tidak memakai minyak semasa memasak, sesuai untuk di makan ketika di dalam proses pantang bersalin. 

Tips untuk memasak dengan rasa mudah dan senang adalah memasak dengan penuh kecintaan kepada NYA dan keluarga, berlapang dada dan bebas dari perkara negatif. Hati yang bersih semasa memasak memberikan rasa gembira, mudah, senang dan yang kita harapkan adalah berlipat ganda pahalanya,Insya Allah dan wallahualam. Semoga setiap hari kita belajar sesuatu yang baru, perbaiki diri dan mengejar yang hakiki.InsyaAllah...  Jom tengok gambar dan resepi ya...

                             
Ayam masak kicap

      
ayam masak kicap



Resepi oleh : NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


1/2 ekor ayam

1 batang Kayu manis
1 bunga lawang 
1 biji cili hijau/merah -potong 4 (memanjang)
*1-2 biji bawang besar-dihiris
*2 ulas bawang putih dihiris
sedikit halia (ikut suka la nak letak banyak mana ya.. sebab ada yang suka banyak, norzi letak setengah inchi je , ketuk, tak hiris)
kentang sebiji , belah 2 dan hiris nipis
sebatang serai di ketuk
setengah sudu kecil lada putih di tumbuk halus
Minyak utk menggoreng ayam dan kentang
sedikit minyak untuk masak kicap
2 sudu besar sos tiram
kicap manis 3/4 cawan (atau ikut citarasa anda nak berkuah ke tak nak ya, kalau nak kuah babyak lebihkan..)






CARA-CARA
1) Bersihkan ayam, tos sekejap, ratakan kunyit dan goreng dengan minyak panas separuh masak,angkat biarkan tepi
2) Guna minyak ayam tadi, gorengkan sekejap kentang, agak2 dah kuning angkat, ketepikan.
2) Panaskan minyak yang guna tadi (kalau banyak sangat, kurangkan, masukkan semua yang dihiris bawang kecil, bawang putih bawang besar, halia dan rempah 3 sekawan
3) lepas naik bau , masukkan sos tiram  kacau
4) Masukkan ayam ,kicap manis, serai, kentang , kacau sekejap, dan masukkan cili.
5) kacau sampai sebati dan cukup masak, perasakan jika perlu (Norzi letak sikit garam kalau tak cukup masin tapi selalunya kalau dah letak kicap manis dah cukup masih dah)..

Ok...dah siap, boleh angkat n hidang kan :)


Tips: Selepas selesai memasak ayam masak kicap tadi atau sebarang masakan , disarankan untuk mengalihkan makanan tersebut dalam bekas lain supaya kicap /  kuah tadi tidak kering di atas kuali panas.Kuali yang panas bersifat menyerap , jadi cecair akan mudah diserap dan hasilnya bila telah sejuk masakan akan mengering.


Selamat mencuba ~

Semak resepi ayam masak kicap lada hitam dan halia di sini.



~ NORZI
“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza"
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.







Khas untuk ibu-ibu :








“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...