Followers

Sponsored Advertisement

.

BELI KASUT DI ALAMANDA PUTRAJAYA


Mood men'reward' diri sendiri.. Sejak kebelakangan ni Norzi rasa kaki Norzi macam lebih besar dari saiz asal. Norzi fikir kaki tidak akan membesar selepas mencecah usia 17 tahun, rupanya Norzi silap. Itu andaian Norzi , bukan fakta. Kalau dahulu masa  baru tamat pengajian, saiz kasut Norzi adalah 6. Tetapi sekarang saiz bertambah satu. Adakah mempunyai kaitan dengan berat badan? :(

Kali ni sesi men'reward' adalah memburu sepasang kasut yang Norzi dah lama idamkan . Selain dari reward, ianya sebenarnya satu keperluan untuk Norzi. Norzi suka kasut yang tahan lasak, tahan lama, sedap di pakai... Sebelum ini Norzi dah beberapa kali membeli kasut seperti yang Norzi cerita di sini dan beberapa sesi lain yang belum sempat di masukkan lagi di dalam blog ini. [Insya Allah soooon akan update]






Kasut Clarks , di Clarks  Alamanda


Kasut Clarks mempunyai pelbagai design. Norzi sepatutnya ke Mid Valley, untuk dapatkan design yang Norzi suka, oleh sebab hari ini Norzi perlu ambil anak sulung Norzi di sekolah di Bangi kerana pertandingan Nasyid, maka hubby Norzi tidak mahu masuk ke kawasan Mid Valley kerana dikhuatiri terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Jadi Norzi ke Alalmanda sahaja. Last pair untuk design yang Norzi suka. Norzi ambil size 6. Tapi size UK 6 tu kira besar... sebab dah suka , ambil juga dan sebab itu adalah last pair... tapi memang suka sangat dengan kasut ni.. Semak gambar, satu pun tidak ada gambar kasut Norzi. Nanti ada kelapangan Norzi tangkap dan update di sini.


Di hadapan Clarks , Alamanda Putrajaya

Sebenarnya jarang Norzi dapat bergambar , sebab kebanyakan masa camera di tangan Norzi , jadi gambar sendiri tiada. 

Clarks berada sebaris dengan modernmum boutique di Alamanda Putrajaya. Selepas membuat belian, Norzi dan hubby terus sahaja ke Bangi untuk mengambil anak sulung kami. Anak Norzi yang kecil ni time mama nak beli belah , ada je ragam dia..tak habis lagi pujuk manja seorang ni.. Khalisah nak kasut Clarks satu.. memang smart kasut budak kat dalam tu.. tapi..eii... si comei ni , pitam mama beli kasut Clarks untuk awak.. pakai sekejap je tak berbaloi comei..tak dapat kasut, dia buat mukalah...  sebab itulah Norzi suka shopping seorang .. Hubby Norzi tidak berapa menjiwai istilah bershopping atau window shopping, dan hubby tak suka belek.. Norzi sukaaa belek-belek sebelum beli :))) contradict sungguh... jadi kalau Norzi bershopping dengan hubby sangatlah stress sebab nak beli laju-laju... Norzi tak boleh fikir dan membuat keputusan segeralah macam tu.. tambah lagi... anak pula meragam-ragam... alahai hilang mood.. dan terus tak jadi hendak bertherapy.. kelakarkan..

Jadi biasanya kalau hendak bershopping , Norzi shopping seorang diri.. atau semasa keluar dengan kawan-kawan perempuan lain , alhamdulillah setakat ni hubby izinkan ... biasanya shopping seorang time weekdays..dan mama la paling happy .. kerana bershopping atau window shopping ni merupakan therapy untuk wanita, dan memang Norzi akui kebenarannya. :)



Selamat berterapi.
Norzi~

SALAM KEMERDEKAAN KE 57




Salam Kemerdekaan 57 Malaysia. 
Semoga Malaysia kekal Merdeka selamanya.






Lagu Tema Merdeka 57 : Warisan  ~ Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Salam Merdeka;
~Norzi



MAKAN MALAM SATE DAGING (SATAY)

Hari ni Norzi sampai rumah sedikit lewat. Oleh sebab itu, aktiviti memasak tidak dapat diteruskan. Kelewatan Norzi adalah disebabkan telah menghadiri majlis perpisahan seperti yang Norzi maklumkan di sini. Sampai rumah sahaja, hubby ajak makan di luar.Kami makan di SK Corner , Puchong. Walaupun pada mulanya kami hendak makan char kuey teow di Puchong Intan , tapi bila fikir semula, lebih baik di SK Corner kerana pada waktu malam terdapat stall seafood tomyam masakan panas dan juga stall menjual sate.

Norzi makan 3 cucuk sate daging. Tiga sahaja tau, sebab perut Norzi dah terlalu kenyang, banyak sangat minum di Secret Recipe sebelum itu.  Bagi Norzi dan keluarga, resepi sate daging yang di jual di sini memang sedap, setanding dengan sate daging yang dijual di Batu Pahat Johor. Rasa sate dagingnya lembut, rempah perapan rasa di seluruh daging. Harga untuk set sate seperti gambar di bawah adalah RM9.00/ .Macam biasa, Norzi kurangkan  kuantiti pengambilan makanan pada waktu malam. 




Sate daging , kuah kacang dan nasi himpit


Anak-anak order merapu. Maggi adalah antara makanan yang dilarang dibeli di rumah. Tapi oleh sebab sudah lama tak makan maggi, hari ini anak-anak minta 2 pinggan 'maggi baby'.  Satu untuk Khalisah dan satu pinggan lagi untuk Razin. Istilah maggi baby ni ialah code untuk dapatkan resepi maggi yang di goreng tidak pedas dan tanpa sayur-sayuran. Dari situlah lahirnya istilah maggi baby kerana hanya baby sahaja yang tidak makan pedas dan tidak mahu makan sayur... dan baby tersebut pada masa itu adalah baby khalisah. Tukang ambil pesanan tu suka sakat anak Norzi :) 




Sabar menunggu 



Makan time



Lepas makan semua kembali ceria..kembali bertenaga... barulah si manja comel intan payung mama boleh senyum :)



Salam  XO,
~Norzi

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA

Assalamualaikum.. Hari ini hari terakhir Tuan Firdaus berkhidmat... Yang nyatanya,setelah 13 tahun, kehilangan Tuan sangat dirasai oleh kami semua. Jasa Tuan tetap akan di kenang. Semoga penghijrahan Tuan hari ini bukanlah suatu noktah dalam kerjaya Tuan, tetapi satu perjuangan khidmat yang berterusan dengan ilmu dan pengetahuan yang Allah kurniakan kepada Tuan.

Norzi dan rakan-rakan meraikan Tuan Firdaus di Secret Recipe, Cyberjaya. Konsep perjumpaan kami adalah santai. Perbualan kami ringkas, mengenang cerita hari pertama mengisi borang, kisah expected salary adalah kisah yang tetap akan dikenang serta banyak lagi topik perbincangan lain. Terima kasih sekali lagi Tuan atas khidmat dan nasihat tuan sepanjang kami di bawah pimpinan tuan. Semoga Tuan sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki oleh NYA.



Red velvet cake. 

Red velvet cake pilihan Norzi. Ya Tuan, kek pilihan Norzi yang paling besar, sedikit manis dan Norzi tidak dapat habiskan walaupun hanya sepotong! Misi mengurangkan pengambilan gula~ Tetapi caramel latte satu gelas habis.. alhamdulillah.



 Sesi Farewell bersama Tuan Firdaus ( Tuan Firdaus yang dimaksudkan adalah individu yang berbaju  hitam yang sedang memegang mobile phone)-sila spot the guy.



 Gambar kenangan hari terakhir bersama Tuan Firdaus



Ucapan selamat tinggal, selamat maju jaya dan bait-bait sajak penuh di whatsapp dan peti email, sebagai mengenang jasa dan khidmat Tuan. Pemergian Tuan sangat memberi kesan, dan mendapat perhatian rakan-rakan yang lain. Kata-kata semangat , ucapan maaf dan doa untuk Tuan juga tidak henti -henti di dalam group whatsapp.. Semoga doa-doa ini dimakbulkan oleh NYA.


Last but not least,  again I would like to wish you to have a bright and good days ahead.  You are really an outstanding person and I  wish you a lovely time doing whatever it is that you will do until we meet again, In sha Allah.


Terima kasih dan selamat maju jaya Tuan.
Jazakallah khairan kathira
~Norzi



RESEPI : PUDING KASTARD

Assalamualaikum... selamat malam..hari ini Norzi tengok-tengok album lama... Banyak sangat gambar-gambar raya masih tak bersentuh... tapi dalam album raya 2014 tak ada gambar kami sekeluarga. Eii harus la bergambar semula nanti dengan baju raya kami... part yang paling susah nak bergambar semula adalah mengeluarkan semua baju raya di hari raya pertama dan menggosok. Oleh sebab tidak berapa lapang, maka projek tangkap gambar raya ditangguhkan lagi..... 

Dalam banyak-banyak gambar, Norzi baru perasan ada gambar puding kastard ni.. Lama nya baru boleh up kan entry . Resepi ini sudah kerap sangat buat.... Norzi selalu buat puding kastard kerana sentiasa ada permintaan dan semua dalam rumah Norzi sukakan puding kastard lagi-lagi kalau disejukkan terlebih dahulu. 

Resepi ini tidak menuntut masa yang lama untuk proses penyediaan dan memasak. Cuma perlu disejukkan mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam sebelum makan .. Kalau makan sejuk-sejuk , kurang satu jam boleh selesai.


Puding Kastard

Tips penyediaan puding : Api sederhana, sentiasa kacau untuk hasil terbaik. Pastikan mendidih sebelum di tuangkan ke dalam bekas hidangan



Puding kastard dan kuah (source) 

Untuk hidangan lengkap puding kastard adalah beserta dengan kuahnya. Saya sukaaaa..



Puding custard


Tak habis lagi pasal puding kegemaran ni. Biasanya kalau ada tetamu , Norzi akan masak dessert seperti puding custard, puding roti dengan custard sauce, bubur jagung , kek coklat dan seumpamanya. Cari resepi yang senang-senang dan mudah aje..  InsyaAllah suatu hari nanti Norzi akan jemput saudara mara , rakan-rakan yang belum pernah ke rumah..niat dah lama ada, cuma mungkin belum tiba masanya.. Jom semak resepi :

RESEPI PUDING KASTARD
Bahan-bahan  (puding)
1 cawan tepung kastard (custard)
4 cawan air masak
2 sudu gula 

Bahan-bahan (kuah)
1 tin susu cair
2 sudu besar gula 

Cara-cara
1. Panaskan air, masukkan tepung custard dan gula, kacau hingga berkilat dan tekstur halus terhasil (api sederhana). Pastikan mendidih. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan sebelum masuk ke dalam peti sejuk. 

Tips penyimpanan di dalam peti sejuk : pastikan semua makanan yang di simpan di dalam bertutup sempurna untuk mengelakkan bakteria ke dalam makanan. Hanya makanan yang telah di cuci bersih sahaja boleh di masukkan ke dalam peti sejuk, terutamanya telur kerana telur yang belum di cuci mempunyai bakteria najis pada kulitnya, dan mudah merebak di tempat sejuk dan lembap. 

2. Untuk menyediakan kuah, masukkan susu cair ke dalam periuk, masukkan gula dan kacau hingga mendidih. kalau tidak mendidih pun boleh juga, kerana tujuannya untuk melarutkan gula, dan susu cair boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu di masak. Selepas gula larut,  alihkan ke bekas simpanan. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Sedia di makan setelah di sejukkan.

Selamat mencuba dan salam ceria.
~Norzi




NASI ARAB KABSA DAGING KAMBING

Alhamdulillah , hari Rabu pertengahan minggu, masa berlalu terlalu pantas sekali. Menghitung hari sahaja , menjelang detik 31 Ogos 2014 , hari kemerdekaan Negara yang ke 57 tahun...   
Just nak share aktiviti Norzi hari ini , makan tengahari Norzi sedikit istimewa, menu  nasi arab. Siapa yang tidak suka nasi Arab kan... Kalau di Cyberjaya , restoran makanan Arab mudah untuk ditemui. Antara restoran makanan arab yang popular adalah Restoran Saba' , Restoran Sysaban (yang dahulunya dikenali sebagai Dima). Kedua-dua restoran Arab ini sangat popular walaupun ada perbezaan ketara dari segi harga yang ditawarkan dan menu yang berbeza. 

Hari ini menu tengahari makanan Arab Norzi adalah Nasi kabsa kambing serta ayam. Oleh sebab Norzi penggemar daging kambing, jadi cepat-cepat Norzi pilih kambing. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Oleh sebab phone tertinggal, terima kasih juga kepada individu atas bantuan khidmat mengambil gambar dan  kiriman gambar-gambar nasi arab ini :) . Jasamu dikenang.




 Menu Nasi Aeab Kabsah Ayam



Menu Nasi Arab Kabsa Kambing



 Makan beramai-ramai

Hari ni layan gambar sahaja, tiada resepi sebab tuan badan sendiri tidak pernah buat nasi arab :) . Tapi kalau anda ada menonton siaran memasak Chef Ammar, banyak resepi-resepi makanan arab yang dikongsikannya. Norzi tengok chef buat nasi kabsa macam senang sahaja... Memang kena hands-on sekali baru boleh jugde senang ke susah .. 

Norzi ada terima rempah kabsa dari seorang rakan yang balik dari Istanbul beberapa bulan lalu, tapi sampai hari ini tersimpan lagi rempah kabsa tu...harap-harap belum sampai tarikh luput.  Insya Allah ada kelapangan atau cuti panjang Norzi nak cuba juga buat masakan arab dan ada kelapangan Norzi update di blog ini.

Semasa menulis entry ini, Norzi masih rasa kenyang makanan tengahari tadi ..lambatnya makanan tengahari tu di proses.. Malam ini Norzi makan sedikit  roti dan air.. kawal sedikit pengambilan makanan pada waktu malam ; kerana dikhuatiri pembiakan lemak. :)

Selamat malam.
~Norzi

WORDLESS WEDNESDAY : THROWBACK RAZIN 3 YEARS OLD







WORDLESS WEDNESDAY : GAMBAR TAHUN 2010 VS 2014


 Tahun 2010



Tahun 2014





RESEPI : IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA


Assalamualaikum, suka makan ikan siakap? Ikan siakap adalah ikan kegemaran anak pertama Norzi. Norzi pun sukakan ikan siakap ini, lagi-lagi kalau di goreng garing sedikit. Kemudian dibuatkan sosnya.  Biasanya kalau Norzi makan dan membuat pesanan di restoran Tom Yam atau Restoran masakan Thailand (tentu sahaja masakan ini ala Thai) , Norzi akan pesan masak tiga rasa (3 rasa) atau nama lainnya dikenali juga sebagai masam manis. Sos atau kuahnya ada rasa pedas,masam dan manis.

Sejak kebelakangan ini , jarang Norzi makan di restoran ,lagi -lagi restoran Thailand. Sejak tersiarnya berita anak beranak sakit perut di Putrajaya kerana makan roti john pada Ramadhan lalu, Norzi dan suami memang jarang beli. Kami sekarang lebih mengambil pendekatan untuk memasak sendiri dan beberapa perkara penting adalah kami puas hati bila membasuh ikan , ayam, udang , daging sendiri dan juga sayur-sayuran. Tahap kebersihan yang kita kena lihat semula kerana makan di luar masakan secara pukal dan dikhuatiri tahap kebersihannya tidak seperti yang sewajarnya. Jadi kalau selagi mampu Norzi masak. Bila tiba masa  tidak larat memasak.. hubby Norzi tolong masak. Psst... nak tahu satu cerita tak.. suami Norzi memang suka masak... sebab memasak tu senang baginya.. dia kata kalau dia tidak menjadi jurutera, kerjaya yang bakal dipilih selepas itu adalah tukang masak / chef. Itu memang telah disetkan sejak zaman belajar lagi. Walaupun hubby tidak la sehebat chef tetapi hubby faham sedikit sebanyak rules memasak :) ,dan yang paling penting hubby rajin menolong di dapur walaupun tidak memasak.

Ok , berbalik kepada tips untuk menguruskan ikan siakap sebelum di masak atau di goreng , disini Norzi sharekan tips untuk anda agar proses memasak anda menjadi lancar dan memudahkan.
1) Semasa anda menyiang dan membersihkan perut ikan, anda akan dapati terdapatnya salur seperti tube di dalam perut ikan siakap ni. Anda perlu keluarkan tube tersebut untuk mengelakkan ia menggelembung dan meletup di semasa proses menggoreng. Sekiranya terlupa, hati-hati ketika menggoreng kerana ianya boleh meletup pecah semasa menggoreng dan dikhuatiri minyak panas terkena muka atau mata atau mana-mana bahagian kulit.
2) Merendam ikan terlebih dahulu dengan asam jawa untuk mengurangkan sebarang bau hanyir. Rendam dalam 5~15 minit sudah memadai , kemudian basuh bersih. 



Ok jom tengok resepi ikan siakap goreng tiga rasa yang mudah , dan semestinya sedap! Kalau makan ni , lepas 15 minit kejap je tinggal tulang :) . Memang penggemar ikan.  



Ikan siakap goreng tiga rasa

Bahan-bahannya :
Seekor ikan siakap sederhana besar
Sedikit kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng ikan


Bahan sos  / kuah tiga rasa
5 biji cili padi di potong-potong
3 biji bawang putih di cincang halus tumis
1 sudu cili giling-tumis
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 keping asam keping
sebatang serai di hiris halus
1/2 biji bawang besar di belah dadu
sedikit nenas (kalau ada, norzi tidak letak)
gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya :

1.Basuh bersih ikan, toskan dan ratakan kunyit dan garam dan gorengkan. Selepas cantik kekuningan cukup masak , angkat ketepikan.                      

2. Gunakan minyak yang sama, kurangkan kuantiti jika terlebih minyak, tumiskan bahan tumis hingga naik bau, masukkan cili giling / cili boh.                   

3.Kacau rata ,masukkan semua sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan juga cili potong, serai , bawang besar dan asam keping, dan kacau rata. 

4. Kalau terlalu pekat dan ingin kurangkan kepekatan masukkan 1/3 cawan air panas. Biar mendidih.

5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan gaul rata. Bila dah puas hati, terus curahkan kuah di dalam mangkuk ikan tadi .


Selamat mencuba.
~Norzi



JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPKK 2014



Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) wajib diduduki oleh murid Tahun Lima KAFA dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM dari semasa ke semasa.Kertas ujian dan skema pemarkahan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) disediakan oleh panel yang ditetapkan oleh JAKIM. BIDANG PENILAIAN Bidang-bidang yangdinilai dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ialah:

1. Al-Quran;
2. Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah);
3. Sirah;
4. Adab (Akhlak Islamiyah);
5. Jawi dan Khat;
6. Asas Lughatul Quran;
7. Penghayatan Cara Hidup Islam; dan
8. Amali Solat.

SYARAT KELAYAKAN Syarat kelayakan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
adalah seperti yang berikut:
1. mengikuti KAFA sekurang-kurangnya tiga tahun;
2. murid Tahun Lima KAFA; dan
3. berdaftar untuk menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
Sumber maklumat

Berikut merupakan Jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2014






Sumber Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Tahun 2014 







RESEPI : TERUNG KICAP


Semalam Norzi berpuasa , dan berbuka puasa dengan memasak resepi paling mudah, senang dan simple. Sepanjang hari dah terpahat di minda nak masak yang mudah ,simple tapi sedap ikut selera Norzi. Norzi masak terung goreng kicap. Stok terung dah beli beberapa hari tapi tak sempat2 nak masak. Hari ni Norzi terus je siap-siapkan makan malam dengan terung goreng kicap ni. Makan terung ni, teringat pada mak tersayang yang memang penggemar terung.
Sebut tentang terung ni,  Norzi tahu masak 3 jenis masakan sahaja yang berasaskan terung, satu terung goreng kicap (lebihkan cili lagi sedap tau) kedua, masak pajeri terung dan ketiga salai kan atau bakarkan saja cicah dengan sambal belacan.Semestinya masakan yang Norzi suka dan tahu ni senang dan mudah. Tak perlu lama masa penyediaan dan masa untuk memasak. Jenis masakan lain Norzi belum pernah cuba. 





Terung goreng kicap simple






               Dan lagi sekali , terung goreng kicap yang sama... gambar yang sama je cuma ubah angle :

untuk melihat cara cara memasak terung kicap dengan lengkap,boleh rujuk video ini.




Videp memasak Terung unggu panjang masak kicap 


Resepi Terung Kicap
Bahan-bahan:

3 biji terung di belah dua saiz kecil (kemudian belah kecil dan serong)
1 biji bawang besar di hiris kasar
2 biji bawang merah*
1 biji bawang putih di hiris halus*
segenggam ikan bilis*
5 biji cili padi hijau* - di hiris kasar
setengah biji cili merah (hiris)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
Sesudu air
sedikit garam
satu keping asam keping / asam gelugor (yang saiz kecil)
sedikit minyak




Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali . Bila dah panas tumiskan bahan bertanda *
2. Bila dan naik bau, masukkan sos tiram, kacau
3, Masukkan terung dan kacau sebati
4. Bila dah mesra (biasanya terung sekejap sahaja) masukkan kicap manis. Kalau suka berkuah sikit, campurkan sesudu air masak.
5. Masukkan cili merah hiris , sedikit garam dan kacau rata .
6. Bila semua dah sebati, tutup sekejap sahaja , kemudiantutupkan api. Hidangkan panas-panas.

Selamat mencuba
~Norzi











WORDLESS WEDNESDAY : BUAH BELIMBING UNTUK KESIHATAN



Buah belimbing penuh khasiat. Norzi explain lain hari. Hari ni jamu mata sahaja ya :) .





~ NORZI

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.

KISAH TELADAN (SECEBIS KISAH DARI AL-AZHAR, KAHERAH)

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.
Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..
Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. 

Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.
Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:
"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”




Guru yang alim dan bijak itu menjawab:
"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"
Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.
Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..
Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.
Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.

Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!
Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.
Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..
Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!
Dengan

segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)


“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.
Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.
Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke

langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.
Guru yang bijak terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia

dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,
“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:
“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.
Gurunya melanjutkan
"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:
• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas

dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.
*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.


Sumber Kisah Teladan : Di perolehi dari Rakan melalui applikasi whatsapp.

IKLAN CPUV NUFFNANG ( Xperia Z2 Launch dan IKEA -SISAN)



Assalamualaikum dan selamat pagi.. hari Ahad dah.. Semalam dan hari ini banyak tak ke kenduri kendara atau jamuan hari raya? Semalam cousin Norzi datang , mak, abah ,kakak Norzi pun datang. Lepas tu terus ke rumah rakan untuk jamuan hari raya dan juga ke rumah adik ipar , gathering hari raya... Rumah rakan lagi seorang tak dapat hadir sebab masa yang tidak mengizinkan. Terima kasih kepada semua yang menjemput kami sekeluarga dan menjamu juadah yang sedap-sedap. Semalam langgar pantang dah. Pantangnya adalah jangan makan banyak . Tapi semalam makan bukan main banyak :(
Macamanana ni ... memang masalah sendiri la tu. 

Ok back to the story . Pagi ni Norzi semak Nuffnang. Terima kasih Nuffnang , iklan CPUV baru bertambah ... Untuk Xperia Z2 Launch ni dah ada sejak 31 Julai 2014..  Ni terbaru ada IKEA SISAN. Norzi dapat di kedua-dua blog Norzi , iaitu Norzi Beautilicious House dan Norzi Foodilicious House. Kedua-dua ni bermula pada 14 Ogos 2014. So , kalau nampak iklan ni, kawan-kawan boleh tolong klik , klik ya, boleh dapat info terkini berkenaan Xperia dan Ikea-Sisan ni.



CPUV (Cost-per-Unique-Visit) Campaigns

Terima kasih sekali lagi . 
Salam ceria;
~Norzi











CUKUPLAH ALLAH YANG MENGENALIMU


Kawan - Kawanku:
Jangan tertipu  dengan usia MUDA  karena syarat Mati  TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan tubuh yang SEHAT karena syarat Mati TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan Harta Kekayaaan Sebab Si kayapun tidak pernah menyiapkan Kain Kafan buat dirinya meski cuma Selembar.

Mari Terus berbuat BAIK, berniat untuk = BAIK, berkata yang BAIK-BAIK, Memberi nasihat yang BAIK Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan Tidak suka dgn Nasihatmu




Berniat baik, Berbuat baik dan jadilah baik



Cukup lah اللهِ yang  mengenalimu lebih dari pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung yang tidak terlihat, tetapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup.berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh NYA


Sahabat2ku:
"Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga  matahari terbenam, 'Amalku tidak bertambah sedikitpun,  padahal aku tahu saat ini umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)






~ NORZI
“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza”
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...